Wednesday, 21 May 2008

Jack Cakap Pasal Makanan, Aku Pun Tetiba Terpengaruh



Salam sejahtera para pengunjung! Hari ini aku nak bagitahu korang satu resipi masakan kegemaran aku iaitu ACKEE AND SALTFISH. Masakan ni masakan yang berasal dari JAMAICA, dan cara nak makan lauk ni, senang je, makan ngan RICE AND PEAS , ataupun dalam bahasa kita, nasi dan kacang merah. Masak nasi, campur kacang merah ( red/ kidney beans yang ko leh dapat kat pasar raya bermutu ) dan juga tumis dengan bawang untuk aromanya.

Klip di atas adalah cara membuat lauk ini. Caranya senang gila dan memang menjilat jari bai. Cuba lah, asyik makan benda sama pun bosan gak. Makanan mamak tu semua pun banyak Ajinomoto, cuba masak skiet.

Okay semua, aku nak makan dulu, sebab aku masak lauk ni hari ni.

Abang Dan ( nama awek awek bagi )

No comments:

Dari mana?

Analytics