Monday, 19 May 2008
Bukan Sebarang Bilik Tidur
Aku dulu baca kat surat khabar tanah air bahawa Malaysia adalah salah satu pengguna Viagra yang terbesar di dunia. Aku tak salahkan mereka yang beli. Inilah sebab- sebabnya (kot) :
a) Balik pejabat, bini pakai kaftan, satu pakaian yang tidak menimbulkan keghairahan langsung. Jadi, terpaksa telan dan lakukan nafkah.
b) Anak- anak kecil rakyat kita tak tahu duduk diam (lihatlah perangai mereka di Spektra dan lain lain)
c) Terlalu lama duduk di pejabat dan tidak melakukan senaman/senam rimau lalu kebekuan darah berlaku di bahagian peha dan pungung.
....Apa aku merapu ni?
Terus kepada topik blog hari ni, aku nak memperkenalkan korang dengan satu 'hotel butik/ konsep hotel' kat Berlin.Hotel ini telah direka oleh seorang artis bernama LARS STROSCHEN. Beliau mencampurkan 'visual dan audio' dengan konsepnya dan menghasilkan bilik-bilik hotel yang lain dari yang lain. Setiap bilik mempunya tema tersendiri dan kepada yang berumah- tangga yang ingin mengapikan percintaan korang semula, jangan tunggu lagi, kunjungilah hotel ini di Berlin pada musim cuti. Konsep bilik 'sangkar' paling sesuai dikongsi bersama teman hidup, konsep bilik terbalik pula paling sesuai dikongsi bersama rakan- rakan yang gemar menelan dan mencekik ubatan yang disalah-gunakan dan konsep bilik cermin pula sesuai untuk pasangan suami isteri yang ingin mengangkasakan keintiman mereka.
TEMPAT NI MEMANG BOLEH BLA. wei bebudak arty tanah air, cuba fikir benda- benda cam ni skiet.
link untuk menempah semalam di BERLIN
Yang gersang,
Kwaidan Tarmizi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment