Wednesday, 28 May 2008

Lime's Photography: Sebuah gambar scandal


Buku maut ini khas untuk para penangkap gambar maut yang suka ambil gambar dan membaca buku sementara menunggu matahari naik atau turun. Aku nak cite sikit pasal mamat yang tulis buku ni. Nama dia Leif Davidsen dan kalau ada nama "sen sen" ni selalu nya orang "Scan-d". Mamat ni asal nye dari denmark pastu di lahir kan di atas sebuah pulau yang nama nya "Pulau Fionie" kat scan-d ni memang banyak pulau. Archiepelago Jawa lagi banyak pulau pulau nya seperti pulau komodo dan lain lain pulau pulau yang lawa lawa. Selain itu, mamat ni pernah menjadi seorang koresponden di Mosko, Russia dan pernah menjadi seorang reporter seperti encik Karam Singh Walia di Radio Denmark.

Meh sini aku cite plak pasal buku mamat ni. Cerita nya di setting kan di sebuah bandar Kecil di utara Milan Lago de Como. Tempat tu memang lawa beb. Kalau kau berani naik basikal dari Como ke Menaggio lepas tu naik feri dari Menaggio ke Bellagio dan pastu ko balik ke Como. Cuba test tengok, sama ada lutut lu ada macam nak kene simen atau tak. Selepas 7 jam berbasikal, lutut abang jack rasa macam nak kena konkrit. Tapi lepas kena air tapai memang tidur baik punya lah.

Anyways, buku ini mengisah kan sebuah jejaka yang professi nya menangkap gambar gambar yang maut. Kira nya buku ni agak thrill la jugak, tapi takde la macam baca buku buku yang membuat saluran darah semakin sharp. Sebagai contoh, buku buku cerita toron. Oh ya, pastu, pada suatu hari mamat ni tengah buat satu report pasal seorang yang korap (macam lingam lah; nampak macam saya, bunyi macam saya, tapi bukan saya) dekat itali. Dia follow lah si mamat ni yang tengah bersantai dengan awek awek scandal dia di tengah tengah lago de Como. Ada la juga beberapa mamat lain yang korap juga ada kat atas tongkang mahal tu.

Ada satu scene ( takmau cite) , lepas tu mamat si Lime ni tangkap arr gambar scene tu, lepas tu bawak kluar paper kat italy. Bermula lah satu adventure yang agak syiok kalau nak di baca. Selain itu encik lime ni baru sahaja berputus hubungan dengan bini dia dan dia pulak ada anak. Bermula lah satu aksi tikus dan kucing yang lebih kronik pasal si tikus tu ada midlife krisis.

Buku ini memang boleh bla kepada sesiapa yang suka tangkap gambar dan sesiapa yang suka merantau di dunia eropah pasal mamat ni dia suka lari dari satu bandar ke satu bandar. Bkan cam cite bourne identiti. Buku ni lagi KAW KAW LEY YA dan BBLK!!!!

Scan-d = umat yang tinggal di negara negara Norway, Sweden dan Denmark. Kadang kadang Iceland dan Finland di masuk kan oleh sebab adat adat yang ada talian dengan Norway Sweden dan Denmark

BBLK = Boleh bla la kira

No comments:

Dari mana?

Analytics