Tuesday, 27 May 2008

Tim Burton main sorok sorok plak dalam gelap

Siapa tak kenal Tim Burton.Sekarang memang la ramai kenal Tim Burton.Tapi dulu mana ada sape heran dengan dia.
Lu orang nak tengok filem pendek dia bikin yang mendefinisikan karier dia?

Perkenalkan,Vincent.
Vincent filem pendek yang Brade Burton buat zaman A.R. badul dulu.tahun 1982.
Member dia kat Disney productions dulu caya sangat kat dia hinggakan hulur duit 60 000USD untuk dia buat Vincent ni.Ya,inilah dia filem pendek yang mahai gila gua citer kat lu itu hari.60 000 USD untuk buat filem pendek. "LOST BAI!"
lost bai lost bai lost.sapela jerit lost bai tu.enrique iglesias kot.takpun kwaidan.let the rythm take u over kwaidan.
Tapi memang BANYAK GILA LA 60 000 TU!!!!masyuuuuuuuuuuuk
Dengan kejayaan Vincent ni la karier Brade burton mula meloncat loncat.



Saja nak bawak bual
Dalam Vincent,Burton mengungkap sajak Edgar Allen Poe 'The Raven' yang pada gua adalah pasal sorang mamat ni yang mengambil nikmat daripada kesedihan dan kegelapan.Seingat gua,cerita dalam the Raven ni macam ni,ada sorang mamat ni bini dia mampos kemudian dia duduk kat satu tempat ni kemudian ada burung datang kemudian burung ni pandai cakap tapi burung ni pandai kata 'nevermore'(takkan lagi) je.kemudian mamat ni tak habis-habis tanya pasal kebahagiaan dan masa depan dia kemudian memang burung tu cakap nevermore je lah(apa bodo sangat mamat ni) kemudian mamat tu sedih dan makin sedih dan kemudian sedih gila babi.kenapa dia tak berhenti tanya bila dia dah tahu burung tu mesti jawab nevermore?..dia mat emo kot...Serupa cam Tim Burton??


Memang seorang pencerita atau auteur yang power,akan tetapi,berdasarkan Vincent ni,gua rasa Tim Burton hanya inginkan stail je..gua tak tau la plak kalau dia ni mat ceria ke apa,tapi gua rasa dia hanya berlagak-lagak je sedih dan gelap.mungkin tak langsung relevan dengan diri dia?
Gua percaya dengan menyampaikan cerita dengan persona atau naratif yang berbeza dari diri sendiri.tapi kalau poser tu lain citer.

Itu Pendapat Gua!!!
Apa?lu tak setuju?lu suka Tim Burton?lu rasa dia boleh bla?
Kalau lu tak puas hati,bak datang la pendapat lu kat kotak komen bawah ni!!!!!!!!!!!!!!!!

1 comment:

jezzah said...

it's not an act, it's passion.

Dari mana?

Analytics