Saturday, 24 May 2008

Menjimat Ruang Dalam Tandas: Apakah?

" Abang Dan, apa gambar ni, macam robot dalam citer Star Trek jek?", si bendul tanya aku smalam

"Bai, ko ni pun satu. star trek mana ada robot. Nak aku citer tak?," aku counter balik bahalol tu.

"Boleh bro, boleh, aku suka pun dengar citer- citer ko"

"Sebelum tu, kirim salam kakak ko si Khafidah tu eh"

Ok, puas aku layan budak bingai tu. Lalu aku terpaksa pura- pura handset aku berbunyi dan jawab telefon dengan nada yang agak serious. Ni nak citer ko ni. Amacam rekaan kat atas? Heavy tak? Memperkenalkan Set Vertikal Tandas hasil rekaan Vertebrae. Diorang reka ni untuk jimat ruang, maklumlah, apartmen- apartmen skarang pun semakin mahal, ruang semakin tamak, jadi, diorang ada satu cara nak menyelesaikan isu ini.

Unit Vertikal ni takde besar pun, cam 0.4 meter persegi, dan terdapat ruang penyimpanan barang- barang kosmetik yang luas, jamban, unit mandi hujan (shower), dan juga sinki! Dan bonusnya, rekaannya memang unik, modern dan bertemakan minima. Memang boleh bla la kiranya, ko leh guna ruang lain dalam apartmen ko untuk buat studio ke, mini teater ke, jamming room ke. 

Ingat bai, walaupun apartmen ko kecik, tapi kena gunakan keluasannya secara kelasss gitu.

Yang baru sahaja menunaikan lari 10km tetapi tak puas hati dengan masa tercapai,
Kwaidan "kalau malam ni kena bihun pun sedap" Tarmizi

No comments:

Dari mana?

Analytics