Tuesday, 31 March 2009

Bahasa Pasar 101: Fei Mao

Contoh ayat:
"Wei apa hal mamat tu berbaju fire usya kau lain macam je Ikram?"
"Entah, kang aku sound kang.....Wei Fei Mao! Apa hal lu usya-usya!?"

Sekian,
KT

Jersey Bola Sepak England Baru: Perubahan Dalam Proses


Amacam gang? Harap semua sihat sejahtera. Ni ha nak kongsi ngan korang ni, satu klip yang agak sharp dari syarikat Umbro. Syarikat pakaian sukan ini melantik pereka lost muda zaman ini, Aitor Throup untuk membincangkan proses membikin baju England Football Team baru dan pada pendapat aku, proses ini boleh bla habis, sebab aku suka meneliti sesuatu proses, dari baju ke apa-apa ke. Dokumentari apa- apa tentang proses perkilangan semua aku minat. 

Keputusannya, satu jersi bola sepak yang agak sharp bagiku. Apa pendapat korang pula? Kalau kita buat bespoke proses untuk team Malaysia korang rasa diorang boleh qualify tak world cup satu hari nanti...

Hmmm...nak ikutkan, jangan-jangan England first round pun kantoi.

Tapi apa-apa hal korang patut usya klip tu, dan usya Aitor Throup kat google. Dia handal bai.

KT

Sunday, 29 March 2009

Earth Hour: Masa untuk Si bumi.

Sememangnya bandar Kuala Lumpur tidak gelap semalam. Antara bangunan bangunan yang mengambil bahagian adalah KLCC, KL Tower, AmBank tower Jalan Raja Chulan, Cititel hotel hehe (ade pakej baik bai mlm smalam, slalu ngan chix kat dalam kandang tu dim aja. tapi mlm smalam fade to black bai, kalu lu pancut pun still game on pasal chix tu tak nampak bai), kawasan sekeliling KLCC dan banyak lagi. Walaubagai mana pun ramai yang tertanya tanya, asal lampu jalan KL tak tutup? TNB tak participate ke bro? jawapanya adalah bukan kerana TNB. dan jawapanya adalah pasal DBKL tak partisipasi. anyways...

Aku tak sempat nak sambut Earth Hour kat dalam bandar, tapi aku mengambil kesempatan ini untuk berkaraoke di bukit belancan. gila bai. malam semalam lost gila sampai aku nyanyi lagu dangdut 2 kali (lagu memori daun pisang dan lagu yang sedang sedang aja..siapa tak tahu mmg tu tak teratak beb.) dan lagu alleycats satu line (berduet dgn rakan sekerja singh aku sorang). Tetapi pada waktu siang nya pulak, kami meredah kedalam hutan bukit belacan sambil bermandi hujan. Gila bai hujan heavy gila babi. dengan keadaan licin dan tanah liat yang agak lembik sememangnya membuat kan ekspidisi meredah hutan ciptaan yang maha esa semakin mecabar. Pada waktu mulanya sememangnya rasa janggal setelah 15 tahun tak masuk hutan. Selepas beberapa minit. semua nya menjadi lebih smoooth bai. mana tak smuuth, chikx semua pakai baju putih.. mmg dapat see thru la bro.

So Jack apa dia Earth Hour ni? razak mohaideen nak buat filem macam steven seagal atau cerita the day after tomorrow ke bai?

ek. mana ada bai. earth hour ini merupakan salah satu benda yang agak epik untuk memberi opportuniti kepada semua makhluk alam di planet bumi ini yang tahu tutup switch lampu untuk memberi undian mereka untuk mengundi bumi jikalau bertindak sebalik nya, maka mereka mengundi kepada kepanasan global.

Setelah menjalan kan marketing dan advertising oleh kutipan wang WWF, pada tahun 2009, lebih kurang 1 billion orang telah menutup kan switch lampunya selama sejam. Jumlah 1 billion itu akan di bentang kan pada Global Climate Change Conference di Compenhagen pada pertengahan tahun ini. Di conferance ini, ia akan menentukan polisi polisi baru yang akan di bill kan dan sejurusnya mengganti kan Protokol Kyoto yang ditandatangani pada 1992.

Aisey man, asal la maya karin tak cakap clear macam kau la brother jack, kalau aku tahu, semalam aku terus sabotaj pusat pusat generator Tenaga nasional kat sebelah rumah aku. Lu sharp ar Jack. So bro, earth hour ni dah lama ke start bai?

Easy tiger, tak yah ah ko nak buat benda benda cam tu bai? nanti lu nak main ngna lu nye girl nanti mcm rasa kat sauna pulak bai. aku tau kau suka benda benda cam tu, nanti nak mandi junub pun satu hal beb. 

anyways, Earth hour bermula di sydney pada 2007. sememangya agak baru dari konsep. pada 2007, 2.2 juta rumah dan perniagaan telah menutup lampu selama sejam. Dalam tahun 2008, jumlah orang yang menutup lampu telah meningkat pada 50 juta orang. Antara infrastruktur atau edifisi atau bangunan yang masyur telah berpartisipasi untuk menutup switch lampu termasuklah, royal opera museum, royal albert hall, Golden Gate Bridge, colosseum, billboard coca cola di Times Square New York dan juga di London, Sky Tower di New Zealand, Amalienborg Palace dan Grasten palace juga di tutupi lampu atas arahan pemaisuri ke-rajaan Denmark. Bukan itu saja. Website google juga telah bertindak untuk menukar background putih nya kepada hitam dalam masa sejam semalam.

Waaaa... bagus ah, mcm ni? so bro jack, next year ada ke?
Alamak tak payah nak tunggu tahun depan, kalau boleh lu tiap hari tutup ah kipas tak payah tunggu orang suruh baru lu nak buat. Bukan saja lu dapat mengurang kan konsumsi tenaga elektrik bulanan, malahan kau juga dapat menyimpan wang kocek lebih sikit supaya dapat di joli kan untuk menjana keaadaan ekonomi yang semakin tergugat (*hint -kadar interest rate nak naik balik minggu depan, sapa nak beli kereta baik beli sekarang sebelum naik balik).

Cunz bro jack u the best! X0xX0X0xX0
rilekx bai, hari dunia sedunia akan bermula pada 16 April tahun ini dan berakhir pada 22 April. Anyways, aku tak tau la lu nak isap yau selama seminggu, atau jadi naturalist selama seminggu, jadi hippie selama seminggu, atau nak minum nira selama seminggu, pergi ofis berkaki ayam atau lu nak boikot bawak kereta selama seminggu, lu buat la asal kan lu happy dan sambut lah dengan gaya yang tersendiri.

Sebagai contoh, lihat abang zainal abidin. Buat lagu beb. tak kan arr semua nak buat lagu robot cam band malaysia satu tu. bunyi cam radiohead. kikikiki



Sekian,

Jack " ducados" lingam


Saturday, 28 March 2009

Selamat Hari Jadi KWAIDAN!

Selamat Hari Jadi KWAI!

Untuk pengetahun pembaca pembaca, Top Boyz main man Mr Kwaidan baru je lepas. So mewakili Top Boyz, kami ingin mengucapkan selamat dan panjang umur semoga hidup ku continue sharp!

Top Boyz

Friday, 27 March 2009

La Maison En Petit Cubes: Animasi Bermakna


Amacam blad? sempena hari jadi aku aku bagi korang satu animasi yang menyentuh hati aku bai. Animasi ini menang Oscar baru- baru ni, dan selalunya aku ada mentaliti cam

"Wei aku anti oscar nominee la sebab mostly overrateddd jekk"

Tapi ni aku suka bai. Arahan Kunio Kato. Kalau korang tengok Oscars haritu, dedication speech dia best bai. Lawak.

KT

Wednesday, 25 March 2009

Pharrell Lost Bai: Bukan Pasal Sunburst



Cuba buat cam ni kat McDonald's Subang Jaya confirm bebudak On Soon cari dia sampai lubang cacing bai....

KT

Monday, 23 March 2009

Filem Minggu ini: Mei Lan Fang

Mei Lan Fang, Sedang Memakai Suit Italian Cut


Lu stim ke bro? gambar atas adalah seorang jantan. Ilek bai


Salam semua. Sudah pasti ramai yang tertanya asal abang Jack tak tulis pasal filem dah lama kat SOAPYAH enn? sorry la bai. lama dah tak tgk cerita cerita avantgarde selain menonton cerita cerita pancut dinding en..

anyways ar bai, ini hari aku nak mem-promosikan sebuah filem China yang berbahasa Mandarin yang mengisah kan hidup seorang pengarah kreatif opera china (creative direktor) yang bernama Mei Lan Fang. Filem 2 jam 15 minit ini sememangnya heavy pasal lately aku banyak dapat invitasi dari facebook untuk pergi ke konsert mini estrella dan 7 collar t shirt di student union universiti london. tapi kalau lu dapat gegar Cass lu mmg heavy. Apa lagi kalau buat konsert di KOKO, Camden. Anywayz.. congrats kepada mereka dan para pengajur.

berbalik kepada filem ini, walaupun Mei yang dilahir kan sebagai seorang jantan, dia merupakan salah satu daripada 4 pelakon termasyur yang memang terkenal memain kan watak wanita di gelangang Opera di china. Norman Hakim hari ni keluar metro pasal ada controversial berlakon jadi Arbok dalam filem barunya. dengar cerita mama juwie ada aksi aksi kissing bai.. heavvy.

Walaupun seorang anak lelaki dan juga seorang cucu teruna, Mei mula belajar opera di sekolah opera termasyur di Peking. kalau lu nak compare ngan kat malaysia, dia macam SeGi School of 

Arts ah bai. Show pertama Mei diwalimatul uruskan ketika dia berumur 12 tahu. Pendek kata, dia ni mmg pioneer dalam bidang ni sejak waktu muda nya lagi. Watak perempuan yang di pikuli encik Mei sememangnya menjadi kegilaan ramai tauke tauke besar opium dan teh pada waktu itu. Dalam ayat yang lain dia ni memang panas macam whitney houston dalam cerita "the bodyguard". Walaupun menjadi topgirl atau top boyz dalam arena opera, si mei ini sememangnya straight edge dan seorang yang creatif dari segi membuat gaya gaya beliau tersendiri. Setelah beberapa tahun berkerja di Peking Opera, Mei membuka sekolah nya tersendiri. Nama sekolah tu adalah Mei Lanfang. Pada waktu itu, Mei masih lagi berumur 18 tahun. Namun jua, Peking Opera tetap menjadi gelangang utama.

Walaupun Peking Opera ini di kenali orang, tetapi secara globalnya, seni budaya ini tidak di ketahui ramai atau tidak pernah diiktiraf sebagai seni oleh orang luar kerana Peking Opera ini tidak pernah di pentas kan luar dari Peking selain Peking Opera House.

Dengan semangat dan idea nya, telah sepakat dengan Maharaja China dan juga menerusi aktiviti aktiviti fundraising, beliau telah berjaya membawa Peking Opera ke tahta dunia seperti di Jepun (1919 & 1924), Amerika Syarikat (1930) dan Russia (1932 dan 1935). 

Apa apa pun bai, lu orang pegila carik DVD cerita ni kat Eureka jalan telawi atau di taman tun. Pasal cerita ni tedapat beberapa pengajaran yang berguna seperti ketabahan minda dan juga kekentalan otak. 

bagi pendapat aku, cerita ni agak heavy, boleh bla la kira dan patut ditontoni ramai. Bak kata kawan aku yang mempunyai nama j0j03 (nama myspace), "think globally, act locally"


Sekian,

Jack "mana chikaro chikaro lain?" Lingam

Sunday, 22 March 2009

Zee Avi: Pengharum Nama Tanah Air



Mungkin salah satu bakal pendekar-pendekar yang mengharumkan negara? Next selepas Sudirman Hj Arshad?
At least tak tumpang rocket orang naik atas bulan? At least tak kechio macam Titus James?

So apa pendapat you all huh?

Friday, 20 March 2009

Video yang buat aku nangis pagi pagi

Aku baru bangun pagi. Stockholm agak sejuk dan depressing. Tapi enough pasal aku.

Video ni merupakan satu filem pendek yang mengisahkan tentang seorang wanita cun baek punya yang tidak mempunyai daya pendengaran. Wanita ini terlepas kereta api die dan kereta api seterusnya ialah jam 7.30 am pagi seterusnya, Jadi die terpaksa bermalam di Rome. Disitu lah kisah cinta dia berputik. Tengok ah. Kalau ko jenis in touch ngan feminine side ko aku rsa ko tangkap jiwang membayangkan diri ko di dalam keadaan yang sama sebab segala galanya cantik. Filem pendek ini di buat menggunakan 4500+ gambar.


Notte Sento (English subtitles) from napdan on Vimeo.

Shaf "emosi' hamdan

Wednesday, 18 March 2009

Blog Telah Mencapai 30 Ribu Pembaca


TERIMA KASIH PARA PEMBACA!
TAPI ASAL SEMALAM ADA 82 PEMBACA SAHAJA? KORANG CHILL KAT BLOG MANA BAI?!
KT

Sunday, 15 March 2009

Single Minggu Ini: Kid Cudi



Kid Cudi- Day and Night

Nampak je macam cat yang baru dalam arena hip hop ini, tetapi Kid Cudi telah pun menanda-tangani kontrak bersama syarikat kepunyaan Kanye West iaitu G.O.O.D music. Beliau selama ini hanya ligat dalam "mixtape" dan album Kid Cudi akan keluar tidak lama lagi. Kalau minat, sila google dia la bai! 

Lagu ni boleh bla lagi- lagi kalau barang mangga ada (joe, ada ke takde?)

Sekian,
Kwai "wei annoying ah lagu Metric bila aku bukak blog ni" Tar

Saturday, 14 March 2009

Bahasa jiwa bangsa atau kemajuan jiwa bangsa.

Bahasa jiwa bangsa atau kemajuan jiwa bangsa.



Sememangnya dewan bahasa dan pustaka (DBP) telah gagal untuk memartabatkan bahasa melayu dalam semua aspek.. Buku bahasa melayu apa yang paling popular aku tanya kat korang? Dalam kepala aku hanya dua sahaja yang aku tahu. 1. 50 dalil kenapa anwar tak boleh jadi PM 2. SHIT yang ditulis oleh saudara Shanon Ahmed. Buku buku itu pun ditulis pada 98/99.. Sudah 10 tahun.


Setelah menjalani research dengan menalifoni saudara muzil di jabatan ECONOMIC PLANNING UNIT (EPU) di jabatan perdana menteri, aku mendapat tahu bahawa RM 350 juta telah di alokasi kan kepada (DBP) tiap tahun.


Setelah 30 tahun di-mandat kan untuk mengagungkan bahasa melayu, apa yang telah kita dapat? Mungkin kita dapat melahirkan ahli ahli politik yang pandai berpidato seperti mahathir, anwar, najib (hihi) dan lain lain dari upacara tahunan seperti Piala Perdana. Mungkin kita telah melahirkan penyair atau penyajak seperti A Samad Said. Mungkin kita telah melahirkan punulis lirik lagu seperti Ramli Sarip, Ajai, Pak Ngah dan lain lain.


Astronaut yang dilahir kan disini juga disebabkan project sukhoi dan bukannya kita terbang dengan pesawat angkasa kita sendiri. Kaum melayu di afrika selatan lebih patut disanjungi kerana mereka hanya mengunaka tongkang pada zaman dahulu untuk ke afrika.


Siapa lagi hero negara, cerita sikit? P Ramlee? Aku pun bajet dia ke sekolah orang putih pada usia mudanya..


Dengan zaman yang serba lain ini, atau lebih dikenali sebagai era global, kita harus lebih risau bagaimana hendak survive daripada merisau kan tentang budaya. Tak kisah sama ada lu tau cakap minang,ngomong jowo, kecek klate atau cakap mcm orang melaka. Dengan peratusan 18% ekuiti yang di pegangi oleh bumiputra, 44 bukan bumi


putra dan selebihnya dipegangi oleh pelabur luar negara, sudah tentu bahasa omputih menjadi pilihan di arena perniagaan di malaysia.


Sudah tentu subjek bahasa ingeris SPM sudah mencukupi jika anda mendapat c5 untuk paper 1119. Namun ini mungkin cukup untuk dikalangan profesi profesi seperti marketing, secretary boss, front desk di hotel hotel. Apa pula profesi seperti auditor, engineer, contactor, mechanic (term bahasa melayu yang technikal aku pernah dengar adalah 'minyak hitam'), saintist, doktor dan lain lain?.


Ambil industi kewangan sebagai satu contoh... Mampus beb kalu sekarang baru nak translate jargon jargon seperti cashflow, margin, depreciation, clawback, redeemable & convertible prefernce shares, amortization, quick ratio, current ratio (nisbah arus; pasal electric current = arus eletrik)...heavy dan dah lambat sangat jek..untuk generasi akan datang? Sorry man, 30 tahun dah bagi masa...apa masih kurang? Lebih lebih lagi dunia kewangan sememangnya global dan memeningkan kepala.


Kalau sekarang A samad said baru nak translate buku buku harry porter,hoi jek baru aku tahu kenapa orang melayu menagih blog blogmelayu seperti di sini.


Walaupun sekarang orang masih sibuk menyuruh orang belajar mandrin, tetapi anak anak cina dihantar untuk belajar ingeris eropah. Sama juga dengan anak anak russia,dihantar belanja ke luar negara untuk belajar ingeris. Di afrika, latin amerika dan india. Semua sama. Kita patut bersyukur dengan modul bahasa ingeris yng di ajar...gila bai form 4


dah blajar pasal sonnet dan puisi robert frost...heavy. Mungkin yang kurang adalah konfident dalam percakapan...itu sahaja...kalau master part tu mesti kaw tim punya...


Apa apa pun jgn la kau layan permainan politik maupudaripada umno,pkr atau pekida..semuanya kaki buku buku sejarah, buku perang, buku falsafah, buku antropologi, buku buku psaikologi, buku sosiologi, jurnal jurnal orang terkenal, autobiography ahli politik yang dah mati katak, dan buku buku avant garde- tak salah baca buku tu semua. Tetapi adakah diorang baca maths,science dan subjek subjek teknikal yng telah ditulis dan dikaji oleh orang yunani dan arab pada suatu masa dahulu.?


Pendek kata, kalau malaysia tak masuk wold cup bola, ada kah harusnya kita mencipta world cup takraw. Competative advantage adalah penting untuk semua individu. Apa lagi? Asah lah geng apa yang ko tunggu lagi? Bangla, nepal dan pendatang asing pon tau cakap melayu, apa la nak takut, bahasa hilang? Poooodah cit!


Banyak yang mengata budak budak di kampung sedang sengsara membelajar sains dan matematk dalam ingeris? SYABAS! AKHIRNYA, kita akan melihat anak anak muda yang berkualiti dalam masa hadapan. aku dah muak tengok orang dapat 9A ke atas untuk SPM

Antara agama, budaya dan kemandirian. Aku pilih kemandirian dahulu. Lu bai, macam mana?


Jack Lingam

Tahniah: Faisal Zakaria Berkahwin

Memperkenalkan Faisal Zakaria, pembaca blog ini yang paling taat dan selalu memberi idea-idea bernas kepada diskusi kita. Kami dari TOP BOYZ ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Faisal Zakaria dan isterinya, dan ingat untuk "senam rimau" sebelum malam pertama. Aku tak mahu dengar esok ada orang sakit pinggang sampai kena cari minyak cap kapak kat 7-E malam- malam. Tapi kalau ko nak benda lagi "power" dari minyak cap kapak ko calling je bro kita Jack Lingam. Dia akan sharp-kan ko tarahalllll....

Blog adalah keluarga, keluarga adalah blog dan bloggers.

Sekian.
K-T

(asal pembaca PMT lebih daripada Soapapendapat?)

Friday, 13 March 2009

Bahasa Pasar 101: Sailang


Secara Am-nya, maksud Sailang adalah kekasih kau dirampas oleh orang lain dalam waktu yang amat singkat.

Firdaus: "Oooooh lawanya pengantin perempuan. Bagaikan Jasmin Hamid zaman 90an la bro"
Ramli: "Eh...bukan dulu chikaro ni couple ngan Daud dulu ke? Sampai dah nak tunang semua.."
Firdaus: "Tau takpe, tapi balak lama dia tetiba ada hal, terus dia jumpa mamat handsome ni, mamat ni sailang awek ni tak sampai 4 bulan dah nikah dah."
Ramli: "Aku bajet mamat ni mesti baca blog Playboy Melayu Terakhir"
Firdaus: "Tau takpe. Sailang baeknya"

Sekian.
KT

Thursday, 12 March 2009

Loi Hadopi: Undang Undang Keras Terhadap Pengguna P2P di Peranchis

Undang undang Hak milik dan Internet, sering dekenali sebagai Undang Undang Hadopi atau pun Undang Undang Olivennes, selepas nama inspirator undang undang ini, Denis Olivennes, juga tauke besar elektronik terbesar perancis FNAC. Draft undang undang ini masih belum di jadi kan bill of rights, walaupun sudah lama di bincang kan di Assemblee Nationale (parlimen perancis). Proposal utama kertas bill ini adalah untuk membuat satu badan khas yang mempunyai watak untuk mengeladah dan menentang dan juga menghentikan servis internet seorang pengguna jika beliau didapati menyalah gunakan internet. Sebagai contoh, file sharing (ini termasuk mengkongsi video, lagu dan juga gambar awex).

Tanpa menghendahkan tentangan daripada pengkritik dan juga konsumer konsumer internet, bill ini mungkan akan di luluskan oleh pihak pihak pembuat undang undang. Antara penalti penalti yang di kenakan termasuklah kepada sesiapa yang tidak mengawasi sistem internet nya dan jugak pihak operator WiFi publik jika didapati penguna dapat mengakses kelaman laman seperti www.tnaflix.com dan sewaktu denganya.

So apa kerja badan HADOPI ini?
Secara amnya, badan HADOPI ini kan memonitorkan laluan internet dan ia akan memberi tahu kepada Internet Service Providor (ISP) jika terdapat terjadinya file sharing. Pada mulanya ISP akan menghantarkan secebis e-mail kepada customer yang bertangung jawab atau. Jika kali kedua pengguna internet itu mendapat surat rasmi daripada ISP tersebut. Dan pada kali ke tiga, pengguna itu akan di gantung pengunaan internet nya selama 3 bulan. Badan HADOPI akan membuat satu list yang detail tentang penguna yang telah di-ban kan tersebut untuk mengelak kan penguna itu menukar nukar ISP.

Walaupun di kritik...
Pihak yang pro-akan undang undang tidak langsung menghendahkan kritikan kritikan terhadap undang undang ini. Ini termasuk kritikan daripada Parlimen Eropah sebanyak dua kali terhadap basis penalti yang di kenakan tidak seimbang dengan jenayah yang dilakukan dan menitik berat kan bahawa se-orang hakim sahaja yang dapat membuat keputusan sama ada untuk "meng-disconnect-kan" internet seseorang pengunan. Walau ditentang keras, pihak kerajaan Sarkozy masih terus menyebar kan idea "Loi Hadopi" dengan keras. 

Undang Undang Paling keras Dunia?
Walaupun undang undang Malaysia yang paling ketat terhadap dadah, Perancis akan menjadi negara pertama yang mempunyai undang undang yang ketat kepada penyalah atau penjenayah internet. Walaupun negara negara seperti Amerika, Ireland dan Italy mempunyai undang undang sebegini rupa, tetapi dalam realiti, tiada negara yang mepunyai polisi domestik mahupun nasional terhadap penjenayah penjenayah internet. 

So apa kata Jack Lingam?
Wa aku bersyukur berada di dalam sebuah negara yang di penuhi dengan lanun lanun selat melaka dan laut china selatan. mudah mudahan tiada undang undang yang sejenis dengan undang undang Loi Hadopi atau Loi Oliveness di ngara ini. kalau tak mcm mana nak dload lagu lagu dan movie movie INDIE BAI?

Apa apa pun enjoy dengar lagu artis peranchis ini yang bernama "hati lanun"



Salam,

Jack Lingam

Number (N)ine Tetap Dalam Ingatan



Amacam blad? Berita sedih dalam dunia rekaan. Syarikat pakaian fesyen lelaki Number (N)ine yang dicipta oleh seorang mamat gangster Jepun bernama Takahiro Miyashita telah pun "tutup kedai". Pada pendapat aku, sejak pos- tahun 2000, label ini telah memberi kami pakaian- pakaian yang kreatif, innovatif dan juga sharp. Label ini selalu dipamerkan di Minggu Fesyen Paris dan telah mendapat cult following yang amat ramai. (termasuk aku)

Klip di atas menunjukkan koleksi akhir label ini dan berinspirasi-kan sebuah bilik hotel yang Takahiro tidak dapat keluar. Dia melihat sekeliling bilik hotelnya dan kemudian menggabungkan material dan suasana tersebut kepada pakaian lelaki yang istimewa. Number (N)ine, ko masih dalam ingatan.....

Kwaidan "PMT lebih ramai pembaca semalam?" Tarmizi

Wednesday, 11 March 2009

Agenda belakang RM 60 billion.

Bai bai bai,

Apa cerita, aku bajet mesti ramai sudah baca paper ini hari tentang budget yang di war war kan dapat “stim” kan ekonomi Negara yang semakin parah ini. Mari kita re-cap. Kadar pegangan ekuiti bumi putra 16%, kadar pegangan ekuiti non-bumi putra 44% dan selebih nya di pegangi oleh Foriegner dan juga tauke tauke arab, cina  dan yang tiada passport Malaysia.  So bai, apa penting nya stimulus ni untuk Negara? Katanya untuk membantu ushawan ushawan SMEs (Small Medium Enterprises) yang merangkumi 90% dunia bisnes di Malaysia. 10% Lain lain adalah GLCs dan juga MNCs.

SO bai, mari kita go through secara detail apa yang di bentang kan semalam dalam parlimen yang di katakana boleh mengembangkan ekonomi Negara dan mencipta banyak pekerjaan kosong untuk para para mahasiswa yang tak dapat kerja dan kepada sesiapa yang saja yang baru di buang kerja. Gila bai, tahun lepas UiTM punya graduates 16% tak dapat carik kerja dan masih menganggur. Anyways…

a)      Cukai pendapatan untuk para penanam sawit hanya akan di kenakan jika para peneroka dapat menjual sawit pada harga RM 2500 se-tan (di Peninsular) dan RM 3000 se-tan (Sabah Sarawak). Sekarang, Cukap pendapatan dikenakan pada kadar RM 2000 se tonne.

b)      Tax Relief setinggi RM 10,000 selama 3 tahun kepada sesiapa yang membeli rumah sudah memgambil loan untuk beli rumah. Harga yang eligible adalah RM 200,000 ke RM 250,000.

c)       RM 3 billion telah di alokasikan kepada Khazanah Nasional untuk di injek kan ke dalam sector Telekomunikasi untuk memantapkan lagi infrastruktur broadband di Malaysia. BUkan itu sahaja, RM 2.4 billion juga telah di alokasi kan untuk Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) untuk pekara yang sama, memantapkan infrastruktur di luar Bandar.

d)      RM 480 million telah di alokasikan untuk Syarikat Syarikat Toll Malaysia untuk mengelak kan kadar toll naik.

e)      RM 674 million telah di alokasi kan untuk menyubnyidi Rakyat Malaysia supaya dapat beli tepung, gula dan roti dengan harga yang berpatutan

f)       RM 200 juta untuk AUTO development fund. Jumlah yang tidak di announce- oleh najib semalam untuk member pertolongan kepada Proton dan Produa

g)      Working Capital Fund Sebanyak 5 billion akan di lancarkan oleh MOF untuk membantu syarikat syarikat yang mempunyai modal kerja yang tidak lebih RM 20 juta

h)      Konstruktion-

                                                                                 i.            RM 18 billion di alokasikan untuk sector konstruktion

                                                                                ii.            RM 8.8 billion untuk repair longkang dan jalan jalan yang berlopak dan jugak facilitas public seperti tandas awam dan juga amenities yang lain

                                                                              iii.            RM 0.2 billion untuk pembinaan rumah kos rendah

                                                                              iv.            RM 2 billion untuk membaik pulik 752 sekolah di Sabah dan Sarawak

                                                                               v.            RM 0.6 billion untuk menambah infrastruktur eletrik dan air di kawasan kawasan pendalaman di sabah. RM 0.6 billion itu juga akan di gunakan untuk menyambung pekan/Bandar dengan kawasan kawasan pendalaman.

                                                                              vi.            RM 1.2 billion di alokasi untuk menaik taraf airport di sibu, aktiviti aktiviti mendalam di airport di Miri. Membaik pulih infrastruktur yang di jahanami banjir, Menaik taraf sekolah, pembinaan Pusat Latihan Industri di Kota Samarahan dan pembinaan infrastruktur infrastruktur untuk industry pelancongan di sabah dan Sarawak. Selain tu, pembinaan Kota Kinabalu Transmission System dan pusat pusat giat mara juga telah di alokasi kan dalam RM 1.2 billion untuk sabah.

                                                                            vii.            RM 1.7 billion untuk Khazanah Nasional untuk melaksanakan project mega di iskandar, johor. RM 1.7 billion itu adalah untuk membina Hotel, infrastruktur, university dan taman tema (kata nya Disney nak bukak satu di johor)

                                                                           viii.            RM 2 billion untuk pembinaan pusat perindustrian di Tanjung Agas, skim kewangan untuk bio-tech sector, dan membaik pulih infrastruktur trafik dia kawasan KL Sentral

                                                                              ix.            RM 2 billion untuk membina LCCT baru.

So bai, wa dah geladah dah info untuk lu orang. Sama ada lu nak pegi ketuk pintu agency agency kerajaan dengan proposal lu yang sharp.

Tapi bai, apa pendapat you all hah pasal RM 60 billion yang di lelar kan oleh ahli ahli politik semalam? Kombinasi fiscal dan monetary semalam bukan saja tidak mencukupi, tetapi  banyak lagi pekara pekara yang boleh di ubah selain mengayakan tauke tauke besar dan yang telah well establish dan juga berkoneksi dengan pihak kerjaan. Lu tengok projek projek yang di table itu pun sudah cukup. Semua projek mega mega dan mega. Yang pasti kaw tim dapat mesti syarikat syarikat seperti  YTL, TNB, UEM, KLK, IJM , UMW dan banyak lagi. Kebanyakan syarikat syarikat ini sekarang tengah suffer kerana banyak projek projek di luar Negara banyak di batal kan di sebabkan kegawatan ekonomi dunia. Jadi untuk membangkit kan nilai nilai share syarikat syarikat mainboard ini (sekarang semua sesak beb, cuba lu usha KLSE),  apa susah bagi project kat syarikat syarikat ini la bai. Cashflow projection sure top punya lepas kena award. Apa lagi bai beli la share syarikat syarikat yang tengah sesak ni. 

Aik aku ingat misi kerajaan nak bantu SMEs? Apa cerita?

Bantuan kewangan memang lah tidak akan pernah mencukupi untuk entrepreneur entrepreneur Malaysia.  Penukaran polisi polisi seperti struktur cukai, cukai import dan eksport, pemberian grants, penghapusan lesen  import dan export, bantuan bantuan yang dapat membantu syarikat syarikat SME ini berkembang ke luar Negara (macam Matrade la bai, tapi lembab sangat nak tolong geng, banyak gila paper dan condition precedent yang perlu dihalui) sememangya akan membantu syarikat syarikat SME ini berkembang. Walaupun kerajaan telah berjanji RM 25 billion akan di alokasi kan untuk membantu SMEs mendapat kan loan atau finance facility, mengapa kita harus mengalakkan syarikat syarikat ini berhutang di saat saat genting ini?

Dengan projek projek besar sahaja yang di table kan untuk stimulus kali ini, aku memang tak yakin SMEs akan dapat godak dan lenjan masuk untuk tender sub contract kecil kecil ini. Yang pasti nya hanya kroni dan sanak saudara yang akan kaya. Dan kita hanya akan ternga-nga bila kita dengar siapa yang akan di awardkan dengan projek projek ini.

Misi lain adalah untuk memgembangkan kuasa pen-jolian (consumer spending power) konsumer, mungkin tidak akan terjadi jika sekadar tax relief setinggi RM 10,000 setahun untuk 3 tahun dan subsidi beli beras dan subsidi tol yang diberi kan kepada consumer. Gila bai, dah la si zeti tu baru turun kan interest rate dari 3.5% kepada 2.0%. haih.. ini hanya akan mengalak kan pembelanjaan dan orang berhutang. Kalau hutanga ada duit ok, ini semua tengah sengkek lu nak suruh orang pinjam duit. Bukan itu saja, kad kredit punya rate pon makin turun. Gila beb.

aku harap kan kita kerajaan dapat la dapat beri informasi yang lebih transparent untuk kita tahu kemana duit tu merayap. Apa susah, buat disbursement monitor dekat satu website pon dah cukup dah bai.

Aku speculate stimulus ini tidak akan membuat ramai ushawan yang muda mahupun yang tua stim walau pun dah telan pil dan sembur ubat kuda kat pelir masing masing.=

Anyways,

Apa pendapat you all huh?

 

Jack " bojan malam" Lingam

Lagu Minggu ini: Metric

Chekedaud bai,









bai, ini dia salah satu album yang aku tunggu tunggu selama ini namun akhir nya terkeluar juga. Album yang di spekulasi akan kluar pada 14 april 2009 nanti telah di samun oleh para lanun lanun internet dan kluar lebih awal daripada apa yang telah di spekulasi kan. 

Suara emily haines mmg on form boleh membuat semua jantan jantan seperti abang armaya ma'arof meleleh ketika membonceng kereta satria gti neo baru nya yang berwarna kuning. Gila bai, lu pegi concert minah ni memang kalau boleh lu sanggup bertengkar dengan seorang "englishman" yang menemani anak nya yang berumur 15 tahun semata mata nak tgk peha molek cik emilyhaines ini bai.

Album fantasies mempunyai 10 lagu lagu yang mempunyai aura yang berbeza pada setiap lagu. Pendek kata, tiap lagu memang mempunyai situasi situasi yang berbeza. Selain itu, rif rif synth yang di gunakan oleh emily haines juga memang lah "stupefiant" dan sharp. Pendek kata minah ni mmg sharp cats.


Kalau lu nak try dload tekan di sini

apa apa pun album ni bagi aku memang boleh bla la kira.


Jack "retour a forme" Lingam

Tuesday, 10 March 2009

PENGUMUMAN!


So bai, 

lu nak tau cerita cerita bojan bojan, player player dan info info yang STYLO MYLO. ataupun kalau lu suka berfoya foya pada tiap malam atau tiap malam minggu di Kuala lumpur? atau, kalau lu tengok KLCC pada waktu malam terus jadi inspired macam ada member aku sorang. Atau pun lu suka di panggil mamat URBAN.. apa lagi bai? GODAK dan TEKAN AH sini

Monday, 9 March 2009

10 billion Stimulus



Bring it on zeti!

Kepupusan Bahasa: Revolusi, Pilihan Semulajadi Atau Genocide Kebudayaan?


Wa percaya bahawa kalian semua sudah pun didesas-desuskan dengan isu mahupun protes terhadap penggunaan BI dalam pembelajaraan Sains dan Matematik beberapa hari ini. Keadaan yang menjadi semakin tidak terkawal dan meruncing ini agak memalukan juga, tidak begitu? Lebih-lebih lagi apabila politikus-politikus dan juga menteri-menteri memberi ulasan yang diluar konteks yang seadanya dalam hal ini. 

Ada yang menyatakan isu yang dibangkitkan ini melibatkan dasar politik yang menjadi strategi dan juga cetakan biru untuk penentangan kerajaan kita. Sengsara wa dibuatnya. Sebelum ini kita sudah pun membicangkan permasalahan ekonomi bersifatkan rempit, dan isu kali ini tidak tersasar jauhnya daripada tersebut, atau mentaliti lembu mengamuk yang buta akan keadaan sekeliling dan taksub kepada satu haluan sahaja, asalkan 'merah', kita lenjan. 

Dalam kemurungan pencapaian intelek pemuda-pemuda negara kita, ramai yang menafsirkan bahawa kelemahan untuk memahami keilmuan Sains dan Matematik, yang rata-rata dibincangkan di dalam penulisan bukan BM menjadi faktor penyebab utama. Dan keghairahan untuk berdiri sama tinggi bersama-sama ahli ilmuan terkemuka dan pencapaian negara-negara maju di atas pentas dunia telah membawa kepada polisi pendidikan pasca-1999 ini, kononnya jika para-para ilmuan kita 
lebih cekap untuk menimba ilmu-ilmu dalam bahasa Inggeris, mungkin hari ini kita telah pun mempunyai beberapa roket sains ke bulan, jentera penjuang Melayu bersatu dan sebagainya.

Persoalan di sini timbul apabila kegagalan untuk memantapkan penguasaan ilmu Sains dan Matematik bukan dari hasil usaha untuk mengubah, ataupun memperbaiki penguasaan terhadap keilmuan terhadap subjek itu sendiri?

Ataupun permasalahan yang lebih lagi releven ialah, jika kita mahukan anak-anak jati kita fasih berbahasa Inggeris, mengapa kita tidak memperbetulkan kecacatan di dalam penyampaian ilmu bahasa Inggeris tersendiri?

Kesanggupan kerajaan untuk meletakkan BM di dalam ancaman kepupusan bahasa merupakan aspek yang juga perlu dititikberatkan. Walaupun daripada pandangan linguistik, tidak akan ada bahasa maju atau mundur, akan tetapi, sesebuah bahasa itu akan boleh berada pada kedudukan yang diabaikan, atau tidak berkelebihan. Dan apabila kita bercakap tentang bahasa yang mundur, ia seoalah-olah menggambarkan bahawa sesebuah bahasa itu tidak boleh dimajukan. Apa yang pasti, ianya dibantu, bermakna kita menolongnya untuk berada dikedudukan yang mempunyai kelebihan dan ianya akan maju dan mencapai relevensi yang amat diperlukan.

Genocide etnik merupakan kelupusan kebudayaan dan peradaban. Kita boleh bandingkan gambaran itu dengan kehidupan seseorang, contohnya, secara berperingkat ñ bermula, bertransaksi dan juga berakhir. Jika dia berakhir atau berkubur setelah melalui kehidupaan yang indah dan penuh bermakna, maka ini tidak menimbulkan masalah. Jika dia mati dibunuh, dan kita tidak membantunya semasa dia berada di dalam bahaya atau ancaman, ini merupakan satu nafas agenda yang berbeza. Implikasi ini sama dengan peradaban dan penglestarian sesebuah bahasa.

Apa yang bermakna di dalam kepupusan bahasa ialah bukan kepupusan itu tersendiri. Sebaliknya apa yang dibawa oleh kepupusan atau kematian itu. Apa bila sesebuah bahasa itu tidak bermaya, semua permikiran disebaliknya, semua pandangan dunia yang dipegang oleh pengguna BM akan juga turut tidak berkemampuan (Sila rujuk Noam Chomsky - Philosophy of Cognitive Science). 
Ini hanya akan membawa kepada kepapaan peradaban rakyat Malaysia secara rata, dan juga keupayaan untuk memahami dunia sekeliling mereka.

Apa yang dipetakan di sini mungkin berunsur pemeliharaan akan tetapi ianya sama sekali bukan bersifatkan chauvinistic, atau xenophobic.

Solusi untuk penguasaan BI sudah pun tersedia maklum dan kegagalannya harus tidak diabaikan dan dikaitkan dengan agenda lain. Terdapat juga segelintir penuntut dan para ilmuan Sains dan Matematik negara kita yang sudah berjaya untuk menempatkan diri mereka di Ivy Leagues dan mencipta nama di dalam bidang-bidang tersebut, yang mana menjadi bidang untuk titik pengukur dunia baru, berani, dan moden. 

Sebetulnya, mari kita bincangkan bagaimana kanak-kanak di kawasan-kawasan felda dan pendalaman memperoleh sumber ilmu untuk menuntut Bahasa Inggerris. Mari kita pastikan kegagalan diri kita yang menjadi punca untuk kecapi sesuatu dan perbaikinya. Bukankah mempelajari sesuatu ilmu yang disempitkan di dalam cabang yang tertentu sahaja, tanpa memahami pemahaman akar umbinya adalah satu kerugian?

Wa tak mahu kanak-kanak masa depan hanya tahu bertutur bahasa Inggeris apabila membincangkan teori Axiomatic, dan tidak dapat memahami sepatah dua perkataan apabila membaca Samuel Beckett mahupun sejarah perang dunia kedua.

Yang benar,
KT bergabung dengan penulis yang beliau tak nak namanya diberi.

Pengumuan: Blog Kedua Kini Dimulakan

Adakah kamu playboy melayu terakhir?
sebuah taklimat tentang budaya berfoya- foya secara serious.

Jadi jangan lupa lawat dua-dua blog aku dan Jack nih. Aku nak seriuskan blog ni, dengan lebih pendapat dan isu- isu lebih mendalam lagi, jadi blog kedua yang memaparkan khas untuk budaya lelaki amat sesuai.

Sila bagi pendapat, thanks!
KT

Daniel Libeskind: Arkitek Lagenda Hidup




*Atas gambar Grand Piano rekaan Daniel

..Ko tahu perkataan orang putih tu, "speechless" ?
Ni aku tengah speechless la ni ha...Tengok Denver Art Museum.

So, apa pendapat you all huh tentang arkitek kegemaran aku atas teorinya? Aku rasa agak bingai sebab tak bagi komen sedikit tapi lain kali ada... Masih pukau bai.

Maaf kalau post-post baru semua sharp sharp. Ada blog lain yang ringan- ringan yang bagi cerpen yang takde la kelakar sangat dan klip- klip yang pada pendapat aku 'per cer?'

KT

Sunday, 8 March 2009

Lagu Minggu ini: lsd march





Selamat menyambut maulidur rasul. 


Jack "haih" Lingam

Gareth Pugh: Pereka Heavy



Amacam semua. Aku nak korang tahu pasal dia ni, tapi aku nak korang selidik sendiri. Ini dia rekaan Gareth Pugh untuk musim luruh/sejuk 2009. Aku takde mood sangat nak citer panjang. Tapi kalau ko minat filem, best gak klip ni, ko minat penyuntingan, best gak klip ni, chikaro- chikaro yang minat fesyen, best gak klip ini.

Hidup Gareth Pugh, tamatkan Supra (takde kena mengena)

Yang benar,
KT

Saturday, 7 March 2009

Malaysia Kini: Dokumentari Tentang Pengkid


Pengkid: Perceptions, mine and of me from madharris on Vimeo.

Aku post ni sebab ada member karib aku kena temu bual kat klip ni. Aku memang respek minah ni ah, dia memang untuk aku salah satu sharp cat. Nak kata Top Boyz nanti dia bengang lak. Dia tahu dia siapa, dan aku rasa ko minah sharpppp!

So apa pendapat you all huh?

Thursday, 5 March 2009

Parking: Kuala Lumpur danll. Apa Solusi nya?




Salam fren,

tadi wa meeting heavy jugak. bukan main sesat aku dari Kuala lumpur ke bukit kemuning. wa lalu nkve lepas tu nak carik kesas bukan lain macam susah nya. sepatut nya jam 2.30 mula. aku dan chief chief aku tiba pada jam 3 petang. Lepas tu kita jumpa la taiko taiko parking ni. dia pon bermula la cerita dan cerita dan cerita dan cerita tentang parking di malaysia. 

Menurut fakta DBKL 15% sahaja pemaking pemaking di kuala lumpur ini yang membayar tambang parking. Katanya, kekurangan tenaga pekerja di DBKL dalam sektor enforcement untuk menulis saman juga adalah faktor faktor terbesar yang menyebab kan konsesi konsesi yang bernilai 20 juta setahun untuk lima tahun musnah kerana tidak para pengkongsi konsesi ini tidak dapat membuat pulangan setelah membuat cashflow yang membuat datuk datuk di DBKL meleleh air liur bila tengok nombor nombor besar.. tetapi secara praktiknya, hanya 15% yang membayar  parking meter zaman isi koin dalam tiang.. 

Selain faktor faktor penguatkuasaan yang kurang dan kurang tegas, faktor faktor seperti urban planning yang koboi juga menjadi faktor faktor yang memeningkan pengkongsi pengkongsi konsesi ini.

Jadi, aku nak tahu pasal aku nak tahu apa pendapat you all huh dalam info ini. kalau boleh bagi la idea idea yang boleh bla dan termaktub dalam kuasa dan wang kocek orang malaysia. Jangan kau propose bina satu bangunan lepas tu propose "mechanized parking operator" atau "multilevel parking operator" kat aku. Pasal, di jepun sahaja orang bayar 400 yen untuk servis macam tu. apa lagi Volkswagen Autostadt. aku nak benda benda realistik untuk orang mampu bayar, pendek kata RM 2 ringgit untuk satu hari punya line...amaciem?


Jack "so b. besok kita dating main bowling ok? " Lingam 

Wednesday, 4 March 2009

Buku Sharp: The Storyboard Design Course


Amacam semua? Harap korang masih cuba 103 dan gelak cam sial akan loghat awek tersebut. Ini dia ha, aku nak syorkan korang satu buku aku beli haritu. Secara basic, diorang ajar la dengan penuh teliti cara nak buat jalan cerita dengan betul.

Ko tahu la kan, negara kita kalau bukan cerita hantu, mana jual. Jadi kalau orang ada idea nak bikin satu filem atau satu komik, dapatkan buku ini kat internet. Aku dah bosan dah dengan cerita- cerita tanah air. Kasi la cerita up skit, jadi kita boleh masuk Sundance Festival Filem ke, Cannes ke, dan kalau korang aim tinggi terus masuk Oscar la dalam kategori Filem Asing Terbaik. Amacam? Cun ke tak cun?

Aku ada idea untuk filem tentang SUDIRMAN . Aku nak korang bagi idea korang dalam comment. Amacam? Bagi sikit okayyyyy!! Serious ni..

Sekian,
KT

Monday, 2 March 2009

sangap 101: direktori malaysia


setelah aku sampai opis tadi siang setelah mengharungi pekan tandus cyberjaya yang serba panas macam hanjing, aku angkat ah telepon untuk mendail pizza. bai lu kena try pizza kampung baru yang masyuk, nama dia hadija pizza (siap ada nombor 786 kat dia punya logo).  lu kene try pizza guna ayam lemak cili api (gila bai memang ah tak ada kuah atas pizza tu, dia masak ayam tu dulu lepas tu dia ekstrek ah dia punya daging nya) bubuh cendawan dan keju mozarella yang di buat dari minyak kelapa sawit.

aku pon dail la 103. lepas tu dia tanya bahasa orang putih atau bahasa melayu. aku tekan dua. aku rasa lu kena dgr apa dia offer..enn


jack ling a ling

Sunday, 1 March 2009

Tontonan Minggu: Marc Newson, Urban Spaceman











Kadang- kadang aku fikir betapa bertuahnya kalau aku ada orang cam Marc Newson jadi jiran aku, atau member aku. Aku rasa definasi seorang 'individual' memang dia patut pegang. Oh Marc, jasamu memang lost dan aku tak tahu nak puji betapa sharp-nya ko ni. 

Saksikan untuk cuti minggu korang ok? Ingat, berangan dan impikan benda- benda yang luar petak. Hidupkan sekumpulan pereka- pereka tanah air yang heavy.

Sekian.
KT

Dari mana?

Analytics