Sunday, 31 August 2008

Iklan Petronas 2008: Buat Aku Nangis Bai

Ni dia Iklan Petronas 2008 Hari Kemerdekaan arahan Afdlin Shauki. Ntah kenapa tetiba mata aku berair. Teringat kot akan aku di luar negara bertanding dengan orang- orang dari macam- macam negara lain. Dan aku berpeluang mengalaminya. Boleh bla sampai aku keluar air mata, saksikanlah!

Saturday, 30 August 2008

Media Alternatif

Selamat Merdeka Kotarayaku yang Keliru
Lu ada dengar crite ak?alaaa takkan lu takde dengar.Kita kan budak2 generasi sentiasa updated.
Tapi lu pastikan la crite yang lu dengar tu betul.Pertimbangkan sumber-sumber lain.
Kejahilan tu dosa besar bai.
Hari ni gua tolong adik gua,Zaki,belajar tuk PMR dia subjek sejarah.
Terang-terangan seterang bulan lu tau la yang buku teks dia ni adalah unilateral.

Jadik gua suruh adik gua baca buku Where Monsoons Meet.
Buku ni ditulis waktu 60an ke 70an dulu oleh budak2 Musimgrafik.Buku ni dicetak semula tahun lepas dan versi bahasa melayu juga di adakan.
Versi yang gua ada ni versi bahasa orang puteh.Biasanya buku-buku sejarah bahasa omputeh yang lain kebanyakannya dari sudut pandangan si kolonialis.
Buku ni plak dari sudut pandangan rakyat malaysia sebagai satu kolektif jadik lu dapat baca kesignifikasian sumbangan setiap kaum kepada penubuhan Malaysia moden.

Alhamdulillah kerana kita sekarang tak lagi hanya mempunyai buku teks dan surat khabar sahaja sebagai rujukan.Kita ada buku-buku alternatif dan kita juga ada blog yang boleh bla ni.

Gua nak E-bukukan buku ni tuk lu orang sebab penyampaian dia memang caya,tapi gua rasa kali ni lu orang pegi beli je la.Lu boleh beli kat satu kedai ni kat pj dekat2 UM.Disampaikan dalam bentuk komik,buku ni jadi senang dan cepat dibaca tapi input dia padat.

babai.gua nak balik gua punya gua.situ takde wifi dan susah nak updated jadik tu pasal gua jarang post.

Pergerakan Rekaan Memphis: Bukan Dari Amerika



Apa citer semua? Sebelum aku mulakan apa aku nak cakap sikit tentang satu movement dari 80an ni, aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Merdeka kepada rakyat Malaysia dan ingat- ingat atas sifat- sifat positif yang kita kena pupuk dan saling tegur- menegur dan bantu- membantu satu sama lain, tak kira rupa, warna kulit, bangsa, saiz badan dan sebagainya. Yang kelas atasan tu, jangan asyik marah waiter kalau makanan ko lambat, ingat dia tu waiter, kalau ko bengang, marah chef, dia itu hanya bertugas untuk ambil pesanan dan handle suasana restoran. Awek- awek seperti Dina Sofia Heritage Row yang nak kawin tu, jangan marah-marah juru solek bila ko nak bernikah tu, aku tahu ko yang bayar dia, tapi ko kena appreciate skill dia, cakap macam manusia ngan dia, bukan cam orang gaji yang ko nak solek.

Aku bengang gak ngan budaya negara kita dan sektor servis. Cam tukang jahit, ko selalu sound dia nak benda cepat, tapi ko tak berterima kasih akan tugasnya yang tapper seluar ko, yang singkatkan seluar panjang ko. Kat negara Eropah, orang- orang sektor servis dikatakan agak tinggi profilnya. Macam orang yang buat blazer dan seluar tu, kalau tukang jahit tu kata diorang siapkan dalam masa 6 minggu, orang- orang kaya Eropah terima bai, dan jugak terima kasih atas penerimaan diorang dalam membuatkan blazer untuk orang-orang kaya ni. Itu kita kena renung- renungkan. Nak kata kita berbudaya ke tak. Tapi fikir balik, ramai juru solek tanah air tu aku tak tahu nak panggil abang ke kakak sebab diorang pun memang lain maciaammm ah.

Jadi kenapa abang Kwai nak cakap pasal Pergerekan Rekaan Memphis ni:
Oh ya, kembali kepada topik kita, pada zaman 70an, banyak benda- benda yang post Bauhaus dan semua benda terlalu sharp, terlalu brutal (ye, zaman tu pun arkitek ada pergerakan brutalist) dan takde kegembiraan dan benda yang menceriakan dalam rekaan.

Jadi Pergerakan ini (Memphis, nama tersebut diambil dari Bob Dylan) ingin menukar konsep tersebut. Dan mereka bukan reka produk yang baru, tetapi proses pemikiran yang baru. Diorang lebih terpengaruh kepada Art Deco dan Pop Art ( Mesti awek suka kan, sebab ada produk- produk yang agak 'cute' dan boleh memuntahkan abang Kwai )

Pada citarasa abang Kwai, aku tak minat sangat produk- produk diorang. Tapi aku suka akan proses pemikiran yang lain yang membolehkan kita keluar dengan produk- produk yang lain rupanya. Orang Malaysia ingat kadang- kadang kreatif tu ko kena jadi gila atau buat produk yang terlalu lain. Bukan, proses pemikiran yang kreatif tu pun boleh dilabelkan sebagai kreatif. Ko tak leh fikir benda sama je, penyelidikan ko kena lain. Malaysia ada banyak bahan- bahan mentah yang kita boleh selidik dengan teliti dan kos nak buat kat negara kita pun murah, jadi apa lagi, cuba ah buat pergerakan rekaan baru. Aku yakin dengan anak- anak muda kita, tapi kita cuma kena ada otai yang boleh ajar pemirkiran kreatif dan selidik dengan betul, dah la negara kita muda, merdeka pun tak la lama gila, jadi sama- sama berazam untuk menghidupkan sebuah pergerakan kreatif yang bukan macam Bon Zainal. Hidupkan zaman otai- otai pereka negara kita seperti Jimmy Choo, Hjias Kasturi dan Ken Yeang. Adios, Assalamualaikum

Ingat! Kita boleh baii!!

Kwai Pumacat

Thursday, 28 August 2008

Kepentingan Sarapan: Amat Penting?

Tak elok makan waktu subuh

Amacam semua, blog hari ni tak panjang, tapi sempena bulan kemerdekaan, aku nak bagitahu korang sikit tentang apa yang aku perhatikan oleh rakyat tanah air kita. Kita ni malas nak sarapan pagi, ye lah, suka lepak sampai lewat, dan kerja keesokan hari. Kita korbankan masa untuk kita sarapan pagi, dan cuba tidur lebih sikit, supaya kat tempat kerja nanti kita tak nampak la macam orang kalah bisnes. Tapi tahukah anda, yang tidak bersarapan adalah punca kepada


a) kegendutan ( ye, perut kita cam enjin la basically. Malam ko bagi rest, tapi esok kalau ko tak sarapan, ko terus makan lunch, enjin tu tetiba je dinyalakan, habis la lintang pukang. Tu yang ko rasa perut kembung, cepat ngantuk dan sebagainya. Ko bagi perut ko kejutan lalu dia tak mampu menghadamkan makanan tengah hari ko dengan betul)


b) darah tinggi ( macam punca pertama, ko bagi badan ko menggelabah, lagi la tekanan naik, betul?)


c) kolestrol tinggi ( ye, sebab perut ko kosong, jadi bila tengah hari, mesti ko nak bedal benda- benda mengenyangkan seperti mee kuning, nasi kandar dan sebagainya, sigh, perut kosong ko letak kolestrol tak baik-ye kolestrol ada bagus dan tak. Apa lagi, boom!)


Jadi, semperna bulan merdeka, amalkan sarapan, dan serious tak tipu hari ko akan berjalan dengan lebih lancar. Ingat, amalkan makanan yang berkhasiat seperti banyakkan gandum, roti coklat (brown bread), bijirin- bijirin dan kurangkan makanan yang berlebihan garam dan sebagainya. Sama- sama kita menjadi warganegara sharp cats! Jangan jadi tak berkhasiat lalu kreativiti kita tersekat atas makanan- makanan tak elok, lalu kita jadi bebal dan conform kepada suapan Barat.


Blog ini mungkin boleh menjadi inspirasi untuk korang mulakan hari anda dengan sarapan!


Sekian,

Kwaidan 'kerja banyak sial/esok presentation' Tarmizi

Wednesday, 27 August 2008

Robot Menggunakan Otak Tikus: Ye, Tikus



Ini kajian dari para saintis Reading University. Saksikan dan renung- renung sikit. Teknologi sekarang semakin canggih, dan hari demi hari, manusia bekerja keras untuk melakukan sesuatu yang boleh menjadi inspirasi kehidupan seharian korang.

Habis, takkan usya Facebook je kat pejabat tu sambil layan SMS. Kita kena step-up bai! Sempena bulan medeka ni, cuba kita buat azam baru dan cuba menjadi rakyat yang lebih berguna, ini termasuk aku sekali. Oh ya, aku dah putus tunang. Kena tipu dek pompuan bai. So kalau ada yang single- single baca blog ni tu, don't worry, abang Kwai takkan bite....much! ;D

Yang Setia kepada Syarikat Kerja,
Kwaidan Bolt

Tuesday, 26 August 2008

merdeka merdeka merdeka, mari dengar lagu metallica!

bila korek korek korek+ boleh boleh boleh = X, X itu apa?


sejak akhir akhir ni semakin banyak pulak kes kes rasuah yang berlaku di negara kita ek? ramai yang ramal kan pasai pilihan raya kecik, tetapi selepas semalam meeting ngan sorang mamat dari tawau ni lain macam pulak bila aku kecek ngan mamat tu. apa sal la kita ni amal kan budaya rasuah atau budaya sogok menyogok? meh sini kita buat analisis yang ringkas di bawah:-

1. gaji orang malaysia yang tak pernah mencukupi
2. terdapat ramai broker yang konon nya boleh solve masalah pengusaha pengusaha.
3. mentaliti malaysia boleh
4. sifat manusia yang nak jadi world, sama ada kaya, alim atau pun kedua duanya sekali
5. hukuman perasuah yang kurang garang.

wa bagi lima cukup la, pas ni wa try goreng goreng kan apa yang wa tulis di atas tu ye?





Lagu Warisan - Sudirman (aku bukan seorang ultra, tetapi lagu ni untuk semua)

1. memang benar gaji malaysia ni tidak pernah mencukupi. betul atau tidak itu terpulang lah sama ada lu nak amik atau tidak. cuba lu gi shopping komplek, memang bertambah komplek la kepala lu pasal benda mahal bai. lepas tu pula, dah la nafsu jantan memang nak chikaro yang nakal nakal pastu time bercintan kalau boleh semua la lu nak sedekah selain dari pada daging kau walaupun si wanita tak minta. tetapi lu tetap bagi. biasa la jantan kan mempunyai sifat chauvinis yang telah lahir di badan ketika dilahir kan bai, sama ada lu bleh kontrol atau tidak itu terserah kepada diri masing masing. bai, bila lu joli sana sini tuk awek lu sure chikaro tu happy je, kalau boleh misti la nak terus declare ngan lu. pastu kan bai, bayang kan satu situasi ni kan bai, lu kerja lu makan gaji, takpun lu ada biznez kecil sebagai contoh lu kontraktor jkr la kan bai, pastu pulak lu cuma ada lesen kelas D. alah kat malaysia ni memang kontraktor kelas D tu lah kontraktor yang paling mahal. itu pasal la lu tengok banyak cina atau india jadi kontraktor rumah rumah, contoh pasang onning, divider, porch etc. yang melayu pula ke JKR minta projek, tapi projek kelas d bukannya margin besar bai, memang 20 % je, mcm mana? dah la jkr bagi duit lambat, makin lambat makin tinggi la kos, jadi korang kene la pinjam duit kat bank bank yang boleh tolong bagi pinjam short term loan. tapi rate sure tinggi punya, kalau 7% satu bulan? projek kelas D selalu nya 3 bulan je bai. margin lu makin turun ah kalo gitu. betui tidak? projek siap, duit jkr masuk, dah bayar loan bank, lu nye margin 10-15 % je bai, bayar bini punya makn minum, sekolah anak, jajan, bawak jalan jalan duit nak belanja gf lu macam mana? bukan itu saja nak gi spa pon mungkin tarak wang? ape cerita- nak tinggi kan income lu, lu kena buat projek lah, tetapi lu kene apply projek baru la, nak dapat projek lagi banyak lu lobbi la si JKR tu, tak pun bagi rasuah le, pasal ko dah dapat kontrak tu, lu jual la, margin lagi tinggi, pasai lu tak kluar duit banyak, yang lu keluar tu, mesti sikit je seperti bawak pegawai JKR pergi main chikaro kat cititel ke en?

ala wa tulis panjang panjaang asal beb? cuba lu tengok polis la, walau pun ari tu baru naik gaji, awal bulan je memang banyak la roadblok pasal abg abg polis cari makan.

2. memang ramai broker yang klaim bawak projek kaw kaw je bai. kiranya boleh tolong dapat diskaun interest rate la, tak yah bayar loan selama 4 tahun, grace period dan macam macam la cerita dongeng si broker ni. padahal, pasai si hantu broker ni la membuat benda benda atau projek mahal bai, pasal keje broker ni bukan mengurang kan atau menambah effisiensi sesebuah projek. tetapi dia ni sebenarnya penjual projek le. itu pon kira rasuah jugak kot pasal tak buat apa apa tapi nak ada apa apa? makan duit tanpa usha yang patut di ushakan dengan reward yang di beri lah.

3. mentaliti yang sangat berbahaya, malaysia boleh. macam kat indonesia. semua pon bisa pak. malaysia boleh ni bahaya bai, pendek kata semua boleh la kat malaysia ni. naik bulan boleh, naik gunung boleh, swimming merentas calais-dover boleh, apa yang tak boleh di malaysia? semua boleh la kalau lu tau lobang mana nak masuk. rasuah pon? boleh la en. jadi apa moto baru malaysia? pasal wa rasa mentaliti malaysia sekarang ni memang menambah kan konfident dikalangan rakyat. tapi nanti over konfident kang macam mana pulak, dah pancut buat anak baru nak sesal?

4. bak kata ramli sarip, "hidup di dunia ini bagai satu perlumbaan". gila bai, ramli sendri dah cakap nak wat gano? memang manusia ni suka berlumba lumba, sama ada kereta, motor, boat, karya, melukis, dan macam macam la, semua nya berlumba. kalau lu main game pon lu berlumba, tapi bila lu dah konfident aka malaysia boleh, musti lu mau try cheating bai eg- bagi rasuah. macam main game duke nukem la bai, time main lu type "IDDKFA" sure awek bogel punya. hehe wa memain je bai, tapi bila lu type tu lu dapat semua weapon la kot. kiranya lu bisa kaw tau la main game tu bai. sama jelah sama ada nak cheating jadi alim atau jadi kaya. jadi alim pun boleh rasuah gak bai, kiranya lu nak jadi imam ke apa ka. bukan boleh percaya sekarang imam kat masjid masjid sekarang. musti ada segelintir yang berpolitik jugak. aku tak tau la bapa banyak. tetapi masih bernombor la jugak.

5. iye lah lu dah korap banyak gila tapi lu bayar duit saman atau duit reman sebanyak 50k je? apadehal, ko buat korupsi tu bukan semalam aje. mungkin dah berzaman dah lu buat, duit semua masuk offshore bank akaun kat labuan ke cayman island ke malta ke? apa dehal sangan 50k bagi orang orang yan korap? si pakcik aku belah tokcik aku yang bernama lingam pon senyap je skarang? apa hal?

harap bulan merdeka ini dapat memberi renungan kepada sahabat, teman dan soulmate merenungkan pekara yang sedang dan ongoing di malaysia. adakah mungkin pegawai badan pencegah rasuah sendiri mempunyai gaji yang sikit, sehinggakan wang sebanyak 2,000 ringgit bisa membuat mulut seorang pegawai senyap bagai kan kucing yang telah dimandul kan (kiranya tak leh wat anak lagi la sikucing tu).

apa la nasib kita?

merdeka merdeka merdeka


Jack "x itu malaysia" lingam

Mencari Kerja di Malaysia


Salam fren,


aku nak cerita sikit pasal benda atau website yang paling boleh bla kat malaysia ni lah. ini dia wa persembah kan website




aku rasa lu pon dah tau kan pasal website ni?ni wa cerita sikit kat the boys ngan the chiks pasal website ni pasai wa rasa satu hari lu sure memerlukan bantuan website ni untuk mencari kerja tak kira apa profession, kalau kau nak jadi chikaro pijat (massas grl) di Jakarta, kota kinabalu, hongkong atau di mana mana pon pak cik aku si siva tu boleh tolong bai. anyways sudah tentu setiap applikasi yang korang buat belum tentu lu dapat jumpa majikan tuk inteview, tetapi wa rasa sistem jobstreet ni memang sharp lah dengan analisis yang di buat oleh mereka. mean gaji, jumlah rakyat jelata yang buat aplikasi kerja ni, status aplikasi lu, dan yang paling best binatang ni boleh shortlist kan posisi yang lu nak carik, kiranya dia boleh shortlist kan lah bai. so jadi benda ni memang membuat hidup penggangur di malaysia makin senang.


kiranya bila wa guna benda ni dulu, sebanyak 50 aplikasi yang wa buat 3 aja yang wa dapat. 1 jadi penjual insurans cimb, 2 jadi konsaltant dan 3 jadi analis. tetapi tiga tiga posisi itu wa tak dapat pasal wa nak jadi top striker macam dean ashton bai.


anyways aku harap lu orang kasik try la kalau lu orang tengah tension pasal raya nak dekat ni kan? kalau dapat 1 bulan gaji pon ok pe? lu boleh order kuih london almond 5 tin, kuih tart nenas 4 tin dan kek lapis yang makcik lu buat dengan harga diskaun sebanyak 10 order ah.


PENDEK KATA WA RASA website jobstreet memang boleh bla la kira. tapi kalau lu pegi interview pakai baju hitam yang belang warna kontemporari macam lu nak pegi kelabing lepas tu rambut letak gel gatsby macam cerita dragon ball pastu pakai tie singkat macam lu pergi perhimpunan sekolah menengah lu memang wa tak boleh tolong la lu nak sambut raya...


OK WEI

Jack "20 % on form" Lingam

KERJA KOSONG

Salam kengkawan.
wa ada nak buat satu pegumuman terbaik ni untuk pembaca pembaca yang tengah mengangur dan ada ijazah perakaunan dan teringin nak carik keje. tetapi syarat syarat kerja ni ialah
1. Berdisiplin
2. Adil
3. tak cilok duit kompani
4. bersedia untuk kerja start masuk pukul 8.30 habis pukul 11 malam (kiranya komitlah)
5. kredibel
6. tau pasal sistem cukai malaysia
Apa apa pun, kompani yang tengah mencari graduan yang fresh atau pun telah kerja 2 tahun ini nama nya Schiffs IndustrieTechnik yang asal nya dari Hamburg, German. Okla wa malas nak jadi macam pakcik aku Siva yang suka hantar e-mail kepada pelanggan jobstreet. anyways kompani ni sebuah kompani engineering yang membuat hemogenizer untuk IPP (independent power producer) di seluruh dunia. tapi biasak ah lu jadi akauntant kerja lu duduk bawah aircond je ah bai.
kalau sesiapa yang berminat sila roger aku pasal wa ada direk line dengan boss Schiffs IndustrieTechnik di malaysia.
Jack " riot in p*jaya besok kwang kwang kwang" Lingam

Monday, 25 August 2008

Perkataan Menjadi Rekaan: Apakah?

Dulu abang Kwai pernah baca artikel tentang pemikiran Lateral. Nak tahu lebih lanjut, korang google ah, abang Kwai hari ni sibuk skit, esok masuk kerja baru. Tapi ni ha, abang Kwai nak tunjuk satu rekaan yang boleh bla.

Pereka meja lost ni namanya Ross McBride. Inspirasinya senang sahaja, perkaatan "time table". Apabila dia tengok jadual waktu kat opis dia, tetiba dia dapat idea tu. Amacam, mudah disebut tapi sukar dipraktikkan bagi aku, kena ada banyak pemikiran dan penyelidikan yang lebih lanjut. Jadi aku ada satu cadangan. 

Kepada para pereka tempatan, aku ada beberapa perkataan di otak aku, dan aku nak buat satu pertandingan persahabatan antara pembaca, owner- owner blog yang suka kunjung blog ni, untuk reka satu produk, perabot, baju, tak kira apa- apa ah, menggunakan salah satu daripada perkataan Bahasa Melayu ini.

a) Kaki Bangku
b) Tudung Saji
c) Mangga Kunci
d) Kayu Tiga
e) Lepas Tangan
f) Buruk Siku
g) Anak Emas
h) Mata Keranjang

Amacam? Mula la lukis dan passing kat Abang Kwai!! Tarikh Tutup Isnin Depan, kalau sorang pun tak nak try lukis dan tunjuk memang korang lebih bosan dari ceramah pengetua sekolah!

Sekian
KwaiTar

Sunday, 24 August 2008

Renungan: Disiplin, Kewarasan, Belia



Amacam semua, hari ni aku nak cerita sikit tentang disiplin dan bebudak- bebudak muda kat negara kita ini. Sebelum itu, klip yang aku tunjukkan di atas adalah satu klip Acara yang dibuat oleh negara Korea Utara iaitu Mass Games, dan perhatikan koreografi diorang bai, takde kesalahan langsung, dan kalau ko kat Youtube, ko tengok Klip- klip yang berkenaan dengan acara tersebut seperti Sorakan Militant dan sebagainya, memang sharp bai. Aku kat sini tak nak cakap sangat tentang komunisme, kapitalisme etc etc, abang Kwai bagi topik- topik macam tu kepada Jack Lingam, sebab dia suka ah tulis pasal tu. Nak citer sikit tentang, asal kaum golongan muda Malaysia tidak berdisiplin dan ikut peraturan berbanding dengan apa yang kita lihat dalam upacara- upacara Olimpik atau Korea Utara punya mass games ni. 

Aku takkan masuk ke dalam bab- bab heavy, tapi aku bagi korang tulis pendapat korang lepas ni la, janji jangan safe. tu memang ciiibai ah. Aku nak citer skit, dulu aku kat Tol Plus punya tempat rehat ngan bapak aku. Kita nak Balik Johor so kita singgah Melaka nak solat. Lepas solat, kita pekena Nescafe dan layan rokok sikit, tetiba ada budak ni tau, dia tengah minum ngan bapak dia. Dia pun gi kedai runcit lalu nampak satu ban krim, harga tak sampai 1 ringgit tak silap aku, dia kata kat bapak dia, masa bapak dia nak beli rokok, "Boleh Akmal beli ni tak?" Bapak dia bengis kata "takde- takde". Dia manja skit ah kata "Alarr..papa nak bola tu..." 

10 saat aku termenungkan situasi tu, tetiba bapak dia bagi penampar yang paling lost bai. Stok dia tampar anak dia yang umur dalam lingkungan 6 tahun macam bapak dia jumpa heroin kat almari dia. Aku ngan bapak aku angin ah, bapak aku lalu nak man talk ngan bapak budak tu, cam apa citer ko buat anak cam ni, dia baru bebudak ko tetiba tampar dia sampai pecah bibir, dia takde dosa etc etc. Aku terus pegang tangan aku kata "Ayah, toksah, tak worth it"
Bapak aku macho gak ah to be honest, dia kata kat aku "Asal lak, bapak dia kena kasi ajar skit!!"

Aku lalu berkata.
"Ayah, nanti ayah sound bapak dia, ayah buat dia malu, kang ada dua option. Either bapak budak tu akan naik angin , attack ayah ngan kerusi etc. atau dia diam je, buat macam dia tak peduli, balik rumah nanti, lagi teruk anak dia kena sebab memalukan bapak dia"

Aku ngan ayah aku pun last call diam je ah tak buat apa-apa. Tersebak hati aku gak ah tengok budak tu.

Aku takde anak ke apa ah, tapi aku rasa skarang ramai bebudak muda suka bergaduh, masuk kongsi gelap semua pasal 'suppression' masa kecik ah. Ko tengok ah, kalau (aku buat anggaran) bapak- bapak yang kelas pertengahan/ pegawai kerajaan yang tak sepatutnya dibayar begitu sedikit, cepat tertekan lalu kenakan kemarahannya kepada anaknya, anak dia mesti takleh tahan satu hari nanti. Dah tak tahan, lu gi hantar asrama penuh, yang aku tak tahu ah, asal orang Melayu suka salah gunakan Seniority dan Juniority, ragging sampai kes mati semua. Itu lagi satu. Lepas keluar skolah, ko kena deal lagi ngan syarikat- syarikat tanah air yang masih terjebak dala stigma junior senior ni. Dulu aku studi kat luar negara, lecturer aku 70 tahun, tapi kita panggil Steve je, padahal dia professor pHd semua. Kalau buat tu kat tanah air sure kena label kurang ajar.

Satu kes junior senior stigma. Member aku kerja kat syarikat interior design yang top kat Kuala Lumpur, masa design brainstorm punya perbincangan. Boss kata, ada apa-apa yang boleh dibincang dalam idea projek ni?
Member aku baru kerja dua minggu, otak masih geliga, graduan luar negara, mesti dia nak bagi kritik yang konstruktif, lalu dia kata la pasal projek tu, banyak boleh elaborasikan, struktur dan plan harus dipertikaikan, mamat tu cuma bagi pandangan dia kan, dah kata design team.

Boss tu tetiba bai diri kata "You think you so smart ahhhh?!!"

Sialan.

Aku tak nak kata banyak ah, tapi kepada golongan tua, kalau ko takleh adjust stigma ko, dan golongan muda kalau ko takleh get over it yang takde jalan muda untuk berjaya. Susah la kita nak capai satu medium disiplin yang cemerlang di negara kita. 

Last skali aku dengarkan, budak yang kena tampar dek bapak dia pasal benda kecik jadi macam mamat bawah ni. Tapi syabas dia tahu apa maksud disiplin!






Aku suka Frank Yang sebab dia disiplin dan tetap pendirian dan buat apa- apa dia suka, tak ikut orang atau trend. Dia sharp!

Sekian
Kwai "start kerja baru Selasa" Tarmizi

Saturday, 23 August 2008

Laman Web On: Hassny


Laman web ini bai, buat abang Kwai boleh keluar air mata. Dia dah simpan segala arkiv lagu- lagu melayu yang power zaman dulu, dari pop yeh-yeh hingga 80an yang abang Kwai akan emo bila dengar sebab teringat zaman study kat Luar Negara dulu. Khatijah Ibrahim penyanyi kegemaran abang, dan lagu Ku Pendam Sebuah Duka Memang aku takleh tahan ah. Jadi, semoga terhibur, dan jangan lupa tonton 5 Jingga kat 8TV Selasa 9.30 malam sambil layan ubat batuk dan mengkhayalkan kepada chikaro- chikaro. Asal Malaysia suka tiru orang luar, ni kira tiru High School Musical, tapi audio representation ngan lakonan takleh mix langsung. TAPI CUN BAI ada satu awek tu. Sekian.


Thursday, 21 August 2008

Marilah belajar ZEBRA CROSSING!!

*NOTICE*
Aku sayang korang, korang memang buat api aku menulis blog menyala kembali.

So apa cerita geng? Hidup ada on? kalau tak on kena la on kan iye tak? So apa yang aku dok kecoh pasal zebra crossing ni? Aku pasti sejumlah yang tinggi rakyat Malaysia tahu ape benda zebra crossing ni. Maklumlah, kita bukan bodoh. Level kepandaian kita diakui seluruh dunia.

Tapi satu aku tak nampak kepandaian rakyat Malaysia, iaitu undang undang simple zebra crossing.

Senang je, macam ni, bila korang drive kan, sekali ada garis hitam putih macam kat atas tu tengah - tengah  jalan, korang kena berhenti kalau ada orang nak melintas. Sebab ni memang kerajaan buat untuk orang yang melintas jalan.Kalau tade orang melintas, korang jalan la tapi kalau ada orang yang tengah melintas engkau langgar, memang nahas la korang sebab korang yang salah. Basically, kalau korang dah dapat lesen tu memang patut tau la (unless ambik lesen gerenti pas bayar mahal sikit mungkin tatau ah).

Para pelintas pun jangan la pakai jalan je, ingat, tengok kiri kanan baru lintas, kalau ada kereta datang, tunggu kereta tu berenti baru lintas. Kira saling faham memahami la undang undang. Kalau ko pakai redah je memang aku pun tatau nak cakap apa la, cakap bodoh marah, kalau cakap cerdik aku la pulak dapat dosa menipu.

Aku bukan apa, dah berapa kali aku hampir menemu maut kat ikano sebab lintas jalan kat zebra crossing orang pakai drive straight je macam nak langgar aku. Kalau aku marah kat dorang dorang marah kat aku balik (ni juga perangai yang agak primitif ye?). Dah lak tu most of the time driver taxi,silap silap aku kene pukul ngan gang taxi susah aku.

Ok brader and sistas, mak aku buat spesial sup ekor untuk aku. Kegemaran aku pada hari jumaat selepas sembahyang jumaat.

SHAF, SHA SHA SHAFFFF

PS, untuk peminat peminat abang kwaidan "moody blog writter" Tarmizi, gambar kat atas tu dekat ngan rumah dia.kira clue la mana nak cari die iye tak?

Filem minggu ini: Semangat Sarang Tebuan



Salam top boyz,


dengan diksusi yang heavy minggu ini, wa nak persembah kan sebuah filem yang mencerita kan tentang 2 budak masa zaman perang saudara di Spanyol.


Cerita ni nama nya El Espiritu de la Colmena atau translasi melayunya, sama dengan semangat sarang tebuan. Cerita mengenai seorang budak sensitif yang berumur dari perkampungan sepanyol telah traumatik apa bila dia telah melihat filem James Whale (cerita frankenstien). pasal time tu ada dia buat macam benda kat dataran merdeka bai, (tapi kat kl filem hindustan). Budak ni traumatik bila dia tengok part yang si frankenstien bunuh budak kecik lepas tu si hantu franky bunuh diri. Lepas tu budak kecik ni, nama ada tanya kat akak dia, mereka mula diskas tentang pekara hidup dan mati. Time perang saudara ni pulak, makin traumatik la budak ni, pasal tgk askar askar dan loyalis en. Franco masuk bandar dia untuk mencari rebel rebel di kampung yang budak tu tinggal. selepas melihat pembunuhan di hadapan mata mereka sendiri, budak ni menjadi lebih taraumatik bai.. lu nak tau apa jadi?


sila dload di link yang wa beri.


Pendek kata filem ni memang boleh bla, pastu wa ada e-mail budak budak yang keje kat E! channel bai, diorang cakap apa tau?


"The Spirit of the Beehive is a bewitching portrait of a child’s haunted inner life and one of the most visually arresting movies ever made"



Link
















Password: brngn


Jack "aiseyman wa lupa bawak selipa gi keje, takleh smayang jumaat camgini" lingam

Gabungan Sensasi: H&M Dan Rei Kawakubo




Berita baik kepada chikaro- chikaro 'trendy' yang gemar membeli- belah, dan juga yang ingin menambahkan penampilan balak korang masing- masing. Syarikat pakaian dari Sweden H&M telah bergabung dengan pengasas label Comme Des Garcons iaitu Rei Kawakubo untuk membuat satu koleksi yang cukup 'wow' dengan harga yang berpatutan. Aku minat gak la CDG ni, dulu abang Kwai beli kemeja diorang saje nak tayang tunang yang abang Kwai ni macam kumpulan Public Image Limited. Tunang abang pun 'turn-on' gak ah. Jadi dari ko suruh kazen- kazen ko yang belajar di Eropah tu kirim baju collar Hackett atau Polo, apa kata korang tukar feel skit, suruh diorang belikan Rei for H&M. Orang KL tengok lu pun respek bai sebab ko unik, kah kah kah kah kah.

Di pasaran , anggaran bulan November. Abang Kwai pun nak berterima kasih kepada Shaf pasal dia dapat pingat "Blog Bulan Ini". Semua orang tetiba keluar pendapat masing- masing. Ada nak cakap pasal bab kreatif, ada yang nak buat lawak kata lagu Bob Dylan. Yang buat lawak tak kelakar tu, nasib baik korang tak dapat tengok jari apa abang Kwai tunjukkan ni. SAAAAAAAAYANG pembaca- pembaca blog. Pendapat power atau tak, janji pendapat. Aku suka berbincang, tapi negara kita yang tak seberapa kreatif, bila ko bagi satu kritik yang konstruktif, diorang terus ambik hati dan buat muka "ko tak puas hati ngan aku ke?"

Ingat, siapa Funky Fresh?

Kwai di Perantauan. kah kah.

Wednesday, 20 August 2008

Negaraku vs. Terang bulan



HELLO!!! rakan rakan!

Maaf sekali lagi (aku ni asyik mintak maaf je) aku lama menghilang. Bukan apa bai, busy gila babi tak leh blah punya. Kakak aku kawin pastu nak kena layan keluarga dari indonesia la dari australia la dari kelantan la. Dah kat sebulan lebih aku tak tulis.

Walaubagaimanapun, sempena bulan kemerdekaan ini, aku nak sharing ngan korang apa aku tau ah. Selain dari menggantung bendera kat rumah atau lekat bendera kat kereta, apa kata kita tahu serba sedikit pasal benda benda berkaitan ngan Malaysia contohnya....... LAGU NEGARAKU!

Sebenarnya aku found out lagu negaraku ni melodi dan rentak die (bukan pop balada) sama macam lagu terang bulan. Aku tau ni dari mak aku masa aku kecik dulu, tapi kecik kecik dulu pun lagu doraemon pun aku ingat bahasa cina bukan jepun. Anywayzz lagu negaraku memula di compose oleh mamat nama Pierre Jean de Beranger pada tahun 1847 dengan judul Terang bulan (gila hebat orang perancis, siap compose lagu bahasa melayu. Aku nak cakap bahasa perancis pun pening) Memang old school ah. Pastu lagu ni jadi lagu negeri Perak.Raja Abdullah yang bawak masuk. Pastu pulak dorang guna untuk lagu Memula Moon yang berentak Hawaii skettt.

Jadi itulah dia sejarah lagu negaraku! Lepas ni korang nyanyi pun,korang akan rasa lebih bangga sebab korang tau asal usul Lagu negara yang tercinta ini! Kat bawah aku kasi sample lagu Terang bulan ngan Memula moon. Enjoys.

PS - Aku bukan apa, aku tau orang Malaysia ni creative. Kita ni bukan bodoh. Tengok la lagu Joe Flizzow ngan Emcee david - feels so good, sound dah line Jay-z rockafella dah. Sample camni bebudak kita boleh buat, tapi bila benda yang mencirikan identiti sebuah negara (national anthem) kita sample lagu orang. Identiti sepatutnya originality.

Macam apa abang Kwai cakap kat bawah, aku setuju. Jangan meniru. Nampak gaya, benda yang cikgu sekolah kita ajar masa kecik dulu (JANGAN MENIRU) tak masuk dalam otak kita. Jangan limitkan kreativity kita kepada benda yang apa mat saleh buat. 

Tapi ialah,aku cakap ni sekadar teguran niat baik, bukan nak caci cela orang atau negara.

Yang benar,

Sha-a-a-a-a-a-a-a-af (ikut rentak lagu Stay Fly dari kumpulan 3 6 mafia)





Tuesday, 19 August 2008

Renungan: Klip RTM


Setahu aku, Filem Negara Malaysia dah lama buat klip ni, tapi aku hairan, kenapa diorang tak kumpul arkiv- arkiv ini dan buat DVD? Macam negara lain buat dan letak di Festival Filem Antarabangsa? Hmm, itu aku tengah dok fikir. Dan pada pendapat aku, klip ni la agak menunjukkan sesuatu yang Malaysian, kerana Sang Kancil mungkin dijadikan binatang staple cerdik di tanah air kita ini. 

Tapi tidak, kita selalu fuck-up (maaf bahasa Tagalog aku), kita suka sangat jalan cepat, tak suka process development, tak percaya kaum muda untuk buat kerja, hanya orang tua saje yang jaga sesuatu projek kreatif dan mereka akan berkata "abang makan garam lebih banyak dari ko" kalau diorang rasa tercabar (sebab tu aku rasa diorang penyakit darah tinggi ) dan sebagainya. Abang Kwai memang sokong budaya belia atau youth culture dalam bahasa omputih. Kita benci rempit, lalu kita hukum diorang atau bincang samada nak buat trek untuk diorang jadi lumba diorang tidak haram. Bongok siot, ada rempit yang pandai, tapi benda tu yang diorang suka buat. Bagi diorang satu projek untuk buat, macam reka satu landskap kosong, pasti diorang buat baek nya sebab diorang ada karakter- karakter yang bernas. Ini tidak, kita buat diorang cam sampah dan tidak menggunakan kreativiti mereka langsung. 

Ini renungan untuk aku kata bahawa, negara kita tak bagi peluang untuk anak tempatan tunjuk kreativiti mereka. Tapi silap besar ah, universiti tempatan pun tak ajar proses kreativiti dengan betul, masa kita kecik, kita tak dididk keunikan seni macam orang Barat. kita ingat stream sains untuk orang pandai, stream art untuk orang nakal/ lembab. Last call apa kita jadi? Peniru. Meniru je kerja kita, Eye of Malaysia tiru London Eye, dan kawasan- kawasan perumahan kita semua guna nama orang luar macam Valencia dan Beverly Heights.

Satu revolusi harus dipertikaikan, tapi negara kita aman sangat sampai jadi selesa. Orang rela suka usya blue kat internet dan sms sms kosong. 

Funky Fresh,
Kwaidan Tarmizi

Monday, 18 August 2008

Situation Heavy: Renungan


Bai, lost bai. Aku buat satu pandangan dan tengok banyak bebudak kat negara kita minat metal, tapi ramai minat kategori metal yang tidak naikkan bar dalam teknik,skill dan kehandalan dalam kugiran (tightness), jadi aku nak bagi klip ni dan bagi inspirasi skit kat korang. Dragonforce memang naikkan taraf dalam maksud 'solo' dalam gitar. Dan lagi satu aku hairan, asal ramai kategori metal kat negara kita hanya jerit jenis ngilai atau garau? Adakah kerana ianya lebih senang dicapai? Atau sebab- sebab lain? Itu korang renung sendiri. Nak jugak tengok metal nyanyi ngan ruang vokal yang luas. Best tu, nyanyi dalam BM lak tu. Pergh, teringat abang Kwai dulu first time tengok kugiran Iklim masa zaman study.

Tahniah buat Usain dalam memecahi rekod dunia dalam 100m kategori lelaki. Kamulah 'avant-garde' buat masa kini! 

Yang relek,
KT

Kota Kinabalu: Dalam 5 tahun akan jadi macet macam KL



Kota kinabalu, sebuah bandar raya yang agak mashyur dan mempunyai identiti nya yang tersendiri. Lawa dari atas kapal terbang dan stim bila lu jalan dekat bandar dia. Gila bai chikaro pilipino dari pulau gaya memang heavy, apatah lagi chikaro yang belajar kat universiti malaysia, sabah.

aku dekat bandar ni masa bulan lepas. kiranya datang misi untuk membuat field report untuk membuat sebuah bangunan di sana. aku agak kagum dengan bandar itu. makan best, diversiti yang membolehkan membuat sesoarang tak mo balik ke peninsula, dan senyuman asyik cek mek kadazan kacukan cina senyum kat lu wa bajet lu terus pindah pulau gaya bai.

Kota kinabalu sebuah bandar di barat sabah, dan juga ibu negeri negeri dibawah bayu itu. masa wa kas situ, development di situ memang heavy. satu pusat beli belah cum hotel sdang di bini, wooden seafront yang paling panjang sudah 90% siap (projek kuwait finance house), port kontena yang di pindah kan dekat dengan naval dockyard untuk membuat dua biji hotel yang mempunyai tema seperti awana porto malai di langkawi dan menurut direktor pembangunan sabah, negeri di bawah bayu ini memang kekurangan hotel dengan 10,000 bilik.

sekarang ni, memang, banyak dan projek masa depan yang akan berlaku di sabah. ramai orang orang yang tinggal di rumah flat kerajaan telah dipindah kan ke bandar bandar baru di keliling kota likas. Kadang kadang fikir kesian kerana value added yang ada di bandar itu memang hilang begitu sahaja.

Wa forecast, pasar philipino akan jadi seperti Pasar seni di KL. Traffik di sana akan menjadi heavy. jalan dari jessleton point ke likas (UMS etc) yang lalu tepi laut itu akan di buat highway. Bukit bukit di downtown KK akan di toreh untuk buat bangunan. Golongan golongan miskin dari luar negara (tapi kaya di Malaysia) akan pindah ke sabah untuk beli rumah (skim warganegara kedua), lalu harga rumah di sabah naik. Sama juga dengan tauke tauke semenanjung. Mereka juga akan pindah ke sana bila pencen. Kota kinabalu akan di banjiri oleh tetamu barat dan invesment dari barat yang akan membuat bumiputra di sabah tak kan bleh sewa kedai untuk jual anyaman anyaman atau bahan bahan kreatif yang di buat mereka kerana mahal.

walau pun pembangunan sabah yang akan menjadi lebih pesat dalam masa 2-4 tahun lagi, kiranya banyak bangunan cermin ah yang post modern, dan avant garde-, kota yang seksi ini akan kehilangan identiti nya sebagai ibu kota negeri di bawah bayu ini.

so apa pendapat you all huh? setuju ke pembangunan di Kota kinabalu? nak hilang identiti atau ubah identiti? nak tau gak cam ne para pembaca berfikir

Jack"mana msian dreamgril ni bai" Lingam

Bahasa Pasar 101: Kapten Malam



Kapten malam
Cara Penyebutan: KEP-'TEN MA'- LAM"
Definisi/Maksud: Seorang yang bisa membawa/menavigasikan/melayan seseorang pada waktu malam sehingga subuh, tetapi pada jam 8.30 pagi, dia akan ada di ofis dengan mata yang tak barai macam orang tak tido 3 jumaat.

cara penggunaan:

nisfu: wei jo, jom gi kelabing malam ni kat kelabit? aku ada member sorang suke dressing cam koboi melaya la jo. dia tu memang kepten malam bai. lu nak suruh dia bawak lu gi centro oder tanik satu dapat free french fries bai. orang lain dapat kacang je..

albab: ye ke jo? gila heavy seh. kalau dia dapat kan kacang M.A.S boleh ke bai?

Nisfu: Kata kepten malam. lu nak arbok pon dia boleh carik kan la jo...

Albab: stylee.....

Jack lingam

Sunday, 17 August 2008

Arkitek Spam: Visi Baru Dalam Rekaan Peringkat Percubaan

Apa pulak yang abang Kwai nak pamerkan hari ni....sigh.
Jangan mengeluh blad, ni aku nak citer ko tentang satu cara rekaan baru, hasil daripada seorang artis bernama Alex Dragulescu dari Romania. Dia telah cipta satu 'approach' dalam rekaan dengan e-mel 'spam' atau juga e-mail sampah yang kita selalu dapat tu, alar macam "Kopi Macho, order sekarang untuk menambahkan tenaga batin" atau "Naikkan saiz kemaluan anda dengan 4 cara mudah" dan lain- lain. E-mail spam ni dikumpulkan lalu dimuatkan dalam satu software ini yang akan menghasilkan corak dan bentuk yang aneh, mengikut saiz dan isi e-mail spam ini. Akhirnya , text- text dalam mail tersebut akan translasikan kepada bentuk 3-d sebenar. Ambik ko, hasilnya satu model 3-d yang mempunyai keunikannya. Model ini pulak hanya rekaan peringkat percubaan, lalu boleh la geng ngan para arkitek untuk bincang ke fasa 2, untuk jadikan model ini sebagai bangunan yang logik dibina. Amacam, cara boleh bla ke tak boleh bla? 

Ingat, siapa funky fresh? 
Kwaidan Funky Fresh, braaap!

Yang benar
KT.

Saturday, 16 August 2008

Filem Minggu ini:

Salam pembaca.

Film di bawah ini tajuk nya Le roman de renard" mengisah kan sebuah raja singa pemusik kucing puteri musang.

Cerita ni heavy blad. kalau lu nak try aku ada tinggal kan link di bawah
aku rasa aku tak yah la nak explain cerita ni pasal apa. lu tgk gambar dibawah pun aku rasa dak dak arty atau yusoff haslam masa depan pun akan dload filem di bawah ini.;

oh ye, tolong baca nota di bawah



LiNk 1
lInK 2
liNK 3
LINK 4

PASSWORD: honolulu



Jack Lingam



Nota dari Pihak Pengeluar:

Just extract, but activate 'Keep Broken Files' (right click on part1.rar-file, and 'extraxt files; new window opens,where you can choose destination-folder, with option 'Keep Broken Files' AT THE LEFT BOTTOM) !!The movie will be OK - DESPITE ERROR-MESSAGES !!I've downloaded some of them, extracted (with corrupted files !!) and everything went well !!!!!!!!(I COULD fluently SKIP WITH 1-MINUTE-STEPS THROUGH THE WHOLE MOVIE and where I stopped, it played absolutely NORMAL, without any delay)



Thursday, 14 August 2008

Bahasa Pasar 101: Arbok



situasi di sebuah hotel:

Ali Jamlus - weh nawas, cube kau usha miss mexico tu bai gerek seh body dia, baju pun berwarna warni..cam hippie sehhhhhh..

Abu nawas- Wei kau gila ke bro? itu bukan miss mexico la, itu miss hj taib la sewel.

Ali Jamlus - ha? arbok ke tu bai? aiseymen bil air wa dah tertunggak la nak wat cane ha?

Abu nawas- iye la. ala lu bagi biznez kard lu sudah ah sure dia roger lu balik nye

jack "yang tengah cilok gambar myspace" lingam

Wednesday, 13 August 2008

Single Minggu Ini


The Stills- Being Here

Kumpulan 5 anggota dari Montreal Canada kini kembali dengan single mereka bertajuk 'Being Here'. Aku mana minat sangat kugiran baru sejak kebelakangan ni, banyak dengar lagu aku zaman study dulu (80an) macam Talk Talk, Television an juga komposer seperti Ryuichi Sakamoto dan lain- lain. Tapi masa aku bertunang ngan tunang aku, kita cuti kat US dan dapat peluang tengok kugiran ni main. Suara mamat ni sexy bai, live pun diorang tight, dan concert tu la pertama kali aku berpegang tangan ngan tunang aku, ni tahun 2005 tak silap aku, masa album pertama diorang.  Skarang mereka kembali dengan album baru diorang berjudul 'Oceans Will Rise' dan best la dengar kalau ko dalam keta relek- relek, kalau ko nak dengar benda dark skit layan Guapo ah geng! 

Cuba la. Siapa Funky Fresh? Kwaidan Funky Fresh!

Yang tengah tak leh tido,
Abang Kwai

Tuesday, 12 August 2008

Pakaian Lost: Acronym







Label ini untuk aku boleh dapat anugerah pakaian rekaan paling sharp 2008. Jacket yang mempunyai pelbagai fungsi, korang tengok ah contoh kat klip tu. Aku pun rasa trend akan lebih kepada arah teknikal, daripada minimalis yang agak membosankan bukan. Kerana sejak kebelakangan ni, ramai pun telah menyongsangkan konsep minimalisma ini. Jadi label ini boleh bla, usya laman web dia. Dan ingat, siapa funky fresh? Kwaidan funky fresh!

Yang Terpegun,
Kwaidan Tarmizi

Monday, 11 August 2008

Siri TV Baru: House Of Saddam

"Lupakan undang- undang. Undang- undang ialah apa aku tulis dalam kertas"- Saddam Hussein

Lupakan siri TV yang lain gang, aku tak minat Heroes, Prison Break, lagi lagi Entourage dan Gossip Girl. Siri TV last aku minat adalah The Wire, itu aku syorkan korang dan korang kena tengok. The Wire lost bai. Tapi aku nak citer satu Siri TV baru dari BBC iaitu House OF Saddam. Perghh.

Semua orang tahu kan siapa itu Saddam, kalau korang tak tahu, memang tak boleh bla, dia ni president Iraq sejak 1979, dan siri TV ini akan fokuskan apa yang jadi dalam rumah Saddam tu, dari pentadbirannya, diorang akan fokuskan dan perkenalkan bini pertama dia, anak- anak dia, penolong kanan dia dan juga dia punya gundik-gundik. Siri TV ni ada empat bahagian dan setiap bahagian akan cerita dengan watak- watak dengan lebih detail.

Siri TV ini bukan memain, pencipta siri ni telah mengambil masa 2 tahun penyelidikan untuk mendapat tahu apa di dalam rumah Saddam tu, di temu bual para pekerja Saddam masa zaman dulu semua. Memang L.O.S.T losttt.

Google untuk tahu para pelakon dengan lebih lanjut, dan usya la kat internet siri TV ni. Asyik tengok benda- benda tak best je.

Sekian,
Kwaidan Hussein

Sunday, 10 August 2008

koreographi yang muka chikaro cam jantan.

bai, cuba chekedaud video di atas. apa apa pun jgn la lu orang tgk benda ni time kat office pasal wa memang panas bila orang tgk youtube time kerja kerana dia bisa merendah kan bandwith internet. wa nak hantar proposal projek mega mega pun susah bai.

apa apa pun benda yang agak pelik atas ni di buat oleh pak cik reich. kira nya dia ni memang bapak segala minimal lah. wa persembah kan wayang kulit pak cik reich yang berjudul "pancut" atau pun (come out).

nanti wa akan tulis lagi pasal brother reich ni. korang buat ah research pasal mamat ni. mula mula cari nama penuh. pastu korang wiki la. kalau semua benda nak kene bagi tau bila nak kembang. hihi

anyways, wa cabar lu tgk sampai habis

J.Li

mana nak beli magazine sharp cats?

bai, lu pening carik majalah women's weekly, hello, dan sehaluan dengan nya?

wa ada penyelesaian-nya. tak perlu lagi lu orang telan panadol berbiji biji..tahu kah anda bahawa panadol akan ada dalam badan lu selama 5 tahun. gila bai bapak segala dadah bai.. kalau lu zoot pun paling busuk pun 3 bulan dalam badan lu.

anyways, aku baru tahu pak cik aku selvan lingam ada bukak kedai majalah bai. kalau lu nak carik majalah yang abang KT cite tu semua, lu sila la gi ke kedai pak cik aku. lu sebut je nama aku. sure boleh gamble nye ngan uncle sel.

Kedai Majalah Selvan (amacam artsy fartsy ak?)

kalu lu nak cari majalah monocle, pun bisa. ko usha website (pak cik wa semua world class) tuk carik alamat

anyways salam sejahtra
Abg jack lingam

Mainan Baru Dari Aston Martin


Kepada kepala-kepala enjin (petrol heads) sekalian, aku ada news untuk korang. Aston Martin baru je confirmkan tambahan baru kepada koleksi derang: One-77. Kereta/work-of-art yang uber-exclusive ini akan dikeluarkan pada akhir tahun 2009 dan akan dijual pada harga £1 juta. Dari namanya je ko dah dapat agak hanya 77 buah akan dibina dan setiap satunya made to order.  One-77 akan menggunakan chassis carbon-fibre baru yang akan menyokong enjin 7.0-litre V12 dan aluminum bodywork nya. So far nama One-77 tu hanyalah nama projek ni, aku bajet nanti bila kereta ni keluar derang akan tukar nama tu.

Jap jap...£1 juta untuk kereta ni?
Lebih kurang ah...£1 juta tu tak termasuk cukai lagi. £300 ribu lagi mahal dari Bugatti Veyron. Walaupun harga dia mahal nak mampos dan hanya orang-orang loaded je boleh mampu, aku still rasa kereta ni berbaloi.  Aston menjanjikan exclusivity kepada pemiliknya (bukan cam Bugatti Veyron, sampai dah nak dekat 10 version ada) sebab ko kena involve dalam semua proses pembikinan kereta ni.

Kiranya ko kena bagi input ko la untuk customize kereta ni senang citer. Cam contoh, kalau ko nak kerusi, dashboard atau even bodywork dibalut dengan Louis Vuitton, Gucci, atau apa-apa monogram lah yang ko nak, ko just perlu bitau derang je. Pasal monogram tu aku bagi suggestion je since aku tengok banyak orang kat KL memang gemar dengan design monogram ni sampai kasut, handbag, tali pinggang semua ah monogram (lagi besar logo dia lagi best, kan?). Kalau boleh aku rasa baju dengan seluar pun derang nak monogram. Anyways, ko even boleh pilih sama ada nak 4 kerusi ataupun 2 kerusi. Cuma mechanics kereta ni seperti enjin dan sebagainya yang fixed dan tak boleh ditukar.

Hmmm 7.0-litre V12? Laju ke tu?
Lagi laju dari apa-apa Aston Martin sekarang ataupun yang akan keluar pada masa terdekat ni. Aston Martin V12 Vantage RS yang juga akan keluar tahun depan pun boleh buat 0-60 dalam masa 4 saat flat, apa lagi One-77. Dengan kapasiti 7.0-litre, mamat-mamat kat Aston menjangkakan kereta ni akan menghasil kan output sebanyak 600-650 bhp dan torque dalam region 500 pound sekaki. Top speed pulak, 200 mph senang-senang.

Pasal gearbox dengan berat kereta ni, Aston takde keluar detail sangat. Dengan menggunakan chassis carbon-fibre dan aluminum bodywork, aku rasa berat kereta ni tak sepatutnya melebihi 1700 kg.

Cuba ko citer sikit pasal design kereta ni...
Aston cakap ni bukan calang-calang kereta bai tetapi mungkin 'the worlds most desirable automotive art form'. Marek Reichman, designer One-77 telah 'mengukir' kereta ni supaya korang semua still tau ini kereta Aston Martin tetapi with a hint of new design lah bak kata mat salleh. Vents yang terdapat di atas bonnet dan tepi kereta akan menolong pengaliran udara so that enjin V12 yang besar tu takkan overheat. Seperti biasa, bonnet One-77 juga akan memaparkan grill tradisional Aston Martin. Nak tau lebih lanjut kenalah tunggu kereta ni keluar dulu.

Betul ke Aston Martin nak buat kereta ni? Macam tak caye je...
Betul bai...derang nak tunjuk kereta ni kat potential customer akhir tahun ni. Yang pasti, One-77 adalah antara kereta yang dinanti-nantikan untuk tahun 2009.

Amacam? Interested? www.one-77.com check it out.

Yang tetap rebel,
Armaya Clarkson

Katil Ajaib

KT dan tunangnya mungkin suka katil berbentuk telur dengan lampu lip lap semua tu tapi aku personally lagi prefer yang cam biasa je brav. Hari ni aku nak tunjuk kat korang semua satu katil ni. Gila ko, kalau chikaro tengok mesti baju, seluar, coli semua tu ah terlondeh sebab nak main ko atas katil ni.


Memperkenalkan The Floating Bed dari Bakker Magnetics. Katil ini hasil rekaan seorang arkitek Dutch bernama Janjaap Ruijssenaars.

Macam mana dia terapung? Macam tikar si mamat Aladdin tu je...
Ko tengah sasau ke? Nak tikar gi Jalan TAR laa. Katil ni sebenarnya ada 2 magnet yang kuat gila ah kat dalam dia. Magnet-magnet yang disumbat dalam katil ini similar dengan magnet-magnet yang digunakan dalam industri engineering untuk pelbagai application lain. Sebab 2 magnet ni lah katil ni dapat terapung 40 cm dari lantai.

Tapi aku tengah suffering dari obesity. Boleh ke katil ni menampung berat badan ku?
Takde hal, katil ni boleh menampung berat sampai 900 kg. Ko tak perlu katil ni kalau berat ko melebihi 900 kg, ko perlu keranda brav.

Kalau katil ni terapung, macam mana aku nak setting kat satu tempat? Since ko cakap tadi memang confirm-confirm dapat main...
Ya memang betul. Terdapat 4 kabel nipis di 4 penjuru katil ni pastu kael-kabel ni akan di anchor kan  di lantai. Kabel-kabel ini memang cukup kuat ah untuk secure kat satu tempat.

K ah aku dah sold. Berapa katil ni?
€ 1.2 juta. Braaaaapp braaaappp!

Armaya Kartawidjojo Bin Maaroff (nama sebenar)

Saturday, 9 August 2008

Ngan Ying eh Yin & Yang

aku rasa bila lu tgk tajuk nukilan ni pasti lu orang ingat abang jack ni nak tunjuk kehebatan dia berbahasa siam.

apa apa pun wa nak tulis satu nukilan kepada kelibat dan sahabat tentang perang yang sedang meletus dia negara Georgia. Bukan US bai, ini dekat ngan banjaran caucasus. Mengikut surat khabar yang terpapar, 2000 orang telah maut kerana di bedil pesawat pesawat mig- atau sukhoi russia. gila beb, tengah happy happy tgk TV siaran langsung olimpik dari Peking, tetiba ja electrik tadak, lepas tu panik pasang lilin tiba tiba bangun pagi tengok lu tido bertilam konkrit.


bak kata tolstoy, "war and peace". Selepas membaca buku itu, dia telah menegaskan bawaha kehidupan bukan lah kehidupan tanpa keamanan dan peperangan. Kalau takda perang atau takde keamanan memang hidup lu memang macam cerita yang tak boleh percaya lah. kalau lu baca buku pasal sang kancil pun ada juga konsep, war and peace. kalau lu baca pasal buku si kura kura dan sang arnab pun ada pasal konsep war and peace apa tah lagi kalau lu tengok cerita "Remp-it" pun ada juga pasal war and peace. bak kata mat mat kereta... baru balance bai..

Mungkin perkataan war atau perang itu terlalu abkstrak, teori ni memang dah berjaman dah dalam kepala ah seng dan ah so. teori ni nama dia yin & yan (y&y). ala yang cam kungfu punya sign tu hitam putih tu bai. tak kan tak tau, lu orang tak layan "LMF"? tapi band LFO tarak la ying and yang punya simbol.

yin yang berwarna hitam membawa maksud re-chil, trankil, sejuk, aman, sunyi dan ketenangan.
yan yang berwarna putih bermaksud panas, kering, bencana, api, dan resah.

so, kiranya, perang dan aman mmang telah menjadi hukum alam sejak dunia ini di buat bai. memang tak boleh lari lah kira. macam pembangnan juga. kalau takda pembangunan memang negara kita ni masih hijau dan boleh gi jalan jalan dekat templer park sambil tangkap ikan tenggiri ah kira. Sebagai contoh, negara amerika tak masuk perjanjian kyoto yang asal nya hendak mengurang kan pencemaran dunia ini. kenapa dia tak masuk bai?sebagai sebuah negara kapitalis, memang percaya kalau zero pollution memang zero development bai. bebal tak bebal? macam konsep yin and yan jugak. kalu zero yin memang zero yan ah.. pendek kata itu dah boleh jadi kiamat. mungkin idop kat dalam syurga la kot. kalu semua benda nak ijau je.

apa apa pun kami dari blog ini menyampaikan salam terhadap saudara yang berada di sana yang ,islam (sunni & shiah), hindu, orthodox, protestant, katolik, buddist, sikh, ahli ahli sufi, da n lain lain supaya tabah hati dan yang ada di peking, buat la riot sikit bai, agong malaysia ada sana, ngan bush pon ada sana.



yang ignoran


Jack Lingam

Single Minggu Ini



SIAPA?
-Conor Oberst and the Mystic Valley Band dengan single mereka berjudul "Souled Out!!!"

Eh..bukan dia..
-Ya, dia mamat yang juga dikenalai sebagai Bright Eyes, aku tak suka sangat bila dia baru- baru mulai arena muzik, tapi member ni buat album demi album dan telah membuktikan dirinya sendiri dan orang ramai bahawa dia adalah seorang penyanyi/penulis lagu yang serious. Sila rujuk "First Day Of My Life".

Boleh bla ke?
- Well, bla ke tak boleh bla, Conor Oberst telah membuktikan, skali lagi aku stresskan, dia sebagai seorang artis Americana yang mungkin boleh bertanding dengan artis- artis kategori ini seperti Wilco, Midlake, M.Ward, My Morning Jacket dan banyak lagi. Jadi dalam cara lain, boleh bla gak ah.

Jadi kenapa Conor Oberst?
-Dulu Bright Eyes, tapi skarang album barunya yang keluar minggu lalu dilabelkan nama betulnya dan juga kugiran beliau. 


Sekian,
Kwaidan Tarmizi

Lawak Hitam: Bukan Pasal Compton atau Hip Hop

Apa khabar semua? Aku harap korang tengah chillek sebab hari minggu ni memang best, ngan teh o panas dan tengok sukan Olimpik. Amacam, heavy ke tak heavy upacara pembukaan Olimpik di China smalam? Aku tengok terus lost bai!! Itu la menunjukkan keunggulan China pada zaman skarang, dengan penuh keyakinan dan menunjukkan dengan diorang bahawa itulah stem "Made In China" yang sebenar. Kalau korang tak tengok rugi ah. 

Anyways, aku nak citer korang tentang Black Humor atau juga Lawak Hitam. Bukan citer Friday atau How High sebab ada orang kulit hitam berlakon. Lawak Hitam ni, dalam definasi ringkas cam buat lawak tapi topik- topik yang bukan sahaja kontroversial, dan tak sopan, tapi melihat kelucuan dari satu tragedi. Kat Malaysia kurang popular ngan Lawak Hitam, ada la kat kedai kopi tapi kat TV memang tak ah, sebab ko tau ah kerajaan kita, sikit-sikit guna INTERNAL SECURITY ACT atau ISA untuk cuakkan kita. Situation Heavy gak la Lawak Hitam ni, tapi aku suka gila sebagai subjek, cita- cita aku dulu, nak buat Lawak Hitam pertama di wayang Malaysia. Cam aku nak citer pasal kehidupan penculik India yang culik anak orang kaya ke, dan tetiba terbunuh anak orang kaya ni, dan situasi kemanusiaan diorang menghadapinya. Contoh ayat Lawak Hitam adalah:

"Bai, sial ah Cikgu Gazali tu, kalau boleh aku nak pecahkan keta dia dan calarkan keta dia tulis 'cikgu spender koyak"
-memang kelakar situasi tu, tapi subjek (cikgu) kena benda- benda zalim cam tu, dikotkan dengan cara seorang muda, pelajar tu punya keinginan. tragedi campur komedi apabila seorang muda betul- betul buat cam tu kat keta cikgu.

Tak nak bagi korang contoh lagi heavy kang korang ingat aku zalim ke apa. Tapi aku nak bagitau korang filem lawak hitam kegemaran aku iaitu THE KING OF COMEDY, dimainkan oleh Robert De Niro arahan Martin Scorcese.
Rupert Pupkin, dimainkan oleh De Niro adalah seorang pelawak yang gemar mengumpul tanda tangan pelakon- pelakon terkenal dan satu hari dia bertembung ngan ada mamat otai talk show Jerry Langford dan dia betul- betul nak masuk dalam talk show tu untuk tunjuk bakat dia, tapi biasalah susah si Jerry tu nak dengar material dia, mahupun layan dia seorang yang tak terkenal. Jadi Rupert dengan gaya lawak hitam 101 pun culik mamat ni dan bagi ugut untuk masukkan dia dalam show. Lost Bai! Korang patut tengok. Lawak Hitam yang aku rekomen termasuk The Gods Must Be Crazy dan Dr. Strangelove. Maaf tak link kedua-dua wayang tu , aku nak korang cari sendiri atas gaya anarchist aku yang heavy.


Trailer King Of Comedy


Ladykiller (1955) salah sebuah panggung lawak hitam klasik

sekian,
Kwaidan Hitam

Dari mana?

Analytics