Cerita epik jerman yang di buat pada tahun 2006. Cerita ini di sunting oleh seorang direktor yang bernama Florian Henckel von Donnersmack. Walau nama nya agak panjang bagaikan nama seorang sheikh, ini adalah sebuah filem pertama yang di buat oleh Encik Donnersmack.
SO sapa pelakon pelakon dia? aku pon tak kenal. Kalau nak gi lah check kat IMDB ke ataupun wikipedia. Tak perlulah check di website website rating fasal, cita rasa seseorang itu berbeza dari segi pemikiran dan cara pembesaran. Walaubagai mana pun ini adalah review dari seorang anak bangsawan malaysia.
1. Cerita ini ada romen romen yang ringan ringan (benda ni penting dari perspektif seorang jantan yang suka kopi jantan)
2. Jalan cerita ini memang best. Setting dia masa zama post wwII ketika jerman timur di bawah insuran puak russia. Cerita mengisah kan tentang kehidupan seorang direktor teater yang suka buat drama drama yang berlandaskan budaya yang bukan budaya budaya komunis. Kiranya cara hidup orang yang kaya, bebas dan takde garisan yang mana benar atau salah. Lebih lebih orang jerman yang berpemikran terbuka (kerana falsafah utama orang aryan iaitu Friedrich Nietzsche). Oleh sebab beliau adalah seorang yang amat dikenali di scene scene arty di zaman pemerintahan komunism di timur jerman, Ajen ajen Stasi atau pun special branch (sekret ajen) di tugas kan untuk mendengar dan melihat cara hidup encik si direktor seni itu kerana beliau disyaki sebagai pro-barat. Untuk mengelak kan filem dan drama yang berlandas kan cara hidup barat dikluar kan atau di publis, mereka harus lah mengespy di rumah (dan juga opis si direktor).
3. Selain itu, banyak lagi scene scene drama di dalam filem ini. Antaranya cara hidup si direktor dengan bininya yang dapat mengubah pemikiran seorang kepten agen stasi dan juga seorang komunis ideal di timur jerman.
4. Cerita ini ada scene romen ringan ringan (eh macam dah cakap je)
5. Terdapat babak babak penting seperti kejatuhan dinding berlin dan apa yang terjadi kepada sistem jerman timur justeru selepas dinding jatuh. Memang cinematographi dia epik.
Kalau teringin nak dapat kan filem ini, rasanya tgh ada show kat GSC midvalley. Tapi kalau nak save duit untuk bawak anak anak pergi cuti sekolah, saya boleh tolong nasihat kan mana nak sedut (download) secara percuma.
Anyways cerita ini boleh bla la kira.. oh ya taniah kepada stacie yang menang AF no 6 ni. aku rasa bila dah sampai semua 10 pemenang, astro mesti nak buat projek band macam slipknot, tak sabar nak tunggu sahri nyanyi lagu lagu kepala kambing.
Jack "menguap" lingam
2 comments:
aku dah tgk cite ni. best!
bkan stakat best. cite ni mmg boleh bla la kira!
Post a Comment