Thursday 22 May 2008

Perumahan VM: Mendefinasikan Keluasan Dalam Konteks Tersendiri





"Bangunan- bangunan tersebut adalah seperti permainan Tetris tiga dimensi dari sudut kediaman para penduduk"
-Julien De Smedt

Ha, apa pendapat korang, lost ke tak lost? Ini dia pembangunan baru yang dilokasikan di Copenhagen, Denmark. Para pembina membina bangunan ini dengan sudut balkoni yang tajam untuk menjimatkan keluasan dan juga dapat melebihkan unit- unit untuk penduduk di Orestaden yang semakin mendadak. Dengan rekaan sebegini juga dapat menambahkan kebersendirian antara unit- unit yang lain. Maklumlah, kebersendirian (privacy, dalam kamus online) itu penting. Tempat aku tinggal ni kecik, dah la jiran- jiran aku ni selalu buat pesta malam-malam. Sigh, tak reti nak berehat ke? Maklumlah, tiga awek serumah. Entah apalah yang dibuatnya sampai aku boleh dengar gelak tawa mereka.

Maklumat lanjut tentang perumahan VM boleh didapati jika korang gerak tetikus korang dan klik sini.

Aku pun nak pindah sana lah, cam cantik je. Aku ada dua cara untuk pindah sana, nak mintak pendapat korang. aku boleh:
a) Putus tunang ngan tunang aku. Dia tu pun asyik bad mood je sejak kebelakangan ni. Masakan dia pun semakin masin. Aku rasa dia ada affair kot.
b) Cari chikaro kat sana, sweet-talk sikit, lepas tu tinggal sana.
c) Buat satu kugiran bertemakan 'indie'. Aku main bass, aku cari lagi tiga lagi laki tampan- tampan untuk masuk dalam kugiran aku.

. Apa pendapat korang? ( aku tahu korang tak nak jawab pun, korang malas, dapat link dari Jack, terus chow, gi riak ngan member ko cakap ko yang cari )

Yang jelas, tepat, betul, dan masih risau akan perangai tunangnya,
Kwaidan "Please, just call me Dan" Tarmizi

2 comments:

Anonymous said...

abang dan, sapa arkitek perumahan ni? sorry malas nak klik kat link (memang tekaan anda betul, org mmg malas nak buat research). secara designnya mmg agak avant garde jugak tetapi tak berapa aesthetically appealing la bak kata omputih. agak huru hara. tapi kalau tengok secara plan view (pandangan pelan) smart jugak. tapi yg merisaukan saya, sekuritinya kurang bijak sbb mcm senang je org nak lompat masuk rumah sebelah. so saya cadangkan abg dan jgn pindah sana la dok diam2 ngan tunang hang.

pelajar akitek yg berdedikasi,
mak bolan.

Anonymous said...

arkiteknya, tak silap aku ada tiga orang.

plot
Julien de Smedt
Bjarke Ingels

in terms or security, takde teruk sangat kot, diorang letak balcony tu tajam maut agar kurang grip nak landing.

semoga berjaya dengan bidang kamu. saya suka herzog dan de meuron sungguh sungguh!

abang kwaidan tarmizi

Dari mana?

Analytics