Thursday, 22 May 2008

Fantastic Planet: Cerita Kartun Musikal

Cerita kartun yang aku nak cerita hari ni nama nya La Planete Sauvage/ The Savage Planet/ Planet buas. Tetapi di eropah atau pun di negara negara yang suka cakap bahasa orang putih, ia lebih di kenali sebagai Fantastic Planet.

Filem ini adalah sebuah filem musikal bagi aku. Tapi bukan la sama macam cerita disney highschool musical. Cerita ini lebih serious dari perspektif kemanusiaan yang normal. Komposer dan penulis musik dalam filem ini adalah seorang ahli musik jazz dari perancis di atas nama Alain Goraguer. Aku ada la jugak bagi kawan kawan aku dengar. Tapi ada ke pulak diorang cakap lagu ini lagu romen? Tapi memang ada 2-3 track lagu ini ada bunyi awek tengah deep breath. Tapi bukan Deepthroat. oops.
Anyways, filem ini mengisah kan sebuah dunia luar lain daripada alam cakerawala (lama seh tak guna perkataan ni) kitorang ni lah. Cuba kau bayang kan. Korang masa kecik, mesti ada teringin nak bela binatang binatang macam siput la, tikus la spider la kira nya benda yang bukan orang bela. Dalam filem ini sama juga. Bayang kan kau adalah binatang binatang seperti tikus mondok. Lepas tu ada seorang bapak dengan seorang anak jantan nya tengah jalan di sebuah taman permainan. Tiba tiba anak si bapak ni nak bela kau pulak...engkau pulak time tu tengah mengelon (bermanja) dengan ibu awak....

untuk malas cerita panjang panjang (sebab aku nak korang tengok cerita kau ni). Jalan cerita filem ini memang macam apa yang aku cakap, takde kurang takde lebih. Seperti yang aku cakap awal awal tu, memang filem ini dari dimensi dan alam cakerawala yang berbeda dari apa yang kita sekarang. Kalau mula mula korang tengok filem ini memang korang rasa tak boleh blah sebab memang imiginasi direktor dia ni agak sasau.

Tapi filem ini adalah cara yang terbaik untuk belajar bukak minda. Dia mengajar manusia untuk menerima segala yang buruk atau yang cela atau kelainan atau perbezaan dengan minda yang terbuka. Isu isu seperti budaya, toleransi (dedikasi tak payah) dan kerjasama adalah pekara yang amat penting dalam sebuah komuniti atau pun di sebuah alam cakerawala. Secara lazim orang mempunyai imiginasi dan berpemikiran nya berbeza atau lain dari yang lain.

Sebagai kata kata akhir, FILEM NI MEMANG BOLEH BLA LA KIRA

Apa apa pun siapa yang suka lagu lagu psikedelic yang berkontemporari ranggi, boleh la dapat kan soundtrack filem ini di sini.

Jack "si penarik daging" Lingam



Sambung filem di laman ini: http://www.youtube.com/profile_videos?p=r&user=misstrisch&page=2

No comments:

Dari mana?

Analytics