Tuesday, 20 May 2008

Battleship Potemkin: Cerita perang ala ala Bukit Kepong

Kalau siapa suka baca buku bukit kepong masa Tingkatan 5, aku rekemen kan korang untuk tonton filem ini. Pada sesiapa yang tengah diet atau tak makan makanan tengah hari, boleh ah totoni filem ini kerana dia akan mengambil masa 70 minit saja.

Filem penuh dramatik (bukan ala ala telenovela) ini adalah filem awal awal zaman sosialis di empayar russia yang di tayangkan di layar perak pada tahun 1925. Selain itu, filem kapal perang Potemkin ini adalah merupakan kisah benar.

Waktu Setting cerita ni adalah ketika revolsi di russia menentang ke-raja-an Tsar pada awal awal 1905. cerita ini mencerita kan tentang nasib anak anak kapal yang terpaksa memakan bangkai lembu. Setelah memberitahu kepada officer officer kapal dengan secara aman, Ketua doktor Kapal telah memberitahu tukang masak bahawa daging itu memang boleh di makan.

Ketidak puasan hati itu membuat anak anak kapal mogok tanak makan malam. Hari seterusnya, anak anak kapal di kumpulkan untuk upacara menembak kepala kepala pemberontak. Sebelom, loyalis loyalis raja raja Tsar dapat menembak, anak anak kapal memberontak dan membunuh 7 atau tujuh officer yang pro-Tsar dan mengambil alih sistem kapal dan bermutini dengan melayang kan bendera Merah.

Selain isi cerita yang menarik, musik dan simponi didalam filem ini adalah yang terbaik aku penah dengar. Kalau tak silap, orang orang dari Bolshoi kot yang main. Selain itu, filem ini adalah sebuah silent filem seperti filem nosferatu.

kalau nak tengok filem Encik Sergei Einstien ini, layari lah ke laman yang berikut:

http://video.google.com/videoplay?docid=-1630669376406423668

Jack ''blogger maut" Lingam

No comments:

Dari mana?

Analytics