Tuesday, 20 May 2008

Perhatian Wanita Dan Juga Lelaki Yang Ingin Membeli Hadiah Istimewa Buat Tersayang




Aku ni jenis berjiwa romantik, dan tak tipu ko, kalau aku ada teman istimewa, aku akan sentiasa mencuba untuk membuat dia gembira dan terkejut atas perbuatanku yang menyentuh hatinya. Jadi, ko pun patut lakukan sedemikian. Asyik dia je yang masak, dia je yang beli kredit dan menelefon ko, apa kata ko hidupkan hubungan dan hadiahkan awek/chikaro ko dengan hadiah yang tidak disangkakan? Memperkenalkan kasut-kasut seksi dan unik dari pereka dari Denmark CAMILLA SKOVGAARD.

Minah ni amat berbakat. Masa dia 20 tahun, dia dah ke Dubai untuk reka kasut untuk Sheikh-sheikh kaya punya bini dan anak perempuan mereka. Pereka ni juga telah mendapat namanya dalam skop yang besar masa dia masih menunaikan pelajarannya di Royal College of Art, London. Sekarang minah ni bukan seorang calang-calang pereka kasut sahaja, dia dah menaikkan namanya ke taraf- taraf yang hebat seperti Jimmy Choo dan Manolo Blahnik.

Aku mula buat blog pasal kasut perempuan sebab ye lah, aku dapat maklumat dari orang luar mengatakan blog kita orang ni hanya untuk lelaki- lelaki 'sama kepala' ngan kita je. Mana ada, korang je tak sabar, kita tidak menyebelahi mana- mana pihak, kita akan bagitahu je apa yang boleh bla pada pendapat kita, dan mintak pendapat korang pulak (tetapi korang pun satu, malas nak bagi komen).


Ingatlah yang tersayang, dan kalau perempuan yang tiada teman istimewa tetapi ingin sepasang kasut dari pereka ini, silalah cari di laman web ini untuk mencari butik yang terdekat. 

.....Aku lapar la. Aku nak gi rumah Aishah dan godek peti sejuk dia tapi jangan harap aku nak beli kasut Camilla untuk dia.

Ko tak tahu aku, tapi ko tahu ko akan sayang aku, XOXO Vsop Hennessy Chivas Regal (tiru)
Kwaidan 'aku-bukan-gay' Tarmizi

1 comment:

Anonymous said...

dah agak dah masa tengok tajuk mesti kwaidan yg tulis. show some more love to the opposite sex please. i like. aishah pun mesti suka.

p/s kasutkasut itu boleh digunakan untuk membunuh. (killer heels)

Dari mana?

Analytics