Saturday, 24 May 2008

Perhatian: Antara Filem Terbaik Dalam Dunia



Klip di atas adalah antara filem yang terbaik aku pernah tengok, selama aku hidup dalam dunia ni. Filem ini bertajuk "The Diving Bell and the Butterfly", arahan Julian Schnabel. Pelakon utama filem ini tak bukan, pelakon top Perancis (Filem ini filem Perancis) Mathieu Amalric.

Filem ini berasal dari sebuah novel yang sama tajuk dengan filem ni. Secara ringkasnya, citer ni mengisahkan tentang seorang mamat bernama Jean- Dominique Bauby. Mamat ni kira tengah top dalam kareernya seorang editor majalah Elle, ada cahaya mata yang sempurna, ada banyak peminat, kira macam top boyz la gak. Tapi satu hari bai, satu hari.pergh, dia tetiba kena strok ( angin ahmar ), dan malang tak berbau, dier dapat satu sindrom bernama "locked-in sindrom", satu penyakit yang di mana , badan ko menjadi penjara, ko takleh gerak langsung. Encik Bauby hanya boleh bergerak biji matanya selepas bangun dari koma.

Disebabkan sifatnya yang tidak mahu putus asa dengan hidup, walaupun tidak dapat gerak, ( ada jugak babak- babak awal yang di nak 'lose hope', mana tak bai, dulu ko top boyz, skarang ko koma ) dia , dibantu oleh para jururawat, mengguna satu teknik yang bolehkan dia berkomunikasi, ngan biji mata dia je. Cam pembantu tu akan sahut abjad abjad, dan dia akan kelip mata dia kalau nak bina ayat. Pergh, struggle bai. Selepas dia smooth dapat berkomunikasi, lalu dia tulis novel, guna teknik kelip mata tu, dan menceritakan keadaannya, sebagai seorang yang terkunci di dalam badannya sendiri. Sumpah bai, korang kena tengok. Aku nangis gila tengok citer ni. Keluar panggung mata benggak bai. 

Buku ni diterbitkan pada tahun 1997, dan laris dijual sebanyak 150 000 buah dalam minggu pertama je. Encik Bauby menjelaskan pada para pembaca yang apabila badan ko terkunci, minda dan imaginasi ko lagi liar, dan ko dapat pergi ke mana sahaja dengan khayalan. Masa dia cakap tu, bai, nangis lagi. Aku rasa bersyukur dan tidak mahu mengomplain pasal benda benda remeh- temeh, sebab orang macam Encik Bauby ni, yang dah lumpuh pun, dapat mencari benda yang mencuit hati dia. ( Aku tulis ni pun dah sedih )

Encik Bauby meninggal dunia selepas 10 hari buku ini diterbitkan, akibat pneumonia. Sigh, kita kena baca buku- buku cam ni kadang- kadang, dan fikirkan benda- benda yang penting dalam hidup, jangan fikir nak skim cepat kaya je, fikir nak main ngan chikaro lain setiap minggu, fikir nak shopping kasut je. 

Aku ada buku dia. Bila aku down je, aku baca, aku rasa hidup semula. Aku harap ko cari buku ni, atau tengok filem ni. Aku janji kat ko, dia akan bagi impak dalam hidup ko.

Yang benar, (wow serious ko Dan)
Kwaidan Tarmizi.

Nota sampingan: Aku nak korang beri tepukan gemuruh kepada penulis baru kita, yang aku recruit, Ramli Ballada. Aku syorkan ko, dia ni ada info2 baek punya. Salam.

2 comments:

Ayman Aiseyman said...

haha...kwaidan nangis...haha

tapi bestla panggung wayang kampung hang...gambaq yang depa tayang seronok betui lah

stenote said...

Filem yang menarik... Boleh saya berbagi wawancara dengan Akira Kurosawa (imajiner) di http://stenote-berkata.blogspot.com/2018/04/wawancara-dengan-akira.html

Dari mana?

Analytics