Monday, 19 May 2008

GONZO JE!



Paling best pegi layan konsert,bila lu kerja cover story konsert tu.Kadang-kadang bos lu bagi pas media,tapi kalau takde tu,Gonzo je lah.Redah je beb.
Walaupun gua dah olah prinsip gonzo ni sampai jadi gaya hidup gua,(sebab skang gua dah tak peduli dengan peraturan rasmi beb),Gonzo ni sebenarnya satu stail kewartawanan yang melawan peraturan rasmi dalam penulisan.Lupakan la cara lu tulis surat rasmi kat sekolah dulu.Tak guna.
Stail gonzo ni caya.Orang membaca tak bosan pastu penyampaian dia lagi ikhlas sebab cerita yang lu tulis tu disampaikan dengan naratif orang pertama.cam gua lepak kedai kopi cerita kat lu la.bukan macam berita dalam surat khabar.
Gonzo ni bemula dari Hunter S. Thompson,sorang wartawan yang 24 jam stim.Dia tak main obat takpun batu cam kutu kat KL ni.Dia main Halusinogen,benda-benda yang buat lu jadi ILUSI beb.Sebab tula artikel yang dia tulis selalu melampaunya sasau.Haha cuba lu bayang cerita dia camaner.Masuk air beb.Tapi cerita mamat ni tak akan lari daripada konteks mesej yang dia nak luahkan.Dia selalu kaitkan pengalaman dia dengan mesej dia nak sampaikan.Kira kalau dia nampak rasaksa,lu orang pandai pandai la tafsir raksasa tu bagai polis ke,anjing ke.takpun mak lu.
Kalau lu jadi bos Hunter ni dulu,memang lu sakit hati la.Dia tak pernah hantar kerja dia awal daripada dateline.Dia mesti hantar last minit,betul-betul sblom akhbar takpun majalah tu dah nak cetak.Ni bukan sebab dia pemalas tak buat kerja macam lu!tapi ni sebab dia tanak bos dia edit kerja-kerja dia.Dia percaya kejujuran dalam cerita dia sebagaimana ia dituliskan dan tak diubahsuaikan.Gua rasa ni sebab banyak surat khabar zaman dia dulu
pro kerajaan.Ni waktu zaman Nixon jadi presiden.Sama macam kerajaan Badawi la kot.Berita semua nak megahkan kerajaan je.Jadik,member ni pantang cerita dia kena edit.
Gua nak sangat cerita pasal Hunter S. Thompson ni.Tapi banyak sangat cerita pasal dia.Berapa banyak filem la yang orang dah buat pasal mamat masuk air ni.Buku yang dia tulis pun belambak-lambak.Nanti gua follow up lagi dengan cerita pasal mamat stim ni.Legend wei mamat ni.Lu orang tengok la cerita pasal dia,Johny Depp belakon jadi dia dalam Fear and Loathing in Las Vegas.Ada satu cerita dari salah satu buku yang mamat ni tulis,tajuk buku dia "
Hell's Angels;The Strange and Terrible Saga of the Outlaw Motorcycle Gangs"cerita pasal dia lepak ngan rider-rider kat Amerika,Hell's Angels.Member lepak sebab nak dapat story pasal Hell's Angel's ni la.belakang citer,member kena lauk ngan budak2 Hell's Angels ni.tapi steady je,dia lepak gak ngan bebudak Hell's Angels.kena lauk tu benda biasa beb.waktu tu Hell's Angels memang hangat la dalam akhbar sebab tak abis-abis buat hal.Macam geng rempit kita kat sini la.HAHA.RESPEK.dalam hatiku,gonzo journalism bla.




Yang Benar dan Penulis 'Debut' dalam blog ini,
Ayman Ayatolla

3 comments:

Jack Lingam said...

canteek. wa rasa kalau lu betul betul minat nak tulis kat blog kitorang ni,

hantar lah account blogspot lu ke

kegunaanmasalapang@gmail.com

kalau cik kwaidan tada hal aku pon tada hal.

Lingam

frankie ikan masin said...

cun cun..

taktikal said...

der, gua tak sabau nunggu citer Rum Diary nak tayang kat M'sia ni weh. Gila ah, Johnny Depp ngan abg Dr. Hunter memang boleh blah la kira.

Dari mana?

Analytics