Friday, 16 May 2008
Down and Out in Paris and London: Bukan buku pasal shopping
Siapa kah orang tua di sebelah ini? Nama sebenar Eric Blair. Beliau adalah dari keluarga kolonial british. Beliau di lahirkan di Bihar, India. Beliau juga telah menulis sebanyak 9 jenis Novel. 3 daripadanya adalah catatan hidupnya seperti novel Homage Catalonia yang mengisah kan tentang pengalaman beliau ketika perang saudara antara rakyat di Espanyol (antara Stalinist dan Marxist). Buku seterus nya adalah The Road to Wigan Pier mengisah kan tentang analisis cara hidup kelas kelas pekerja yang berkerja di lombong lombong batu arang di Utara Britain. Buku yang akan kita sembangkan untuk sesi ini ada lah buku yang berjudul Down and Out in Paris and London (DOPL).
Buku ini di cetak untuk pertama kalinya pada tahun 1933 di England. Buku ini mengisah kan tentang pengalaman encik Orwell tentang kemiskinan ketika beliau menginap di Paris dan juga London. Terdapat beberapa peristiwa yang menarik seperti " kawan makan kawan", peristiwa tentang kumpulan komunis yang ingin membuat revolusi di paris, aksi menjual beli baju buruk untuk membeli tembakau, peristiwa dimana badan cik orwell ini tidak boleh tahan lagi tidur di atas lantai dan banyak lagi isu isu kemiskinan yang disembang kan seperti dilemma kemiskinan.
jika ingin tahu lagi tentang encik Orwell, sila layari ke:-http://en.wikipedia.org/wiki/George_Orwell
Buku ini memang boleh bla!!!
Buku ini boleh didapat kan di mana sahaja, untuk rakyat jelata di Malaysia, buku ini boleh didapat kan di Kinokuniya atau pun Borders@ the Curve. Untuk pelajar di England pula, buku ini boleh didapat kan di mana sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment