Friday 16 May 2008

Nak tahu siapa raja pereka fesyen lelaki





Ni la dia bai. Nama dia Carol Christian Poell, tidak bukan Dolce and Gabbanna atau Bon Zainal atau Tom abang Saufi.

Mamat ni berasal dari Austria tapi studio dia dekat Milan (Member aku kata dia ni kat depan mata handsome macam pelakon). Dia ni anak orang kaya, lalu dia gunakan duit mak bapak dia dengan penuh manfaat. Rekaan beliau mungkin agak aneh untuk khalayak ramai, tetapi cara beliau memandang skop fesyen memang lain daripada yang lain.

Dalam sejarah rekaan, tiada siapa yang akan memotong seluar bercorak 'S' dan menggunakan rambut manusia untuk membuat kot dan juga membuat tie daripada bulu seekor kuda. Sigh, aku cuma ingin bagitahu bahawa beliau patut diberi 'attention' yang lebih atas kerjayanya dan beliau boleh menjada inspirasi kepada para pereka fesyen dan juga rekaan lain.

No comments:

Dari mana?

Analytics