Monday, 26 May 2008

La haine: kisah sebenar mengenai Perancis

Vincent Cassel yang tengah mengigit bibir bukan sebab tengok gambar Zarina ann julie
So. Apa pendapat kamu tentang perancis?

Uih bandar tu romantik. bahasa sexy. Lawa. Facade facade dia memang classic. Very napoleon. Makan sedap, orang lawa. Bersih. Tempat nak shopping best. Makan kek sedap. Minum kopi cawan kecik. Metro. Fesyen dan macam macam lagi benda yang telah di stereotype kan oleh manusia terhadap negara yang tak boleh pakai ni. Mungkin itu Paris. Dimana orangorang kaya tinggal. Yang tak kaya duduk mana? Yang tak banyak duit di campak kan ke dalam Banlieue (pinggir bandar) di mana kebanyakan terdiri dari golongan penyapu sampah jalanan, kerja kerja di bar buat kopi, maintain metro, buat bangunan, buat roti, kek dan macam macam lagi. Kawasan yang dikelilingi polis seperti pusat tahanan zaman perang.

Filem yang aku nak cerita ini bertajuk La haine. Mengisah kan 3 sahabat. Vinz, Hubert dan Said. Ketiga tiga mereka berasal dari kaum yang berbeza iaitu, yahudi, yang berkulit hitam dan Said seorang arab. Tetapi bagi mereka, mereka Orang perancis. Mentaliti sebegini telah menyatukan mereka. Tak kira bangsa, warna kulit, jumlah bulu facial dan kepanjangan hidung. Mengapa sedekimian? ini lah dilemma manusia dimana susah sama sama. senang sendiri sendiri.

Walau bagaimana pun, filem ini mengisah kan kehidupan di Banlieue tersebut selepas terjadinya rusuhan besar besaran dimana seorang rakan tiga rakan ini telah koma (Abdul Ichaha/Abdul Ishak). Kebencian terhadap polis telah menjadi semakin meningkat. Selain itu, salah seorang daripada mereka telah menemui/mencilok sebuah pistol. Oleh disebab kan kebencian, Vinz berniat untuk menembak seorang polis jika Abdul tidak bangun dari koma. Walau bagaimana pun, rakan rakan nya tidak bersetuju dengan sikap degil si vinz itu.

Ini dia kita boleh kata kan sebuah cerita pasal rempit di Perancis. Kalau nak pikir kan kat mana mana pon ada rempit. Di Scotland ada NEDs (non educated diliquent), di London ada CHAV (council house and violence) di Perancis ada "Mec Mec et Pelo" (mamat mamat dan negro) macam ni. Kat mana mana saja ada subkultur macam ni. Setiap orang ada macam macam ragam nya, tapi kalau dah ada banyak sangat perangai yang sama itu yang orang tak syiok tu sebab rasa tergugat kot. Tapi nak wat gano? ini semua dilema masyarakat sekampung.

Apa apa pon kalau rakyat malaysia betul betul nak jadi malaysia tengok la filem ni. Sebab banyak pengajaran pengajaran sosial yang boleh di belajar. Sama ada yang baik dan buruk, kamu pilih sahaja. Sebab filem ini ada 3 pandangan yang bebeza dari 3 kawan kawan yang dibesar kan dengan cara yang berbeza (dari segi budaya, agama dan peranan ibu bapa mereka) walaupun mereka ini orang perancis.

Apa apa pun filem ini memang boleh bla la kira!!!

harap anda dapat lah klik link link yang di beri

Jack "pernah merempat di lokap di perancis" lingam

3 comments:

Anonymous said...

Aku dah tgk citer ni. awesome la!

Jack Lingam said...

tau takpe! kat sini memang tempat benda benda boleh bla la kira. you know how we roll

Ayman Aiseyman said...

shot-shot dalam cerita ni memang stail.

Dari mana?

Analytics