Hari ni wa nak cerita pasal benda heavy sikit, selama ni asyik tulis pasal benda benda seperti tempat, buku dan lagu. Topik hari ni aku nak tujukan kepada pelajar pelajar industri filem yang sama ada yang tengah belajar di luar negara mahu pun di lim kok wing. Kalau korang tengah garu kepala pasal apa nak tulis untuk final year punya thesis ke aku cadang kan korang tulis pasal pegerakan DOGME95.
Untuk memulakan, pengasas pegerakan DOGME95 (D95) ni adalah Encik Lars Von Trier dan Encik Thomas Vinterberg. Aku penah pergi ke ceramah Lars Von Trier tapi encik Thomas. Masa ni aku tak bertapa tahu sangat pasal dia ni dengan seorang awek chakli danish masa aku dekat London. Awek tu memang ON lah. Tetapi apa nak buat tak kan nak ada cinta tiga segi? Buat romen dalam wayang boleh la kot.
Berbalik kepada Encik Lars Von Trier, mamat ni memang bagak (saiz besar) orang nya. Asal nya dari denmark. Umur dalam lingkungan 50an. Cara nya rilek sahaja. Memang bergaya orang sibuk. Aku rasa kalau boleh dia memang malas nak pergi ke situ untuk beri ceramah. Tapi mungkin duit yang dia dapat itu masyuk kot. Walau bagaimana pun dia terus papar kan filem sebuah filem yang berjudul the Idiots. Aku pon tak pernah tengok cerita yang dibuat macam ni. Kalau nak pikir balik cerita ni macam cerita pakcik aku amik filem video hari raya. Rupa rupanya, ada juga jenis filem seperti ini. Filem filem inilah yang mengakuri atau mengikut undang undang D95.
Tapi apa dia undang undang D95?
- Filem harus lah dilakukan di lokasi. Prop tidak dibenarkan guna. Hanya pokok-pokok, pegerakan manusia, kereta atau lori yang ada dekat lokasi itu adalah prop. Kiranya, segala batu bata yang ada dekat lokasi itu lah prop korang.
- Suara tidak bolehlah di sharpkan dengan menguna kan teknik teknik artificial. kiranya kalau guna kamera dekat handphone, itu lah suara yang digunakan kalau filem itu kluar wayang. Untuk backrgroun musik pula, tak boleh di selit kan dalam filem selain dekat lokasi sunting filem ada kedai mamak yang pasang cd orang mengaji.
- tangan harus lah digunakan untuk memegang kamera. Jalan kereta api mini tidak boleh sama sekali digunakan.
- Filem harus lah berwarna, lampu artificial seperti lampu xenon atau lampu sodium halide tidak dibenar kan.
- Filter lense atau pun night vision tidak dibenar kan.
- Keadaan cuaca atau geographi tidak boleh di tukar. Sebagai contoh, kalau nak hujan tunggu hujan baru sunting, tak boleh guna air pili bomba untuk buat hujan.
- aksi aksi ganas seperti bergusti,tembak menembak atau letupan c4 adalah dilarang sesama sekali kerana itu semua tidak beretika. Macam la ada orang bergusti tiap tiap hari atau orang tembak menembak macam cerita koboi zaman sekarang, melain kan anda nak buat filem atau siri seperti 'roda roda kuala lumpur' (tapi kalau ada ini bukan D95, ini dah jadi macam encik yusuf haslam).
- filem ini tak boleh di label sama ada 18sx, 18pl atau pun cerita blue. Cerita ni memang macam ni sahaja memang tak ada lebel romantik, politik, fantasi, sejarah dan lain lain label.
- lepas tu, filem ni boleh guna lensa 35mm sahaja lepas tu aku nisbah aspek harus lah 4:3 (aku harap pelajar pelajar filem tahu lah pasal benda ni, kalau benda teknikalfilem ni aku tahu pasal hitam putih , exposure dan..itu jelah kot: harap harap boleh la korang explain)
- Tuan direktor tak perlu di kredit. Iye lah bagi akupon kalau korang amal kan d95 baik kredit jurukamera sebab dia melakukan tugas tugasan berat seperti tangkap filem dalam keadaan hujan, jerubu, kesesakan lalu lintas dll.
Aku harap kalau lah ada direktor seperti yusof haslam, hussien abu hassan (direktor legenda: cerita gila gila remaja, belakon cerita bukit kepong; dah meninggal), dan para direktor masa depan yang masih belajar (tak kira di menara gading atau pun di bangku sekolah) nak cuba cuba buat filem macam ni (try la guna kamera dekat talipon tu dulu nanti dah ada simpan duit jangan kawin terus, invest lah beli kamera 35mm), kami memberi sokongan dari belakang.
Jack Lingam
No comments:
Post a Comment