Saturday, 17 May 2008

Tempat rilek hari minggu


Mana nak rilek time hari minggu ye? Tempat ni tak lah jauh sangat dari Kuala Lumpur. Hanya dua jam sahaja dari Kelana Jaya. Keadaan trafik nak kesana tak lah heavy sangat. Tetapi kalau dah masuk "old trunk road" (jalan lama) dari rawang ke atas bukit Fraser memang lah memeningkan. Bukan saja jalan yang siku siki nak naik atas bukit. Bila tiba sahaja di Rawang kelihatan banyak lori lori tangki minyak dan lori lori 10 tan. tetapi walaupun jalan sesak, waktu perjalanan masih 2 jam.


Mana mau lalu kalau nak ke Bukit Fraser? Kalau dari Kelana Jaya ambil jalan federal ke Shah Alam. Lepas tu carik lebuh raya Guthrie. Lebuhraya guthrie ni memang kosong. Kalau nak pecut satu lima pon tak ada masalah. jangka masa dari Shah Alam ke Rawang adalah dalam 30minit. Lepas tu ambil sisir keluar Rawang. Dari Rawang pandai pandai lah carik jalan ke Kuala Kubu Baru. Dari Kuala Kubu memang ada banyak signboard yang tunjuk macam mana nak pegi ke fraser hill. Dari bawah hendak ke fraser hill ada lah dalam 40 km. Tetapi jalan nak naik atas memang lost bai!


Setelah masuk kedalam jalan yang menuju ke Fraser hill anda akan lalu dengan sebuah empangan yang besar. Kalau rasa dah mabuk atau bosan naik kereta sensorang, anda di rekemen kan untuk singgah ke empangan tersebut. Di situ kelihatan ramai kaki kaki joran yang sedang memancing. Si bini pula ditugas kan untuk mengambil air yang mengalir dari bukit. Hari tu satu family siap bawak 10 tong satu gallon. Maklumlah harga air dah naik. Nasib baik Selangor dah tukar pentadbiran, kalau tidak dah naik lagi.


Kalau singgah dekat empangan tu(nak hisap rokok ke, memancut ke), memang anda takkan percaya bahawa selama ini tempat tempat tersebut dahulu hanyalah gaung dang pokok pokok. Tetapi sekarang manjadi tasik yang besarnya macam tasik chini.


Lepas tu sambung terus naik atas. Pastikan anda tak bawak laju laju sebab banyak lori turun masuk dan saya rekemen supaya tengok dekat surat khabar sama ada hari yang anda hendak pergi tu hujan atau pon tidak. Kawasan itu kawasan bahaya, sebab banyak tanah runtuh. Kalau hujan memang tidur bawah tanah la. Oleh sebab demikian, kini terdapat banyak lori kluar masuk sebab mereka nak buat tembok konkrit untuk mengelakkan tanah runtuh.


Ketika melalui jalan yang berliku ini, terdapat banyak sungai sungai. Kalau nak singgah mandi pon boleh. Tetapi yang pelik nya, terdapat banyak pokok krismas yang telah ditanam secara tidak semula jadi nya di atas bukit tersebut. aku lagi suka kalau ada pokok pokok tropikal sahaja di atas tu. haih.. memang jakun la negara ni.


Fraser hill. Bandar koloni dipuncak bukit yang membahagi kan antara selangor dengan Pahang. Aku pon tak tahu macam mana tiba tiba ada rumah orang putih dekat atas tu. Katanya, dulu orang british datang naik ke atas mengguna kan Keldai. Udara dekat atas tu memang nyaman. suhu dari 35 darjah terus jadi 22. Dekat atas tu, memang ramai juga awek awek dan mamat mamat yang jakun memakai baju sejuk dan selendang tebal.


Kalau nak bazir minyak, korang "roaming" (ronda) lah kat atas tu, kalau nak jalan kaki memang jauh dan memenatkan kerana keadaan muka bumi yang berbukit.


Masa aku dekat sana, aku rilek 4 jam. Singgah dekat SmokeHouse. Makan steak dan minum 2 gelas kopi dan satu air coca cola dan hisap rokok. Masa aku dekat situ kerja aku memang duduk dan melayan mata tengok pokok pokok sahaja. Tapi memang best sebab senyap bunyi serangga lepas tu udara nya memang nyaman.


Kalau dah sampai sana jangan lupa cuba minum air ManggaMadu dan lepas itu minum KopiJantan satu shot.


Kalau rasa sangap nak buat apa di hari minggu seperti hari esok atau lusa, bawak lah mak bapak ke sana.


Jack Lingam

No comments:

Dari mana?

Analytics