Sunday, 25 May 2008

Apa kita nak buat bila nampak orang pengsan???


Aku hari tu baru habis buat first aid course, so sekarang ni aku dah dapat sijil sah dari HSE of United Kingdom (Health and Safety Executive). 

Selama aku buat course tu, aku sedar banyak gak bendar yang kita tak tahu sebenarnya dalam membantu orang ni. Jadi aku ingat aku patut share ngan korang, mana la tau satu hari korang punya member minum terlajak kat mansion pastu pengsan. Korang mesti ingat kelaka dan panggil kawan korang tu bodoh sebab minum lebih, tapi tahu tak ko
rang, member yang terbalik tu anytime je boleh bertemu ajal?

Terdapat 4 langkah apa yang korang patut buat bila korang nampak orang pengsan.

Langkah 1

- Tengok keadaan sekeliling si pengsan.
 
Jangan la korang bahayakan diri sendiri untuk selamatkan orang. Kalau si pengsan tu pengsan kat hujung curam, kang kau pulak yang mati sekali kang.

- A.V.P.U (Alertness, Verbal stimulant, Pain Stimulant, Unalert)

Korang pegi kat si pengsan, cakap kat dia bebaik
"Encik, nama saya Badrul Hisham, encik ok ke?" sambil pegang tangang die dan try kejutkan.

Ni nak check die alert ke tak la, kalau member tengah tido confirm die jawap ek? Macam ko tengok gambar kat atas sekali tu, die tido ke pengsan? Kalau die tak jawab, cuba ko jerit la kat muka die, sebab memang manusia ni aku buat reaksi normal terkejut macam ko gi pasang radio kekuat kat telinga adik ko yang tengah tido, sure member terkejut kan?

Kalau tak gak bangun, ko picit anak telinga die, ni kira ko dah final 
call la nak tau member ni respon kepada kesakitan ke tak, kalau tak gak
, memang sah member ni dah pengsan. Time time camni ko janganla cerita ngan member ko mana nak cari dam, tapi ko kena jerit minta tolong kekuat biar orang tau sini ada masalah. Lagi bagus kalau ko suruh member call ambulance.

- Airway

Ini penting sebab kalau ko tak check pernafasan die, member ni b
oleh mampus. Bayangkan ko tengah berdiri usha member pengsan, ko gelak gelak ngan member ko, tapi member ko yang pengsan tu tak bernafas, apa cerita?

Ni lah cara nak bukak airway orang, ko baringkan dia, ko do
ngak kepala die kebelakang, angkat die punya dagu. Lepas tu, ko kene letak telinga kat depan mulut die dan ko kene tengok perut die gerak ke tak. Sebab kekadang orang boleh mati sebab lidah die tertutup trachea (saluran pernafasan). Kalau die memang tengah sesak nafas, ko tolak kepala die kebelakang  ko terus boleh dengar die tarik nafas dalam baeekk punya. Ko kene gak hati hati, jangan kasi die termuntah. Sebab kalau die dah muntah pastu muntah die masuk dalam saluran pernafasan, aku nasihatkan korang balik rumah je la terus ready untuk kebumikan sebab member tu confirm mati. Kira ko buat cam kat bawah ni la.
Langkah 2

Ko suruh member sorang pegang kepala dia dalam position camtu (dongak kebelakang). Sementara tu ko check ah die ni berdarah ke, patah kaki ke. Ko kene ingat, ko tatau apa masalah si member ni? Die jatuh pokok ke? Jadi ko kene check la semua benda. Check tangan die lurus ke tak, kaki die sama panjang ke tak.

Langkah 3

Lepas dah check semua, ko make sure ah die masih bernafas s
eba tu la yang penting sekali. Orang takkan mati sebab patah tangan, tapi orang mati sebab saluran pernafasan tertutup. Sekarang ko letak die dalam Safe Airway Position (SAP). Sap ni adalah posisi yang bagus. Die akan sleamatkan si mangsa dari mati.

Gambar ats ni lah SAP. Ko letak si pengsan dalam posisi camni. Inilah sebab sebab dia:

1) Member tak akan bergolek turun bukit kalau ko letak camni (mangsa pengsan kat bukit)

2) SALURAN PERNAFASAN DIE BUKAK. Ko tengok mulut die, terbukak kan? tu bagus die. sebab kalau tutup, member akan telan lidah dan tak nafas. Dan juga, sebab die bukak mulut, bila die muntah, muntah tu keluar ke lantai, tak terkumpul dalam mulut yang akan menyebabkan die tercekik ngan muntah sendiri, dan mati.

Langkah 4
- Tunggu Ambulance
Ko bercakap ngan si mangsa baik baik. Ko cakap je, buat die rasa tenang. Walaupun die pengsan, kekadang dorang boleh dengar kite cuma die tak sedar je. Ko cerita la pasal kucing ko ke, ada makcik kat area rumah jual karipap sedap ke, apa apa la janji ko temankan die. Pegang tangan die kalau boleh, sekali sekala ko suruh die gengan tangan ko. Kalau die ganggam, maknanya die dah semakin sedar.

Itulah die rakan rakan cara nak selamat orang. Aku tatau macam mana nak cakap lagi la tapi SALURAN PERNAFASAN TU ADALAH PENTING. 

Jadi lain kali ko nampak member ko terbalik kat depan Mansion, ko tau la apa nak buat. Sebab kalau ko tak buat apa apa, die mungkin mati dan darah die ada kat tangan ko selama lamanya. Tak ke rasa cam sial kan? Hantu die datang dalam mimpi caka "Badrul, apasal ko tak tolong aku hari tu???"

Manfaatkanlah pengetahuan ini! Paling kurang pun, ko dah niat tolong orang, dapat gak pahala.

Yang lama menghilang

Shafi'e Hamdan

(Minta maaf lama hilang, aku busy, demam dan memacam lagi ah)

5 comments:

Anonymous said...

possibly the best blog this week!

ko power shafff!!!!

(shari safuan)
takde ah, aku kwaidan

lutfi belwael said...

TQ Shafi'e Hamdan. Info ini sgt bermanfaat.

Member aku meninggal awal tahun ni sebab dia tercekik dgn nebulizer (he has asthma). Time aku jumpe dia, mmg aku gelak2 igt dia main2 baring kat lantai. Pastu bila sedar benda serious, xtau apa nak buat. Trus panik. Only thing I did, panggil member yg lain. Dia pun blank xtau kne watpe. Alertkan satu hostel, xde sorg pun tau. By the time ambulance sampai, member aku dah passed away.

Bila aku baca entry ko skrg, nyesal aku x blaja dari awal. Msia xde ajar bende ni kt skolah. Kat western countries, semua org blaja dlm P.E. class. Benda ni patut ada dlm klas P.J.

Lutfi

Ayman Ayatolla said...

sebab malaysia inadequate lah adanya benda benda boleh bla la kira.ni informasi terbaik dalam blog ni.

Anonymous said...

Terima kasih atas sokongan korang pasal post ni.

Lutfi, sorry for what happened. I wouldnt know what to do either if i were you.

aku pun dulu pernah tercekik sampai biru muka aku. member aku due ekor tengok je macam aku ni badut ke apa. last call aku termuntah kat depan muka derang.padan muka


Shafi'e hamdan

Anonymous said...

good info. thanks mate.

Dari mana?

Analytics