Saturday, 17 May 2008

Purata Rakyat Malaysia Hanya Membaca 1 Buku Setahun. Mengapa?


Salam sejahtera, Hari ini saya akan mengesyorkan sebuah buku karyaan falsafah terkemuka iaitu Sigmund Freud. Korang kena ambil tahu tentang mamat ni, kerana buku buku yang beliau tulis mungkin dapat menjawab soalan-soalan yang korang kelana selama ini dalam kepala otak kau. Buku kegemaran saya dari beliau adalah Jokes and Their Relation to the Unconscious.

Mesti korang pernah mengalami situasi di mana korang akan gelak kepada lawak-lawak yang pernah diceritakan oleh kengkawan korang masing-masing. Tapi mengapakah lawak-lawak tersebut masih kelakar, dan adakah lawak yang diulangi berkali-kali boleh layak dicap sebagai 'lawak'. Encik Freud akan menceritakan kenapa minda kita akan tertarik dengan sebuah cerita pendek atau sketsa yang membolehkan kita bergelak ketawa sorang-sorang atau bersama rakan-rakan (atau sambil menghisap dam/yao dll).

Soalan: Tapi, buku ni nampak cam tebal je bro!
Takpe, Encik Freud pandai menyusun ayat-ayatnya dengan jelas dan teliti, jadi kamu tidak boleh menggunakan sebarang alasan untuk membaca buku ini.

Soalan: Bai, tapi buku ni cam tak cool la, takde gambar semua.
Sebab tu ko bebal.

Para penyoal: *Sambil melayan i-podnya* cibaaaai, aku terdelete album Saosin aku.
Hmm, takpelah, aku tak mahu kacau kau, mungkin kawan kau yang berminat dalam buku ni.

Kawan para penyoal: Aku takde hal bai, janji aku open, aku cunnnn
Ko pun bebal rupanya..

Pada dasarnya, buku ini memang ditujukan untuk orang yang minat berjenaka (i.e 99.9% orang Malaysia) dan cuba korang fikirkan dengan lebih mendalam, tentang faktor faktor yang membuatkan sebuah cerita pendek/sketsa itu kelakar pada pandangan korang.

Para penyoal dan membernya: bai, lapar ah, aku dengar ada tempat sedap kat Damansara...

Ok aku give up, tapi buku ni memang boleh bla..

Sigh

Yang berputus asa,


K.T

No comments:

Dari mana?

Analytics