Bertenang brader, bertenang. Gambar di atas bukan perompak-perompak berpurdah yang inginkan darah payu dara anak dara...Cuba ko cakap apa yang aku cakap tu kuat- kuat dan laju- laju. Cam ni,
PAYU DARA, ANAK DARA
PAYU DARA, ANAK DARA
PAYU DARA, ANAK IMAM. (tetiba)
Fuh, lega. Okay, nak bagitahu korang sikit tentang kugiran yang amat unik ni. Kalau ko seorang ahli muzik yang serious dan inginkan bunyi 'tone' yang lain daripada yang lain, sila ambil perhatian. Boleh juga kalau ko buang cakera padat Alexisonfire ko , sebab pada pendapat aku, mereka satu kugiran yang sederhana sahaja dalam keunikan.
Secara am, kugiran TINARIWEN ni bermula pada tahun 1982 dalam perkhemahan MUAMMAR AL-GADDAFI dari pemberontak TUAREK. Lagu- lagu kugiran ini kebanyakkan berbahasa Perancis dan Temashek. Diorang ni dulu merakam album diorang dalam kaset jek, tapi mereka dapat sambutan dari orang- orang Barat apabila mereka membuat persembahan di La Festival au Desert di Mali. Pendek kata, diorang dah ada tiga album rakaman studio dan kalau ko nak tahu lebih lanjut pasal kugiran ni, sila klik sini,
Ko tau la aku, tak nak bagi sangat informasi, sebab aku tak suka orang malas dan bersikap jahil (ignorant), lagi-lagi di zaman Google dan Wikipedia ini yang penuh dengan segala maklumat yang korang nak tahu. Kalau korang nak tahu pasal Kejahilan dan Infrensnya, pun ada dalam laman- laman web tersebut.
Sebelum aku tinggalkan korang, aku akan bagi satu klip dari Youtube tentang kugiran ini, sebuah dokumentari tentang diorang, aku bagi korang babak pertama sahaja, yang lain sila sambung di halaman youtube.
Yang sedih kerana Chelsea kalah,
Abang 'ye, awek ko yang sms aku smalam' Dan , atau dikenali sebagai Anak Tarmizi yang hitam manis tu.
4 comments:
apsal tak ada orang komen kat blog ni?
kak long
x tau,
tp sy suka membaca dr mengomen blog ini. mmg boleh bla. =D
agak ar
takpe ah, tanak komen bagi idea pon boleh,
apa apa pun kami di blog ini akan terus memberi segala benda yang boleh bla la kira.
Post a Comment