Saturday, 17 May 2008

Selamat pagi! (tempat aku pagi bai)

Aku semenjak kebelakangan ni banyak gak ah study. Time exam sekarang ni. Next paper aku minggu depan. Aku study ilmu sains bumi dan alam semesta (alam semesta tu sikit je aku belaja). Tapi sejak aku belajar lebih sikit untuk exam, aku nampak macam mana banyak jugak benda benda pasal bumi ni yang kita tak tahu. Jadi aku pun ingat nak share dengan rakan rakan ah apa yang cikgu cikgu aku cerita kat aku.

Fakta 1 - Geomagnetic reversals

Geomagnetic reversals ni, dalam bahasa melayu kalau nak translate senang cakap magnet bumi ni terbalik ah. Kira akalu sekarang ni, kompas cakap utara arah menuju ke kutub utara dan selatan menuju ke arah kutub selatan, kasi lagi beberapa ribu tahun, nanti utara tu akan menuju arah kutub selatan dan selatan akan menuju arah kutub utara!

Apa???? Bumi dah terbalik???? Tidak tidak, bumi tetap dalam posisi sama, cuma pergerakkan arah current magnetic bumi sahaja yang berubah. Rakan rakan mungkin akan bertanya, betulkah benda ini berlaku? Para saintis telah pun menjumpai batu batu dan mineral mineral seperti magnetite sejak dari tahun 1920an lagi yang menunjukakan arah magnetic bumi terbalik. Apabila batu batu tengah dalam process untuk menjadi batu, ia akan menyimpan segala informasi alam sekililing sewaktu ia terbentuk contohnya seperti :

1 - Kadar Oksigen
2- Kadar Karbon Dioksida
3 - Arah magnetic bumi

Jadi, apabila batu itu terbentuk, batu itu macam video tape ah kira, ada informasi macam macam. Jadi bila orang tengok balik la kan, batu batu ni, apahal batu yang ni tunjuk arah sana lepas tu batu ni tunjuk arah lain pulak? sebab batu tu terbentuk timing lain ah.

Sekarang ni dorang cakap apahal benda ni berlaku (takde jawapan betul lagi, cume theory je, theory tidak bermaksud fakta) sebab kerak bumi kat bawah tu, die pusing lagi laju dari bumi pusing dan sebab kerak bumi ni berpusing laju sebab tu ada current flow dan arah kutub utara ngan selatan. Tak ingat? Pegi bukak buku geografi kau masa tingkatan 3 tu. Aku nyesal gi ponteg class kalau tak aku tau banyak lagi benda.

So sebab si kerak bumi ni dah over sangat laju dia, die jadi kabut terpusing arah, pastu die stop kejap. Masa stop ni sekejap je. tak sampai 1 jam pun. Lepas tu die gerak balik tapi arah lain pulak, so sekarang arah aliran current dah berubah, semua jadi tunggang terbalik. Aku tatau ah bumi jadi cam terbalik cam kuda naik orang ke apa tapi aku terbalik ah. handphone apa semua susah nak pakai jadi kalau dah habis credit tu, boleh ah tunggu kasi kerak bumi gerak balik baru gi beli credit. Satellite agak kabut ah sebab dorang takleh nak reposition diri dorang jadi astro pun payah gak ah nak tengok. Takde signal kot. Kalau ah kat hartamas square masa Man u champions league final ni benda ni berlaku, takde signal, sure kelaka.

Tapi jangan bimbang rakan rakan, semua ni recovery die sekejap je. Economy takkan runtuh, kerja masih ada, beras akan tetap tumbuh mamak tetap akan bukak. Dorang buat simulasi guna computer ah, nak kasi predict pattern cam bila next nak berlaku, cikgu cikgu aku cakap apa ko tau? Ni dah patu tberlaku dah ni, sebab kita dah terkeluar dari pattern. Jadi mungkin hari ni atau esok atau lusa, kita akan terbalik bersama!

ok lah geng,
aku nak continue study ni, exam ni kalau aku sangkut tak kene siku ngan bapak aku pulak. aku harap korang dapat manfaatkan ilmu yang aku passing tu, bukan apa, member aku sorang ada cakap dulu, kita duduk kat bumi ni, kite buat macam bumi ni kita punya, dosa dah banyak dah buat, paling kurang jagalah bumi ni, Al - Quran pun cakap kita kene jaga bumi ni. So paling kurang kalau dah takleh jaga tu, belajar la serba sedikit pasal bumi ataupun "rumah" kita ni.

Selamat!!
Yang benar

Shafi'e Hamdan

No comments:

Dari mana?

Analytics