Tuesday, 20 May 2008
Buku Terbaik untuk memulakan tabiat membaca lu orang;Animal Farm memang Boleh Bla!
Itu hari member gua Kwaidan ada citer pasal kehampaan dia dengan betapa rendahnya purata buku yang budak-budak malaysia baca.
INI DIA!SATU BUKU YANG TERBAIK TUK MEMUPUK MINAT LU ORANG DALAM KESUSASTERAAN!HIP HIP HA HA HIP!
Buku Animal Farm ni memang sesuai dibaca oleh sape sape pun lah.Malah,bila gua dah jadi bapak pada anak yang malang itu nanti(malang kerna dilahirkan ke dalam dunia The Man),akan gua suapkan buku karya George Orwell ni pada dia biar budak tu sedar akan hierarki dunia yang dicipta manusia laknat.
Buku ni memang pakai stail dan setting yang menarik dan mudah difahami.Stail ni diberi nama Alegori.Alegori ni macam kiasan la.takpun perhiasan.Hiasan pada mesej yang berimpak maksima.
Cerita dia pasal binatang-binatang kat satu ladang ni yang dah berjaya hapuskan penguasaan manusia ke atas diri mereka.Jadik binatang binatang ni mentadbir hidup diorang sendiri la.Mula-mula diorang hidup aman dan adil saksama,tapi lama-lama,binatang-binatang pun ada yang jadik gila kuasa.Jadik,macam itulah Alegori!George Orwell guna binatang-binatang ni sebagai perwakilan kepada apa yang sedang benar-benar jadik kat dunia kita.Iaitu,kegilaan kuasa si babi-babi dekat dalam kabinet tu atau anjing-anjing di balai polis kawasan perumahan anda.Tapi dalam konteks Orwell pada masa tu,dia menujukan buku ini sebagai penceritaan tentang penguasaan diktator Joseph Stalin.Bacala buku ni,baru lu orang bersyukur dengan pentadbiran negara kita?.
BUKU INI WAJIB DIBACA OLEH SEMUA ORANG!
Biarpun anda rakyat yang taat,pengganas,cikgu tadika,shuffler ataupun murid sekolah rendah.Buku ni memang boleh bagi kesenian dan kesusasteraan dalam diri lu orang bla.Lebeh2 lagi kalau lu orang tertarik membaca artikel yang member gua Jack Lingham tulis pasal George Orwell dan ingin sangat membaca buku-buku dia,Gua nasihat lu orang supaya disekolahkan oleh Animal Farm dulu.Carik dekat kedai buku.gerenti ada.
babaibabi
Ayman Ayatolla
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment