Sunday 18 May 2008

Asi del Precipicio: bukan cerita Telenovela


Aku rasa orang dekat malaysia ni dah boleh cakap bahasa sepanyol kalau mereka dapat luang kan masa selama 2 jam dihadapan tv sahaja. Terdapat banyak cerita cerita telenovela dari dulu sampai sekarang yang di paparkan di kaca tele. Sekarang cerita paling panas yang dikategorikan bawah cerita telenovela adalah cerita Storm. Yang dulu aku minat adalah Luz Clarita dengan Maria Mercedez.


Hari ini kita sembang cerita pasal review filem. Filem ini aku baru tengok 2 minggu lepas. Cerita ini dilayarkan di panggung wayang pada tahun 2006. Filem ini memang boleh bla la kira. Pelakon pelakon wanita yang belakon cerita ini semua nya lawa lawa belaka, kalah filem hollywood. Filem ini di sunting di Alcapulco, Mexico.


Ini sebuah filem dari negara Mexico yang di buat oleh seorang wanita yang bernama Teresa Suarez. Aku pun sebelum ni belum pernah lagi tengok cerita yang di sunting oleh akak Teresa melain kan filem ini yang berjudul "Asi del Precipicio" ataupun "Jap lagi bala datang/sampai" mengisahkan hidup malang seorang wanita yang bernama Lucia. Beliau ini seorang mempunyai ketagihan kokain dan alkohol.


Lucia berkerja sebagai pembantu direktor disebuah syarikat yang agak masyur.Oleh disebabkan ketagihan kokain dan alkohol, beliau sering bangun lambat untuk pergi kerja. Walau bagaimanapun beliau hampir dibuang kerja disebab kan sikap beliau yang kurang berdisiplin. Beliau telah keluar masuk kedalam lokap atas sebab tertentu. Selepas satu masalah yang dihadapi oleh beliau dengan pihak polis (hampir membunuh pejalan jalan raya), beliau bernekad untuk memberhentikan segala kegiatan kegiatan kokain dan alkohol.


Selain itu Lucia ini juga dilamun cinta dengan seorang "matador" (pelawan lembu yang gunakan kain merah untuk membuli silembu). Tetapi beliau takut bahawa si matador ini bermain kayu tiga dengannya.


Selepas bernekad untuk berhenti "snot" dengan minum, Lucia bukan lagi Lucia. Beliau menjadi semakin dingin dan kurang bersosial dengan sahabat sahabat nya yang masih kuat isap kokain dan minum. Oleh itu beliau menjadi lebih pening dengan dunia yang global ini.


Untuk tahu lebih lanjut tentang filem ini sila lah tonton filem ini. Sekali lagi, filem ini memang boleh bla!!!
** Link akan diberi jika mahu atau pun guna kan torrent untuk download**

No comments:

Dari mana?

Analytics