Sunday, 25 May 2008

Hari Ahad di Kigali


Cerita ini jalan cerita dia semua sama seperti cerita Hotel Rwanda.Tetapi filem ini bukan lah dari kaca mata Paul Rusesabagina (Chief Hotel Mille Collines). Tetapi filem ini adalah daripada kaca mata seorang journalist perancis yang nama nya Benard Valcourt yang datang ke Rwanda untuk mebuat sebuah filem tentang AIDS.

Apa yang best nya filem ini adalah ia sebuah filem perancis di atas sebuah nama "dimanche a Kigali" ahad di kigali. Apesal pulak best kalau dalam cerita perancis dia best? kerana pada rwanda ketika itu dibawah naungan raja raja belgium. Ketika zaman kolonial belgium, negeri negeri afrika belgium bertutur didalam bahasa perancis kerana berdekatan dengan negara negara kolonial perancis. Jadi, filem ini menjadi lebih real kerana mereka bertutur bahasa perancis dengan orang yang bukan hutu atau tutsi, dimana filem Hotel Rwanda mereka bertutur bahasa ingeris all the way. Jadi, speks filem ini menjadi lebih detail dari segi budaya dan cara percakapan (accent).

Ada satu babak yang mencuit hati ku. Seorang tutsi yang menghidap AIDS di interview oleh mamat journalis itu sendiri. Dia berkata



"...Aids telah merangkak ke seluruh tubuhku. Itu adalah sebuah eksiden buat diriku. Tetapi terdapat satu penyakit yang lebih teruk dari AIDS didalam Rwanda: Kebencian. Kebencian yang ditanam di dalam hati setiap orang. Bagaikan kematian aku yang ditanam oleh air mani ku. Aku juga orang tutsi. Itu juga satu eksiden. Tetapi aku tetap orang Rwanda. Jangan lah kau membuang masa mengambil filem tentang AIDS, kerana banyak lagi yang mati di negara ini desebabkan kebencian..."


Selain itu, filem ini di rakam oleh seorang direktor filem dari Quebac, Canada dan filem ini memang boleh bla la kira

Jack "besok kerja" Lingam

No comments:

Dari mana?

Analytics