Sunday 18 May 2008

Pengalihan Emosi Kepada Tarian Kontemporari




Salam sejahtera semua ! Hari ini aku nak memperkenalkan satu pereka tari yang agak baru dalam industri tarian kontemporari ini. Nama beliau adalah Hofesh Shecter. Mamat kurus kering ni berasal dari Israel dan seorang siswazah dari Akedemi Tarian Jerusalem. Selapas itu, beliau terus memulakan kerjayanya di Syarikat Tarian Batsheva, Tel Aviv. Syarikat tarian ini amat terkenal di seluruh dunia.


Para penyoal pertama : Jadi, kenapa aku patut tahu...
- Ko lagi..aku ingat ko tak berminat.


Para penyoal pertama: Betul gak, aku ingin tanya je, tandas kat mana.
-Ko keluar dari bilik ini, pusing kiri, terus dan pintu pertama tu tandas la Abu Nuwas.


Para penyoal pertama: Oh ok. Nama aku bukan Abu Nuwas tapi.
-Aku tahu, tapi suka hati aku


*para penyoal pertama keluar dari bilik*
-fuh, lega aku.


Walau bagaimanapun, Hofesh ini telah meletakkan namanya di peta tarian kontemporari dengan rekaannya yang modern, tulen dan dinamik. Apa yang membuat aku tulis pasal beliau pun atas kelainannya, mencampur adukkan tarian dan gerak-geri askar. Lagipun aku memang suka orang yang jujur dan tetap pendiriannya. Ada jugak orang yang ingin menolak industri tarian kontemporari yang tidak diminati ramai ke arah yang baru.


Link di atas adalah tarian yang berjudul 'Uprising'. Harap semua terhibur. Kalau tidak, dan kamu masih suka akan tarian-tarian yang biasa dalam mata korang.


1) Halami www.youtube.com
2) Taip Usher Love in This Club
3) Tengok betapa kacaknya Kanye West tu.


Sekian,
KT

No comments:

Dari mana?

Analytics