Saturday, 17 May 2008

Mari Tanam Sayur Bayam


Sejak dua menjak ini harga harga makanan telah naik tinggi bagai kan kapal terbang sukhoi yang terbang tinggi. Sebagai contoh, harga nasik lemak seringgit (yang kecik lepas tu ada chop nama tukang masak yang dijual di kedai kedai bawah pokok cherry) kini naik kepada RM1.20. Air botol coca cola 500ml sekarang RM 2. Harga minyak pula RM1.92 (nasib baik aku pakai diesel;tapi takut kak maya karin marah pulak)



Apa masalah kita? aku rasa kita import banyak sangat benda. Ayam dekat Giant pon sekarang import dari China. Sayur sayur seperti kubis juga di import. Negara kita banyak sangat kelapa sawit. Kalau naik kereta kat lebuh raya Guthrie (Shah Alam- Rawang) memang nampak pokok kelapa Sawit sahaja.

Oleh itu, pada siri hari ini kita akan mengajar rakyat jelata untuk menanam sayur. Sayur yang mudah ditanam adalah sayur Popeye atau lebih di kenali sebagai sayur bayam dikalangan suri suri rumah.

Nak tanam pokok ini senang sahaja. Beli biji benih dekat mana mana kedai yang ada jual bunga. 3 minggu lepas aku beli satu set biji benih dekat the curve. Kedai itu dekat saja dengan enterance masuk tesco. Satu bungkus ada dekat 50 biji benih. Satu bungkus itu ada lah dalam 4 Ringgit.

Untuk semaian pula. Anda tak perlukan tanah atau kawasan 1 ekar. Sekangkang kera pun dah cukup untuk semaikan 50 biji benih tersebut. Pastikan tanah itu bukan pasir seperti pasir pasir di tepi laut sebab kandungan pasir tepi laut mempunyai kadar ketumpatang garam yang agak tinggi. Oleh itu, tanah tanah hitam boleh didapati di kedai kedai bunga atau di giant atau di mydin. Satu kilo lebih kurang 10 ringgit. Tapi jangan letak tahi kambing terlebih dahulu. Kerana ia mempunyai nisbah NPK (Nitrogen:Phosphat:Kalium) yang kronik untuk penyemaian anak pokok bayam.

Bagi pertumbuhan anak-anak pokok ini, mereka memerlukan kandungan nitrogen yang tinggi. Bahan yang patut digunakan adalah ammonia. Untuk mendapatkan tanaman yang organik, anda boleh menggunakan air kencing kerana ia mempunyai kadar nitrogen yang agak tinggi dan bagus untuk pertumbuhan daun daun (nisbah air dengang air kencing harus lah 10:1 ;untuk memudahkan nitrogen di serap kedalam akar).

Berbalik kepada proses semaian, anda haruslah menajak tanah sedalam 2 inchi dan taburkan biji biji benih tersebut. Timbus kan biji biji benih tersebut dengan tanah tanah yang telah di tajak. Siram tanaman dengan air paip. Selepas beberapa hari, anak pokok akan tumbuh. Siram kan dengan air + air kencing selepas sebulan. Anda harus lah siram anak pokok dengan baja nitrogen tersebut dalam 3 minggu sekali.

Dalam jangka masa tiga minggu tersebut, anda seharus nya siram pokok bayam itu dengan air paip itu sahaja. Pasti kan tidak terlebih siram

No comments:

Dari mana?

Analytics