Monday 19 May 2008

Nosferatu: Cerita hantu yang agak sasau


Cerita Drakula memang terkenal dikalangan manusia sejak kita lahir lagi. Kalau kawan dengan sapa sapa pun mesti diorang tahu pasal Drakula. Apa yang korang tahu pasal drakula? aku cuma tahu drakula ni hantu sahaja.


Dalam sesi kita kali ini, saya ingin memperkenal kan sebuah filem hitam putih ala ala P.ramlee yang di perkenalkan kepada saya oleh seorang teman. Cerita ini nama nya Nosferatu. Cerita ini memang boleh bla!! walaupun ia adalah sebuah filem tanpa skrip "silent movie". Kebanyakan filem filem drakula yang telah di tontoni anda, Inilah bapak segala filem drakula yang dirakam kan pada tahun 1922 oleh seorang ekspresionis german yang bernama F.W Murnau.


Tajuk sebenar filem ini adalah "Nosferatu: eine Symphonie des Grauens" yang membawa maksud Nosferatu: Satu simponi gerun.


Seperti filem filem Drakula yang lain, ada watak watak seperti Renfield, Van Helsing, Thomas Hutter dan si Drakula itu sendiri. Tetapi filem ini ada kelainan. Selain daripada disunting pada tahun 1922, banyak teknik teknik perfileman yang harus di beri kredit.


kalau nak ajak awek tengok filem hantu, filem 84minit ini boleh didapati dengan percuma di:-

http://video.google.com/videoplay?docid=-6185283610506001721

No comments:

Dari mana?

Analytics