Bukan senang nak ditulis kedalam warkah Blog ini melain kan anda boleh bla la kira. Setelah diberi arahan oleh ketua editor untuk membuat research tentang dua orang wanita ini, memang susah betul nak cari informasi tentang mereka berdua ini. Kira kiranya, diorang masih underground.
Wanita pertama yang kita akan sembangkan pada tengah malam ini adalah cik yuna yang asal nya dari subang. Cik Yuna ni menyanyi dalam dua bahasa. Iaitu bahasa omputih dan bahasa malaysia. Bila buka sahaja website myspace akak ni memang terus terdengar lagu "cartoon couple". Sambil mendengar dan mengoyang kan kepala aku dari kiri kekanan, aku melayari laman myspace beliau, cuba korek korek apa yang patut untuk di tulis. Menurut website myspace nya, beliau ini seorang penyanyi solo dan kadang kadang dia suka cilok pemain muzik dari kumpulan lain. Yuna juga telah mengeluar kan satu "demo" dipasaran, menurut Yuna :
"...tak sia sia kami bertungkus lumus, berkerah, berlenguh-lenguh(sebab bertukar tukar posisi nak lipat CD sleeve byk byk) buat homemade CD sampai 100 copy...sebab semalam 100 copy tu habis!! sold out!!..."
Dalam CD itu terdapat lagu lagu seperti, "cinta sempurna" dan "Greek Godess. Selain itu, perempuan yang dikenali sebagai ustazah rock oleh orang ramai (kalau lah ustazah aku macam akak ni aku rasa aku khatam 10 kali ;mana ada macam ustazah macam ni, gila apa?) ni pernah keluar dalam majalah KLUE. Tapi aku rasa dia akan rasa berasa besar hati kalau dapat keluar kat blog kita ni lagi.
Menurut sumber myspace juga, pengaruh pengaruh cik Yuna ni adalah seperti, Eisley, Azure Ray, Camera Obscura dan lain lain. Tapi pendapat aku pula, kalau cik yuna ni main piano macam Regina spektor dan kalau dia main guitar lepas tu tambah solo maut memang macam Marissa Nadler.
Sekarang ni kita cerita pula pasal wanita nombor dua ni. Dia ni pula dikenali sebagai Kokokaina (bukan nama sebenar). Dengar ura ura, kakak ni akan di sign oleh Bushfire Records di Los Angeles setelah di scout oleh seorang ahli kumpulan The Racounters (band jack White baru; sub band la kira). Setelah mendengar kepada 18 video kak Kokokaina ini, editor saya membuat rumusan bahawa beliau mempunyai tone ala ala billie holiday dan beliau mempunyai potensi tinggi untuk di asah untuk menjadi benda besar sebelum kita jejak tahun 2020.
Menurut website youtube nya, beliau bukan lah seorang yang kidal seperti man kidal. Kata nya, kamera yang baru di belinya itu mempunyai sistem "mirror flip" sebab itu ada sesetengah video yang menunjukkan beliau kadang kadang main tangan kiri dan kadang kadang tangan kanan
Menurut kak kokokaina juga, beliau menge-strum gitar dengan melodi yang minima untuk menghidupkan momentum inspirasi.
Itu lah laporan untuk hari ini, tentang kebolehan dan keberania dua gadis muda. Kami dari blog ini merasa kan kedua dua gadis ini memang boleh bla la kira! dan kami akan terus memberi sokongan dan dokongan dari belakang.
Yuna:- http://www.myspace.com/yunaroomrecords
Kokokaina:- http://www.youtube.com/user/KokoKaina
No comments:
Post a Comment