Kenapa lelaki Melayu bila dah kahwin terus gemuk?
Jwp: Sebab dapat makan karipap dan minum susu!
Musim panas telah sampai! Sudah tiada alasan untuk kita melepak tanpa tujuan selain dari mengelak kesejukan. terdapat banyak taman rekreasi yang boleh digunakan untuk bermain pelbagai sukan dan aktiviti. Dan saya bukan bercakap pasal sukan kegemaran kaum melayu kita, bola sepak, tetapi pasal sukan sukan yang lebih mengkonsentrasi kegunaan tangan kita sebagai tennis, rugby dan... basketball!!!
Dalam pendapat saya basketball ini merupakan sukan yang paling best. Dengan tahap intensiti nyer yang amat tinggi, basketball memerlukan pemainnye sentiasa berfokus dan kreatif untuk mengatasi pihak lawan mereka. Di mana bola memerlukan sekurang-kurangnye 10 orang, basketball hanya memerlukan 2 orang untuk mengadakan suatu perlawanan. Dalam situasi 'one on one' ini pemainnye bole menggunakan taktik 'trash talk' untuk mengacau konsentrasi masing-masing. Selain dari itu basketball ini sukan optimum untuk menguatkan bahagian pinggang sampai bahu di mana bola sepak hanya bagus untuk otot kaki kita.
Dengan itu marilah kita berkerumun di setiap arena basketball dan memulakan revolusi 'sukan kegemaran melayu' terbaru!
Yang Benar dan baru dalam TOP BOYZ,
Wazir Suleiman
No comments:
Post a Comment