Apa khabar rakan-rakan sekalian? Aku harap korang dapat rehat secukupnya pada waktu minggu lalu. Aku takdelah rehat sangat, sibuk mengatur portfolio aku yang semakin menimbun dengan kerja. Ni, bagitahu korang sikit pasal satu majalah, dan majalah ini diutamakan kepada kaum Adam. Ye, kaum lelaki.
Kebanyakan lelaki mesti memupuk sifat bermegah diri, dan gemar menampilkan diri kepada orang ramai dengan penuh gaya dan keyakinan (terutama kepada kaum Hawa/ perempuan/ awek/ chicks/ chikaro dll). Jadi, jika korang ingin menampilkan imej yang kasual, bergaya, modern dan juga praktikal ( kebanyakan lelaki ingin bergaya, tetapi malangnya gagal kerana memakai pakaian yang tidak praktikal seperti jaket kulit pada waktu tengah hari di kota Kuala Lumpur yang suhunya setengah takad didih dll ) . Dengan tidak membuang masa, mari saya memperkenalkan majalah fesyen lelaki yang jujur, bermutu dan tidak 'over' / 'dressing macam sotong', ini dia FANTASTIC MAN.
Kertas- kertas di dalam majalah ini tidak licau dan berkilat, memang lain dari majalah-majalah fesyen yang lain. Isinya pula, penuh dengan artikel-artikel semasa yang majoriti kaum lelaki dapat memahami, seperti tokoh muzik, seni, jurukamera dan sebagainya. Majalah ini telah dicipta oleh seorang pereka bernama JOP VAN BENNEKOM dan penulis GERT JONKERS dari Belanda. Susunan majalah ini juga bersih dan berkonsep minima, bukan seperti majalah- majalah fesyen lain yang memaparkan gayaan yang tidak praktikal, aneh dan maafkan bahasa saya, 'gayaan lelaki yang tidak sopan'. Majalah ini juga mengajar para pembaca dengan teliti cara-cara untuk memakai pakaian yang sesuai (match) dan cara pembersihan muka (grooming).
Aku rasa majalah ini memang boleh bla kerana ramai rakyat Malaysia tidak tahu akan jenis-jenis pakaian dan bagaimana/bila memakainya. Contoh, jangan sesekali memakai baju POLO di dalam majlis perkahwinan. Ye, aku tahu ianya pada waktu tengah hari dan di rumah orang tetapi tahukah anda baju POLO itu pakaian sukan? POLO adalah sejenis SUKAN. Nak aku pergi majlis perkahwinan kau pakai jersi SPORTING LISBON?
Jika berminat dapatkan majalah ini di
atau laman web rasmi majalah ini
Nota: Penampilan diri memang penting terutamanya rakyat kita yang tidak dikurniakan dengan ketinggian dan rupa yang kacak seperti Ryan Gosling. tak kira baju kau tiga ribu ringgit ke tiga puluh ringgit, tetapi cara memakainya amat penting. Ingat, kebanyakan pakaian 'tailoring' harus ditukarkan untuk 'fit' yang paling sempurna untuk badan masing masing.
Yang gemar bergaya,
Kwaidan Tarmizi
Nota number dua: Babi anjing kamus Melayu tidak ada perkataan-perkataan seperti 'tailoring' dan 'alterations'.
1 comment:
enchek Kwaidan,pengantin laki dah sound gua.jersi sporting lisbon memang tak boleh.Manchester United boleh kata dia..........
Pengantin tak baligh lagi kot.
Post a Comment