Sunday, 18 May 2008

Brader Hip Hop yang real - Encik Lupe Fiasco



Ni la dia, brader Hip hop yang memang "keeping it real" bak kata kata orang. Dia ni asal dari Chicago kat Amerika dan bakat brader ni dijumpai oleh tidak lain dan tidak bukan, Encik Jay - Z. Brader ni memang solid ah lagu lagu dia. 

Jay - Z si abang Legend kata dia ni "a breath of fresh air" 

Iya, memang die ni hip hop, tapi jangan salah sangka, brader ni bukan lah seorang rapper macam vanilla ice, black eyed peas mahupun ying yang twins.

"Kenapa lak tak sama? kata hip hop, sama ah kan?" para pembaca mungkin bertanya. Inilah sebab kenapa dia ni lain. 

Die ni, lagu lagu die, semua ada mesej yang hendak disampaikan. Memang iya, semua lagu ada mesej nak disampaikan, tapi lagu lagu brader sorang ni, mesej die sampaikan memang yang boleh kita connect atau "feel". Brader ni tak rap pasal kereta mewah, party besar kat heritage row, atau main awek kat dalam club, brader ni rap pasal kesusahan seorang budak membesar sebab takde bapak dan mak pula seorang penagih dadah, pasal kisah cinta antara dua orang skater boy dan skater girl, dan juga benda benda yang membabitkan politik, agama, hidup, isu perkauman dan juga sosial.

Dalam album pertama brader ni yang berjudul Lupe fiasco's food and liquor, brader ni berjanji untuk buat lagu yang ada mesej real dan bukan cakap kosong sahaja. Nampaknya, brader ni tidak menipu! 

Album kedua telah pun keluar dan  mesej yang disampaikan pula bertemakan "cool" dimana brader ni membincangkan hal hal yang berkaitan dengan apakah yang dimaksudkan dengan "cool" dan adakah benda benda ini sangat penting dalam hidup manusia zaman sekarang?

Disebabkan benda benda yang die cakap tu, brader ni dapat gelaran "Modern day Shakespeare"

Brader ni cakap die buat lagu bukan untuk duit, tapi semata mata nak reach kepada pendengar pendengar dan memberi tahu apa pendapat die tentang benda benda kat dunia ni. Jadi disebabkan begitu, brader ni cakap die akan keluarkan 3 album sahaja sebab dalam 3 album ni dah keluarkan semua pendapat dia. Jadi marilah kita saksikan bersama kalau brader ni menipu atau tidak (harap harap tak ah sebab die hero aku dan aku tak nak ah kecewa).

Brader ni jugak seorang saudara Islam, mengikut sumber sumber entertainment (yang tatau ah betul ke tak kekadang dorang ni cakap nak buat gimik ah tapi aku harap betul ah) brader ni tak minum arak, isap rokok mahupun isap dam. Die clean ah kira. Die memang bangga dengan dirinya yang seorang Islam walaupun die duduk kat negara yang nama Islam sering dicemarkan. Dalam intro album pertama dia, awal awal lagi die cakap "Bismillahhirrahmanirrahim". Nama die kat cover album pun die tulis dalam style tulisan Khat cam kat atas tu.

Kalau semua ni betul, aku memang bangga ngan orang camni, sebab tu die hero aku. 

Senang cakap, Brader ni solid ah

Dan bagi aku brader ni memang boleh blah. Dengar lagu kat bawah ni, die cerita macam mana benda yang kita gila gilakan macam diamond tu mengakibatkan kesengsaraan kat orang orang.






Die cakap jugak yang kan Kanye west buat lagu "Jesus walks"  die cakap ni
Lupe Fiasco: "I wanted to flip 'Jesus Walks' when it first came out, and I did a record called 'Muhammad Walks' because I'm a Muslim, so I flipped it from a Muslim perspective."

jadi ni lah lagi "Muhammad Walks"


No comments:

Dari mana?

Analytics