Friday, 23 May 2008

Apa sudah jadi? Semua orang mimpi jadi kaya "CEPAT"


So siapa tahu apa dia buku best selling yang ada di MPH? aku pon tak tahu la. Ingat buku buku seperti cerita hantu singapura, The other boleyn girl ke, buku buku john grisham ke atau pun buku buku novel yang romen.

Aku saja je la tanya seorang "chicks" ni yang kerja dekat cashier MPH (sambil tu ingat nak cuba dapat no telefon ke). "so apa buku best selling dekat sini" kataku kepadanya. Dia mula la cerita buku pasal donald trump la, secret of investing la, untold million dollar unit trust secrets la, buku pasal blue chip stocks la.

Gila la. Apa dah jadi? semua orang mahu kaya cepat. Kepada pendapatan aku. Buku buku jenis inilah salah satu penyebab utama orang yang tulis buku itu kaya. Sebab pasaran dia memang niche(kicik dan berpotensi dan kurang pengsaing.

Aku bukan anti buku motivasi. Bagi aku buku motivasi ala ala biographi adalah sejenis bahan yang menyuruh dan membuat sesorang itu kurang adventourous. Iyelah. aku rasa kalau nak jadi orang yang bertip-top kelas nya macam Abang Mawi (maaf la sebab bagi aku mawi ni agak atau memang world lah) kita sorang tu, kena la ada sebuah mentaliti "LENJAN JE BEB". Baru la kita boleh belajar dari kesilapan dan kebaikan yang patut di ambil dan atau di basuh supaya jasad dan kepala kita makin berkilau.

Jangan la pula kau sangka kan intan itu intan walhal benda itu hanya lah kaca- requote abang mawi

Iye, kalau nak kaya bagi aku kena ada mentaliti lenjan. Sebagai contoh, ENCIK WARREN BUFFET (bukan WarrenG) ni memang bermentaliti lenjan. Apa yang dia buat? dia kaji stok stok yang nilai nya rendah darpada yang sepatutnya. Nak kaji benda benda ni bukan senang, kalau macam kira guna
Capital Asset Pricing Model (CAPM) memang senang lah. Tapi banyak la konsep konsep keewangan yang mamat ni guna, campur ni tambah tu, Pi J kuasa duakan nombor nombor tu pastu kali 10. Memang dia ni legend lah. Tapi ini bukan tulis untuk korang gi bukak wikipedia pastu carik macam mana mamat ni buat. Sebab dunia keewangan zaman sekarang ini memang lah sangat efisyen. Kiranya kalau Macam Pak Ali bukak kedai baru dekat Taman Baiduri, satu dunia tahu lah (bukan dunia di taman baiduri tetapi seluruh dunia). Kiranya, benda yang dibuat oleh encik warren ini sudah lapuk lah. Sama juga dengan investor investor lain, semua mesti ada strategi yang lain. Kalau sama, memang tak maju lah industri yang penuh dengan lorong lorong yang gelap dan masih boleh di korek dan buat satu jalan ke kayaaan. Tapi memang baca buku buku ini tak bagus oleh sebab theori ke-ewangan itu sendiri iaitu "theori: Efficent market hypothesis"

Sebagai seorang penulis, mentaliti dia satu sahaja. Benda yang dia tulis mesti boleh bla. Tak kira la tulis pasal stok ke, share ke, saham ke, insuran ke, mutual fund ke apa apa ke yang berkait dengan duit, benda benda itu memang lah tak boleh bla. Sama la jugak dengan benda benda seperti kredik kad. Kat Malaysia ni je dah berapa banyak orang dah bankrap (lain lah kalau ada third party yang bayar kan cth: ibu dan bapa) disebab kan oleh kredit kad. Kenapa?

1. Senang nak dapat

2. Tak paham konsep

3. tak tahu apa rate cagaran dia. kalau yang jual kat kredit itu cakap selalu kadar yang kalau korang sempat bayar on taim.

4. kadar cagaran yang bukan on taim tak tahu berapa % =gila aku tanya hari tu ada yang nak cecah 20%. GILA APA. KALAU GUNA KREDIT KAD TAK KAN NAK BELI AYAM SEKOR. Mesti makan kat kedai kedai mewah macam kat starbucks, dome, kat nouvo, movement (best siot last nite..kata ladies nite ennn) dan bermacam macam lagi kedai yang ada dekat pavillion. Kira kira kalau 100 kau guna, ko baya 20 inggit lagi. Itu belom masuk charge charge transaction lagi. uih gila bai. bukan kepala je botak, boboi kau pon boleh botak geng.


"Bukan la aku nak ajar cara cara guna kredit kad supaya korang boleh joli sakan lagi. Memang tak payah amik la kira. Itu memang kad masuk kubur beb "


Apa apa pon, jangan main dengan duit. Duit diguna kan untuk di guna kan untuk beli beras, ikan, daging dan tempe. Bukan suruh tak beli sayur. Kalau boleh tanam la sayur tu. Kat blog ni pon dah ajar macam mana nak tanam sayur.

APA APA PON BUKU BUKU MOTIVASI DAN BUKU MONEY MANAGEMENT MEMANG TAK BOLEH BLA PASAL TELALU TEPU DAN TIDAK MENCABAR MINDA ANDA. Memang style marketing ikut cover buku dan tajuk tajuk yang menggunakan nama seperti Trump, Boderick, Google, Kiyosaki (pakar motivasi ala ala Dr Fadzilah Kamsah) Gates dan Lingam (bunyi macam saya, nampak macam saya, tapi bukan saya). Apa pendapat anda? Boleh bla ke buku buku macam ni?

Jack "penjual insuran yang tak kencing orang punya line. Kalau nak roger la saya. Harga baik punya" Lingam

1 comment:

Ayman Aiseyman said...

this book is the devil

Dari mana?

Analytics