Friday, 16 May 2008

Mana nak pegi cuti hari wesak?

Pelantar minyak yang baru di fabricate di Kilang Sime Darby


Suasana malam di MMHE




Siapa tahu hari wesak hari apa? sudah tentu bukan hari tashrik. Hari wesak adalah hari kelahiran Gautama Buddha yang jatuh pada hari isnin. Siapa buddha ni? seorang anak raja yang tak tahan jadi anak raja. Dia ingin tahu lagi tentang ilmu alam. Justeru itu beliau mengembara sehingga menjadi seorang guru falsafah yang boleh bla!! (terbaik)

Hari wesak jatuh pada hari isnin ini. Jadi seluruh malaysia akan bercuti selama 3 hari. Segelintir kaum pekerja telah mengambil cuti pada hari jumaat untuk dapat kan cuti 4 hari. Tetapi mana harus kita pergi?

Bagi saya tempat atau pun port yang terbaik adalah Pasir Gudang, Johor. Bagi sesiapa yang tidak pernah ke Pasir Gudang mesti akan memikir kan pekara yang bukan bukan. Bagi aku Pasir Gudang adalah tempat yang agak epik di Malaysia ini. Setelah sampai di Masai, berhampiran dengan Johor, terdapat beberapa gerai gerai makan. Terdapat satu tempat berhampiran dengan kilang membuat Kontena Evergreen (kontena paling murah di market sekarang). Kedai itu ada lah seperti sebuah "square" dimana semua dapur dapur berada di hadapan dan kita harus masuk dari pintu belakang. Kawasan yang mempunyai lebih kurang 30 kedai. Kebanyakan kedai kedai telah terbengkalai. Terdapat beberapa kedai makan yang agak enak. Di sana aku rekemen kedai makan Hussin. Terdapat seorang mak cik yang jual nasik Ayam terbaik. Satu pinggan kira kira RM 4 Ringgit. Air fresh oren dalam RM 1.90. Yang unik nya Pasir Gudang ni, bila turun saja dari kereta, aroma dan bau telah berubah. Dari bau perfume air cond kereta kepada bau kelapa sawit. Lain rasa nya.

Apa yang ada di pasir gudang? Pasir gudang adalah pusat perindustrian. Para sesiapa yang tak pernah tengok kilang kilang besar di alu alu kan ke Pasir Gudang. Sewaktu aku di situ, aku sempat singgah ke Kilang Sime Darby. Sewaktu itu aku dapat melihat bagaimana pelantar minyak dibina. Bagi aku itu lah arty!. Pada Masa itu terdapat 3 biji pelantar yang sedang di bina. Memang menarik. Sinaran sinarang mesin welding itu memang nampak nya bagai kan mercun yang dimain pada siang hari. Aku rasa kalau waktu malam mesti macam kita nak sambut merdeka.

Selain dari kilang Sime Darby, aku juga singgah ke kilang buat kapal. Nama kompani kilang itu adalah Malaysian Marine and Heavy Engineering atau lebih dikenali sebagai MMHE dikalangan inginiur inginiur malaysia. Kilang Itu adalah 10 kali ganda besar nya daripada kilang Sime Darby.
Aku jadi jakun bagai kan seorang budak yang first time tengok cerita Toron (blue). Masa tu terdapat sekurang kurangnya 15 bijik kapal Tanker (kapal angkut minyak) ada jugak tanker yang buat petrol atas kapal. Memang "stupefiant" (bliss).

Johor Bahru juga tak lah jauh sangat. Agak agak dalam 40 minit dari Bandar Johor Bahru. Kalau nak makan best dekat Johor Bahru singgah la ke Pantai Lido. Kena makan murtabak. Kalau murtabak Special Special adala dalam 9 ringgit. Lepas tu kena makan kerang masak sambal dengan kupang masak halia. Aku rekemen tak yah makan nasik. Sebab lepas tu boleh kena Mee Rebus. Pemandangan dari gerai merebus itu memang lah epic. Dapat nampak tambak johor. Siapa lah yang biol buat tambak johor tu ye.? aku pon tak tau.

Kalau nak tido pulak memang banyak hotel di Johor Bahru. Yang murah murah punya pon ada di Masai (dekat dengan Pasir Gudang). Nama hotel yang aku tido hari tu T.S hotel. Kalau korang tak boleh tahan bau minyak Tencho aku rekemen supaya tido kat hotel lain lah. Hotel TS ni agak murah juga. 60 Ringgit satu malam. Sebelah hotel ada kedai massage. Siap ada secret passage dari hotel.

Kalau korang tinggal 2 hari satu malam, hari esok nya boleh ke Restoran Rahmat. Tanya sahaja orang di Pasir gudang mana dia restoran rahmat. Mesti diorang tahu. Di sana specialnya ikan siakap deep fried sama udang bakar letak butter. Memang kalau hari jumaat tengah hari makan, memang tak pergilah semayang Jumaat. Mesti buat port semayang dekat tepi laut bawah pokok dekat dengan TNB power station.

Kepada Sahabat yang beragama buddha, Kami TOP BOYZ mengucap kan selamat hari wesak.

yang benar,

Jack Lingam

3 comments:

'nyau said...

Sorry ya... bukan Kilang Sime Darby tapi Sime Engineering anak syarikat Sime Darby. First hand experience tengok diaorang start fabrication tahun lepas (2007) sbb construction barge Lewek Chancellor (tempat saya keje masa tu berlabuh tepi fabrication yard) :)

jack lingam said...

cunz.. pasal dulu aku ingat nama dia sime sembawang.. anywayzz time kasihah brader

tunbegia said...

ahaha, sime sembawang yard nih, memang nostalgia sbb haku pernah keje kat sini wehh,

salamm,

Dari mana?

Analytics