Apa cerita semua? Aku harap korang dapat rehat yang secukupnya pada cuti minggu. Aku standard ah, usya- usya kedai buku, tengok dvd skiet, buat penyelidikan skiet. Walau bagaimanapun, aku tak lupakan korang. Sebab aku tahu sure korang nak info yang sharp, betul tak. Ni ha, aku nak bagitahu korang pasal tokoh pada pandangan aku. Paul Arden. bukan Paul Lissek ( coach hoki Malaysia lama ) ataupun Sean Paul ( pak tam yang stengah putih tu )
Paul Arden merupakan Otai dalam industri pengiklanan. Dia ni bekas pengarah kreatif syarikat pengiklanan yang paling terkenal Saatchi and Saatchi. Beliau pun pernah menderma idea kreatif nyer ke akhbar The Independent di UK.
Mamat ni memang kritik yang besar bai, masa waktu waktu arahan dia. Dia selalu kata yang seseorang itu bagus dari idea terakhirnya. Maksud beliau, kita kena menuju ke hadapan ah, jangan asyik rasa yang apa idea yang kita pernah buat yang laris dulu, akan laris akan datang. Bertahun-tahun, dia ni bertanggungjawab dalam iklan-iklan sharp kat UK,dengan cara pemikirannya yang luar dari petak. Ko paham la kan, aku pun blogger yang tak suka bagitahu banyak sangat pasal seorang, nanti korang lemak pulak, tak nak selidik sendiri.
Pada tahun 2003, dia tengok market buku- buku 'tolong diri' semakin meningkat, lalu dia terbit satu buku bertajuk "It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be". Cara dia buat buku ni pun memang lain bai, sebab selalu buku tolong diri ni semua tebal- tebal dan banyak citer, dier buat setiap muka surat, dia akan bagi satu ayat je. dan ayat- ayat dia besar dan isi ayat dia memang bernas. Bai, aku ada buku ni bai, aku cakap sama lu, aku simpan buku ni sampai anak cucu, sebab buku ni memang sharp!
Contoh satu ayat dalam buku tersebut: ( ini dalam muka surat yang awal )
"Nearly all rich and powerful people are not notably talented, educated, charming or good looking"
Amacam? baru starting dah bagi satu ayat baekknya..ooops, ada orang tegur aku dari tepi.....
"Abang Kwai, Syamsul tak paham Inggeris la, apa maksud si Paul tu?"
-Terima kasih atas kejujuran kamu Syam. Dia tulis tu pada awal muka-surat sebagai satu faktor realiti yang dia ingin luahkan kepada orang ramai. Beliau ni dah kaya, dan dia kaya dari kerja- kerja kreatif, jadi inilah dari perspektif seorang pengarah kreatif, kira dia guna cara lain la untuk tulis buku 'tolong diri' ini. Cara yang anti- buku tolong diri.
"OOH...Abang Kwai dah makan?"
-Dah, tunang abang buat sandwis ngan keju brie, ngan buah-buahan beri tadi. Dah dah, abang nak lecture ni.
Buku lagi satu adalah "Whatever You Think, Think The Opposite". Buku ni kegemaran aku gak ah. Lost bai buku ni. Buku ni ada kata- kata teladan pendek dari orang- orang terkenal dan juga kata- kata teladan dia sendiri. Aku nak kongsi korang ngan satu muka surat ni, yang buat aku terus kerja keras untuk ijazah degree aku, sampai dapat kelas pertama bai. Ko ingat Abang Kwaidan dari Alor Gajah ni bodo ke.
A young man worked as a runner in an advertising firm. One day he said to his manager,
'I am going to be a drummer'.
But the manager said, 'I didn't know you play the drums'
He replied, 'I don't, but I'm going to'
A few years later that young man played in a band with Eric Clapton and Jack Bruce, and it was called Cream, and the young man's name is Ginger Baker.
He became what he wanted to become before he knew he could do it
He had a goal.
Bai...kalau ko tak tahu Bahasa Inggeris, ko suruh la cikgu mana terjemahkan, tapi bila aku baca teks tu, aku terus fikir epic bai. Macam blog ni ah, aku ngan Jack nak jadi blogger, sebelum trend blog ni wujud kat alam ni . ( tipu sunat je )
Paul Arden meninggal dunia kira- kira bulan lepas. Kami dari TOP BOYZ ingin mengucapkan takziah buat dia dan keluarga dia. Semoga orang ramai dapat tahu lagi jasa tokoh yang aku hormati ini. Akhir skali, member ni memang sharp!
Yang gersang (kali kedua)
Kwaidan 'Love in this club' Tarmizi.
1 comment:
i bought the 'whatever you think, think the opposite' book, and i thought it was great.
sengaja biar atas meja makan so that my parents could read it (sebenarnya plannya macam ni, bagi mak bapak baca, pastu open story about quitting college, at least tak nampak macam penyangak sangat).
ada one part in the book it said something about dream car.
about 2 weeks after buku tu menghilang dari meja makan, bapaku pulang dari kerja, bapaku beli kereta 2 seater.
awesome shitz.
Post a Comment