Friday 30 May 2008

MALAYSIAN CAN!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA. ye,gua tau lu boleh!.tapi gua bukan nak citer pasal generasi lu.generasi lu tak boleh pakai. Ini gua nak citer pasal zaman 70'an dulu.Citer pasal muzik 70an dan sorang aney(brade india) yang rock.

Ye gua tau lu orang ada dengar lagu lagu 70an dari barat kat Loft Jumaat malam.Kalau lu orang tak dengar kat situ,paling busuk pun lu orang ada la dengar lagu Deep Purple kat radio.
Sekarang lu orang dengar lagu 70an kat 'benda-benda boleh bla la kira' plak.

Inilah 'Can' dari Germany.band yang memainkan lagu-lagu "Krautrock". sejenis rock eksperimental yang lahir di Germany dulu. Gua memang rasa unsur muzik band ni tampak dalam band band yang gempak sekarang dan tahun 90an.malah mungkin masih lagi advance dari kebanyakan band sekarang.Tak salah aku radiohead pun ada cover lagu diorang,tajuk 'Thieves'.



Video yang lu baru tengok tu lah Can waktu tahun 71.Waktu ni penyanyi dia nama Damo Suzuki,dari Jepun.Can ni banyak tukar vokalis.Sebelum Damo Suzuki,Malcolm Mooney yang bernyanyi-nyanyi.Lepas diorang dua ni,ada ramai lagi vokalis yang keluar masuk.Salah sorang yang menyanyi tuk Can ialah Thaiga Raj Raja Ratnam,seorang ane dari Malaysia.itu pasal la wa cakap 'Malaysian Can' kat tajuk artikel ni,bukan sebab nak bangkitkan semangat nasionalis lu orang.

Sayang,Thaiga Raj Raja Ratnam menyumbang suara dia hanya untuk 3 gig Can.Cuma satu dari persembahan tu dirakam.Kalau lu orang jumpa,KONGSI LAAAAAAAAAAAAAAA.

tak taula pe citer sekarang.Kalau lu ada terjumpa Thaiga ni,kot kot dia tgh minum todi ke kat brickfields,KASITAU LAAAAAAAAAAAAAA kitorang.


Temu bual dengan producer "the value of my sanity"

Pe cite mat? aku kurang sihat ah, tapi bila dah telan amoxycillin 2 bijik makin ok. maklum lah kat kolumpo ni sekarang ni semakin berasap.

Anyways, aku nak cite sikit pasal sesi interview yang terbaru aku ada buat. Itu hari, ada lah aku tengok sebuah "teaser" sebuah filem pendek di tanah air. Nama filem tu " the value of my sanity" atau dalam bahasa melayu "nilai kewarasan diri ku". Tengok punya tengok, aku pon terpegun lah jugak dari segi sinematografi filem tu. Kira nya bukan tipikal lah kira. Lepas tu aku pon e-mail lah kat syarikat yang bikin filem ni. Nama syarikat tu "Goats films". Tunggu punya tunggu, dia punya producer (Zachary Ong) dia reply. Ini dia benda benda yang dia jawab....

1. Filem ini pasal apa?
The Value of My Sanity is a 30 mins independent short film that tells a story about a man who falls into cracks of life and how he came to realize the value of his sanity in a witty, hilarious encounter with a stranger.

2. Siapa team dalam pembikinan?
The team consists of mainly the core members of Goat Films; Zachary Ong (producer), Idzwan Junaidi (director), Shahriman Latif (writer), Razif Nasruddin (Art Director), and Wan Chun Hung (director of photography). You can find us in Facebook group here:

http://www.facebook.com/group.php?gid=8974884289


3. Dari mana dapat inspirasi?
Our passion and inspiration came solely from wanting to do a film that is far superior than any films we have seen locally and internationally. We're not boastful, but it's an awesome challenge that we like to throw ourselves at and to break that invisible barrier. At the same time, we also wanted to tell an honest story that everyone can relate to, while injecting some fun and wackiness. Life is not fun when it is taken too seriously. :)

4. Apa masa depan atau next project?
We are grateful that the feedback we received so far has been phenomenal. We are in the midst of preparing our next few projects which (may) include music videos and of course, more films. We are committed to bring a completely new style to break new barriers that has never been seen before.

5. Apa pendapat anda tentang industri filem di Malaysia? "boleh bla atau tidak?
"The local film industry is really successful in certain areas and may be lacking in some. Regardless, our interest is not to compete, change, nor improve the local film industry. We just want to do superior work. Whether or not the local film industry 'boleh bla atau tidak,' we shall wait and see. :)

itu dia 5 soalan pendek yang aku tanya kat syarikat ni, kalau tak silap aku filem pendek ni akan di siar kan pada bulan ogos nanti. Selain tu banyak artis artis bawah tanah malaysia yang bikin soundtrack filem ini. antaranya, cik yuna yang kita buat report itu hari (perempuan melayu makin heavy).


"teaser no dua filem ini tekan sini"

laman filem ini

Thursday 29 May 2008

Nak biji benih dam? kat amsterdam ada jual dan kat sini ada simpan



Apa kite nak buat kalau satu dunia, padi dah tade, dah pupus? Tak pun gandum dah hilang dari dunia? Tak pun pokok betik dah hilang so korang dah takleh nak isap dam guna batang betik?

Sini lah korang pergi, Pulau Spitsbergen di Norway. Pulau ni sentiasa sejuk cam ais. Disinilah orang simpan semua jenis biji benih pokok pokok dan tumbuhan kalau ada emergency.

Pada waktu ini, dorang ada 2.25 billion biji benih untuk 268,ooo jenis tumbuhan.

Kalau nak curi biji benih ni korang memang kene jadi lagi hebat dari Ocean's 13 ah sebab korang kene lalu 4 pintu besi yang tebal dan berperisai.

Jadi kalau satu hari korang je la survivor, selepas kebakaran satu dunia dan korang nak buat dunia ni kembali hijau, pergi je la ke sini.

Terima kasih.
Shafi'e Hamdan

Wednesday 28 May 2008

Mulatu Astatke: Cikgu Muzik Harvard

Ari ni kita cite skit pasal cikgu muzik yang otai ni. Bkan otai yang bleh buat solo macam man kidal, main bass macam pacai, pun main dram macam yazid, pakai seluar cerut macam the strokes. Ini dia seorang otai yang dapat mengkompos lagu dan menulis lagu lagu yang bertema etnik. Pak ngah pon kalah bai.

Ini dia, Abang Mulatu Astatke yang berasal dari negara jiran Somalia ia itu Ethiopia. Dia ni kiranya, memang peneraju utama musik tradisional Ethiopia. Beliau ni di lahir kan pada tahun 1943 di bandarraya Ethiopia yang bernama Jimma. Lepas tu mamat ni chow london kemudian ke New york dan lepas tu menjadi student Afrika pertama yang dapat menerus kan pelajaran di Berklee College of Music, Boston. Lepas tu apa lagi, dia rojak kan bunyi bunyi jazz dan bunyi bunyi latin dengan muzik tradisional Ethiopia. Selalu nya benda benda fusion ni memang susah nak bagi boleh bla. Sebagai contoh Speghetti masak lemak cili api, Bubur kacang yang berkuah Strawberi dan macam macam lagi benda benda fusion yang telah di reka.

Pendek kata, mamat ni memang seorang yang berpengaruh di dalam dunia Jazz ini. Kiranya dan pendek kata, kenny G pon tak se -influential dengan mamat yang penuh kreatif dan low profile di arena muzik walaupun sudah banyak bahan bahan telinga yang telah di tulis dan di kompos oleh abang Astatke.

Laman myspace Abang Mulatu

Jack "yeay dapat gaji" Lingam

Lime's Photography: Sebuah gambar scandal


Buku maut ini khas untuk para penangkap gambar maut yang suka ambil gambar dan membaca buku sementara menunggu matahari naik atau turun. Aku nak cite sikit pasal mamat yang tulis buku ni. Nama dia Leif Davidsen dan kalau ada nama "sen sen" ni selalu nya orang "Scan-d". Mamat ni asal nye dari denmark pastu di lahir kan di atas sebuah pulau yang nama nya "Pulau Fionie" kat scan-d ni memang banyak pulau. Archiepelago Jawa lagi banyak pulau pulau nya seperti pulau komodo dan lain lain pulau pulau yang lawa lawa. Selain itu, mamat ni pernah menjadi seorang koresponden di Mosko, Russia dan pernah menjadi seorang reporter seperti encik Karam Singh Walia di Radio Denmark.

Meh sini aku cite plak pasal buku mamat ni. Cerita nya di setting kan di sebuah bandar Kecil di utara Milan Lago de Como. Tempat tu memang lawa beb. Kalau kau berani naik basikal dari Como ke Menaggio lepas tu naik feri dari Menaggio ke Bellagio dan pastu ko balik ke Como. Cuba test tengok, sama ada lutut lu ada macam nak kene simen atau tak. Selepas 7 jam berbasikal, lutut abang jack rasa macam nak kena konkrit. Tapi lepas kena air tapai memang tidur baik punya lah.

Anyways, buku ini mengisah kan sebuah jejaka yang professi nya menangkap gambar gambar yang maut. Kira nya buku ni agak thrill la jugak, tapi takde la macam baca buku buku yang membuat saluran darah semakin sharp. Sebagai contoh, buku buku cerita toron. Oh ya, pastu, pada suatu hari mamat ni tengah buat satu report pasal seorang yang korap (macam lingam lah; nampak macam saya, bunyi macam saya, tapi bukan saya) dekat itali. Dia follow lah si mamat ni yang tengah bersantai dengan awek awek scandal dia di tengah tengah lago de Como. Ada la juga beberapa mamat lain yang korap juga ada kat atas tongkang mahal tu.

Ada satu scene ( takmau cite) , lepas tu mamat si Lime ni tangkap arr gambar scene tu, lepas tu bawak kluar paper kat italy. Bermula lah satu adventure yang agak syiok kalau nak di baca. Selain itu encik lime ni baru sahaja berputus hubungan dengan bini dia dan dia pulak ada anak. Bermula lah satu aksi tikus dan kucing yang lebih kronik pasal si tikus tu ada midlife krisis.

Buku ini memang boleh bla kepada sesiapa yang suka tangkap gambar dan sesiapa yang suka merantau di dunia eropah pasal mamat ni dia suka lari dari satu bandar ke satu bandar. Bkan cam cite bourne identiti. Buku ni lagi KAW KAW LEY YA dan BBLK!!!!

Scan-d = umat yang tinggal di negara negara Norway, Sweden dan Denmark. Kadang kadang Iceland dan Finland di masuk kan oleh sebab adat adat yang ada talian dengan Norway Sweden dan Denmark

BBLK = Boleh bla la kira

Bahasa Pasar 101: TST

TST= Tahu sama tahu

Contoh: "Bai, seronok tengok pengantin baru bermesra, ko rasa apa jadi malam tu ah?"
            "Bai, ko ni. macam kena terangkan pulak apa diorang buat malam pertama, TST ah bodoo"

Sekian,
Kwaidan 'nak kawin' Tarmizi

Kerusi Untuk Dok Minum Kopi: Pergh!




Kepada rumah- rumah yang ada halaman luas tu, aku nak bagitahu korang satu kerusi yang memang sharp bai, untuk letak kat luar rumah tu, kat 'gazebo' ke, kalau rumah ko besar la . Bayangkan bai, hujan renyai turun skiet, ada kerusi ni, kena kopi jantan sebelah teman istimewa ko. Bai, TST ah apa jadi lepas tu kan *kelip kelip mata*. Tapi kalau orang yang dah settle down tu, boleh la ko chillek ngan anak ko, cakap pasal skolah dia dan sebagainya.

Kerusi luar biasa ini adalah rekaan Matthias Plessnig dan ia diperbuat daripada oak yang telah di stim dan bengkokkan untuk mendapatkan bentuk organik dan 'fluid' bak kata orang putih. Amacam, nak beli ke nak suruh kontraktor Ah Leong tiru? Ko buat keputusan sendiri.

Memang boleh bla dan yang benar,
Khatijah Jantan ( takdelah, ni KT )

Tuesday 27 May 2008

David Field: Pakar Fotografi



Seorang pakar fotografi dari New York, David Field mengambil gambar- gambar berdasarkan konsep dan komposisi untuk menghasilkan imej yang luar dari alam nyata. Mamat berbakat ni juga menggunakan teknik- teknik photoshop untuk kerjanya. Pergh, dengar cerita satu gambar dari si David ni boleh memakan masa berbulan- bulan untuk siap. 

Untuk ikhtiar dia bai, dia memang boleh bla!

Yang tengah chillek ngan Shaf (ko tahu ah kan siapa)
Kwaidan 'sasau bai' Tarmizi
Shafi'e 'aku masak daging stik power' Hamdan

Tim Burton main sorok sorok plak dalam gelap

Siapa tak kenal Tim Burton.Sekarang memang la ramai kenal Tim Burton.Tapi dulu mana ada sape heran dengan dia.
Lu orang nak tengok filem pendek dia bikin yang mendefinisikan karier dia?

Perkenalkan,Vincent.
Vincent filem pendek yang Brade Burton buat zaman A.R. badul dulu.tahun 1982.
Member dia kat Disney productions dulu caya sangat kat dia hinggakan hulur duit 60 000USD untuk dia buat Vincent ni.Ya,inilah dia filem pendek yang mahai gila gua citer kat lu itu hari.60 000 USD untuk buat filem pendek. "LOST BAI!"
lost bai lost bai lost.sapela jerit lost bai tu.enrique iglesias kot.takpun kwaidan.let the rythm take u over kwaidan.
Tapi memang BANYAK GILA LA 60 000 TU!!!!masyuuuuuuuuuuuk
Dengan kejayaan Vincent ni la karier Brade burton mula meloncat loncat.



Saja nak bawak bual
Dalam Vincent,Burton mengungkap sajak Edgar Allen Poe 'The Raven' yang pada gua adalah pasal sorang mamat ni yang mengambil nikmat daripada kesedihan dan kegelapan.Seingat gua,cerita dalam the Raven ni macam ni,ada sorang mamat ni bini dia mampos kemudian dia duduk kat satu tempat ni kemudian ada burung datang kemudian burung ni pandai cakap tapi burung ni pandai kata 'nevermore'(takkan lagi) je.kemudian mamat ni tak habis-habis tanya pasal kebahagiaan dan masa depan dia kemudian memang burung tu cakap nevermore je lah(apa bodo sangat mamat ni) kemudian mamat tu sedih dan makin sedih dan kemudian sedih gila babi.kenapa dia tak berhenti tanya bila dia dah tahu burung tu mesti jawab nevermore?..dia mat emo kot...Serupa cam Tim Burton??


Memang seorang pencerita atau auteur yang power,akan tetapi,berdasarkan Vincent ni,gua rasa Tim Burton hanya inginkan stail je..gua tak tau la plak kalau dia ni mat ceria ke apa,tapi gua rasa dia hanya berlagak-lagak je sedih dan gelap.mungkin tak langsung relevan dengan diri dia?
Gua percaya dengan menyampaikan cerita dengan persona atau naratif yang berbeza dari diri sendiri.tapi kalau poser tu lain citer.

Itu Pendapat Gua!!!
Apa?lu tak setuju?lu suka Tim Burton?lu rasa dia boleh bla?
Kalau lu tak puas hati,bak datang la pendapat lu kat kotak komen bawah ni!!!!!!!!!!!!!!!!

Monday 26 May 2008

Kamus Paling Best di alam ini

ya. ini dia sebuah website yang terbaik dari segi pembelajaran bahasa orang putih. Kadang kadang kalau baca kamus pun kita tak paham apa maksud pekara yang hendak di terang kan. Kadang kadang kena rujuk balik kepada muka surat yang di belakang mahupun di hadapan. Jadi untuk kemudahan semua pihak, saya persembah kan sebuah sebuah kamus online bahasa orang putih yang bagus untuk semua pihak yang suka tengok tv atau yang mendengar lagu.

Urbandictionary

sebagai contoh, kita cari maksud "chauvinist/chauvinis" kita tgk apa maksud yang dia bagi. Salah satunya adalah seperti yang berikut:-

A word used by women constantly who don't even know what it means
Girl:Hey you stupid dumbass
Me: what, why'd you call me that?
Girl:Oh my god you're such a chauvinist
Me:Define chauvinist
Girl:uuuhh
Me: that's right
Girl: Ugh...you're such a chauvinist

Secara Ironi nya, benda benda yang di atas ada lah salah satu contoh yang terbaik untuk pentafsiran maksud chauvinis

itu adalah hanya salah satu daripada 3 maksud chauvinis yang terdapat di urbandictionary. Boleh katakan yang website ni memang boleh bla la kira kalau korang baca buku buku heavy macam riwayat marco polo, thus spoke zarathustra dan lain lain buku yang telah di bincang kan dalam buku ini.

Jack "bukan cikgu omputih" lingam

Tokoh: Paul Arden



Apa cerita semua? Aku harap korang dapat rehat yang secukupnya pada cuti minggu. Aku standard ah, usya- usya kedai buku, tengok dvd skiet, buat penyelidikan skiet. Walau bagaimanapun, aku tak lupakan korang. Sebab aku tahu sure korang nak info yang sharp, betul tak. Ni ha, aku nak bagitahu korang pasal tokoh pada pandangan aku. Paul Arden. bukan Paul Lissek ( coach hoki Malaysia lama ) ataupun Sean Paul ( pak tam yang stengah putih tu )

Paul Arden merupakan Otai dalam industri pengiklanan. Dia ni bekas pengarah kreatif syarikat pengiklanan yang paling terkenal Saatchi and Saatchi. Beliau pun pernah menderma idea kreatif nyer ke akhbar The Independent di UK.
Mamat ni memang kritik yang besar bai, masa waktu waktu arahan dia. Dia selalu kata yang seseorang itu bagus dari idea terakhirnya. Maksud beliau, kita kena menuju ke hadapan ah, jangan asyik rasa yang apa idea yang kita pernah buat yang laris dulu, akan laris akan datang. Bertahun-tahun, dia ni bertanggungjawab dalam iklan-iklan sharp kat UK,dengan cara pemikirannya yang luar dari petak. Ko paham la kan, aku pun blogger yang tak suka bagitahu banyak sangat pasal seorang, nanti korang lemak pulak, tak nak selidik sendiri.

Pada tahun 2003, dia tengok market buku- buku 'tolong diri' semakin meningkat, lalu dia terbit satu buku bertajuk "It's Not How Good You Are, It's How Good You Want To Be". Cara dia buat buku ni pun memang lain bai, sebab selalu buku tolong diri ni semua tebal- tebal dan banyak citer, dier buat setiap muka surat, dia akan bagi satu ayat je. dan ayat- ayat dia besar dan isi ayat dia memang bernas. Bai, aku ada buku ni bai, aku cakap sama lu, aku simpan buku ni sampai anak cucu, sebab buku ni memang sharp!

Contoh satu ayat dalam buku tersebut: ( ini dalam muka surat yang awal )
"Nearly all rich and powerful people are not notably talented, educated, charming or good looking"

Amacam? baru starting dah bagi satu ayat baekknya..ooops, ada orang tegur aku dari tepi.....

"Abang Kwai, Syamsul tak paham Inggeris la, apa maksud si Paul tu?"
-Terima kasih atas kejujuran kamu Syam. Dia tulis tu pada awal muka-surat sebagai satu faktor realiti yang dia ingin luahkan kepada orang ramai. Beliau ni dah kaya, dan dia kaya dari kerja- kerja kreatif, jadi inilah dari perspektif seorang pengarah kreatif, kira dia guna cara lain la untuk tulis buku 'tolong diri' ini. Cara yang anti- buku tolong diri.

"OOH...Abang Kwai dah makan?"
-Dah, tunang abang buat sandwis ngan keju brie, ngan buah-buahan beri tadi. Dah dah, abang nak lecture ni.

Buku lagi satu adalah "Whatever You Think, Think The Opposite". Buku ni kegemaran aku gak ah. Lost bai buku ni. Buku ni ada kata- kata teladan pendek dari orang- orang terkenal dan juga kata- kata teladan dia sendiri. Aku nak kongsi korang ngan satu muka surat ni, yang buat aku terus kerja keras untuk ijazah degree aku, sampai dapat kelas pertama bai. Ko ingat Abang Kwaidan dari Alor Gajah ni bodo ke. 

A young man worked as a runner in an advertising firm. One day he said to his manager,
 'I am going to be a drummer'.
But the manager said, 'I didn't know you play the drums'
He replied, 'I don't, but I'm going to'
A few years later that young man played in a band with Eric Clapton and Jack Bruce, and it was called Cream, and the young man's name is Ginger Baker.
He became what he wanted to become before he knew he could do it
He had a goal.

Bai...kalau ko tak tahu Bahasa Inggeris, ko suruh la cikgu mana terjemahkan, tapi bila aku baca teks tu, aku terus fikir epic bai. Macam blog ni ah, aku ngan Jack nak jadi blogger, sebelum trend blog ni wujud kat alam ni . ( tipu sunat je )

Paul Arden meninggal dunia kira- kira bulan lepas. Kami dari TOP BOYZ ingin mengucapkan takziah buat dia dan keluarga dia. Semoga orang ramai dapat tahu lagi jasa tokoh yang aku hormati ini. Akhir skali, member ni memang sharp!

Yang gersang (kali kedua)
Kwaidan 'Love in this club' Tarmizi.

Teleskop Yang Lost: NYC ke London


Gua nak cakap sama lu bai, teleskop telah siap dibina dan ia menghubungkan New York ke London. Pembina teleskop ini, Paul St George mengatakan pembinaan terowong yang dilupai telah pun siap.Rekaan tersebut menggunakan cermin parabolik, dan membolehkan orang dari dua negara lain melambai satu sama lain menggunakan teleskop ini. Pergh, boleh bla boleh bla.

Aku leh intai chikaro sana lebih senang. Oh, aku sayang ko Paul!

Yang berinfomasi dan sayang I.T
Lil Kwai ( nama rapper lama )

La haine: kisah sebenar mengenai Perancis

Vincent Cassel yang tengah mengigit bibir bukan sebab tengok gambar Zarina ann julie
So. Apa pendapat kamu tentang perancis?

Uih bandar tu romantik. bahasa sexy. Lawa. Facade facade dia memang classic. Very napoleon. Makan sedap, orang lawa. Bersih. Tempat nak shopping best. Makan kek sedap. Minum kopi cawan kecik. Metro. Fesyen dan macam macam lagi benda yang telah di stereotype kan oleh manusia terhadap negara yang tak boleh pakai ni. Mungkin itu Paris. Dimana orangorang kaya tinggal. Yang tak kaya duduk mana? Yang tak banyak duit di campak kan ke dalam Banlieue (pinggir bandar) di mana kebanyakan terdiri dari golongan penyapu sampah jalanan, kerja kerja di bar buat kopi, maintain metro, buat bangunan, buat roti, kek dan macam macam lagi. Kawasan yang dikelilingi polis seperti pusat tahanan zaman perang.

Filem yang aku nak cerita ini bertajuk La haine. Mengisah kan 3 sahabat. Vinz, Hubert dan Said. Ketiga tiga mereka berasal dari kaum yang berbeza iaitu, yahudi, yang berkulit hitam dan Said seorang arab. Tetapi bagi mereka, mereka Orang perancis. Mentaliti sebegini telah menyatukan mereka. Tak kira bangsa, warna kulit, jumlah bulu facial dan kepanjangan hidung. Mengapa sedekimian? ini lah dilemma manusia dimana susah sama sama. senang sendiri sendiri.

Walau bagaimana pun, filem ini mengisah kan kehidupan di Banlieue tersebut selepas terjadinya rusuhan besar besaran dimana seorang rakan tiga rakan ini telah koma (Abdul Ichaha/Abdul Ishak). Kebencian terhadap polis telah menjadi semakin meningkat. Selain itu, salah seorang daripada mereka telah menemui/mencilok sebuah pistol. Oleh disebab kan kebencian, Vinz berniat untuk menembak seorang polis jika Abdul tidak bangun dari koma. Walau bagaimana pun, rakan rakan nya tidak bersetuju dengan sikap degil si vinz itu.

Ini dia kita boleh kata kan sebuah cerita pasal rempit di Perancis. Kalau nak pikir kan kat mana mana pon ada rempit. Di Scotland ada NEDs (non educated diliquent), di London ada CHAV (council house and violence) di Perancis ada "Mec Mec et Pelo" (mamat mamat dan negro) macam ni. Kat mana mana saja ada subkultur macam ni. Setiap orang ada macam macam ragam nya, tapi kalau dah ada banyak sangat perangai yang sama itu yang orang tak syiok tu sebab rasa tergugat kot. Tapi nak wat gano? ini semua dilema masyarakat sekampung.

Apa apa pon kalau rakyat malaysia betul betul nak jadi malaysia tengok la filem ni. Sebab banyak pengajaran pengajaran sosial yang boleh di belajar. Sama ada yang baik dan buruk, kamu pilih sahaja. Sebab filem ini ada 3 pandangan yang bebeza dari 3 kawan kawan yang dibesar kan dengan cara yang berbeza (dari segi budaya, agama dan peranan ibu bapa mereka) walaupun mereka ini orang perancis.

Apa apa pun filem ini memang boleh bla la kira!!!

harap anda dapat lah klik link link yang di beri

Jack "pernah merempat di lokap di perancis" lingam

Sunday 25 May 2008

Yang mudah dan manis Miranda July

Dah penat pikir pasal Cukuran Maut Martin Scorsese?
Sekarang lu layan mesra lak la.
Ini lagi satu filem pendek yang kita bleh jadikan peringatan yang bajet tak diperlukan untuk mengekspresikan kreativiti atau meluahkan perasaan.Filem pendek ni yang jenis manis dan mencuit hati dan dekat di hati setiap insan sepi.Miranda July memang selalu becerita tentang kehendak-kehendak emosional manusia.benda-benda yang berkait rapat dengan kita.jadi jomlah I dengan you duduk rapat-rapat sambil tengok filem pendek ni yang best betul lah!!!!!!!!!!!!!

Cukuran Maut Martin Scorsese

GUA KEMBALI DARI PERANG PERFILEMAN!
ataupun perfileman perang sebenarnya.
Itu hari gua crite dalam artikel 'Filem pendek:filem Guerilla' yang gua nak paparkan dua filem pendek dari dua sutradara terkenal sebelum mereka terkenal.Tapi gua rasa gua nak cerita pasal tiga filem pendek lah.Satu yang mudah,manis dan berbajet rendah.Satu lagi yang kompleks,heavy dan ber-estetika mendalam(dan berbajet rendah) dan satu lagi yang mahai.(mahal).Ini yang heavy dan kompleks punya.
Sekarang lu orang tontonilah filem pendek pasal perang yang tarak bajet teruih.tarak letupan.tarak pi jauh jauh masuk hutan.tarak krew menangih kena sedut darah dek lintah macam aku kena kelmarin.Nilah filem pendek yang gua habaq kat lu orang itu hari.Filem pendek yang dibuat oleh Sutradara Martin Scorsese sebelum dia ada bulu pelir.
Hanya kebijaksanaan dan kreativiti dalam memilih shot dan kandungan suatu shot itu(atau istilah filem,dan juga bahasa perancis,'mis scene sin') yang mempergempakkan cerita ini segempak cerita perang Bukit Kepong yang dibintangi Jins Samsudin dulu(sekarang dah jadik senator).
Filem pendek ini bertajuk 'The Big Shave' tetapi ia juga mempunyai tajuk alternatif iaitu 'Viet 67'.Ini sebab abang Martin Scorsese dulu nak penonton kaitkan filem pendek dia ni dengan perang vietnam kot.
Lu orang cubalah tafsir gambaran ni,macam manolah cerito ni buleh jadik cerito porang eh.



Hoho..hangpa pikiaq laaa..

Ayman'half kedah half nogori' Ayatolla

Chikaro Waktu Ini: Irina Sheik




Slurrrrrrrppp!!! ( aku pos blog ni sebab tunang aku tak balik keje lagi )

Ni dia, chikaro masa ni yang aku tak boleh nak cakap apa-apa, cuma bersyukur atas kurniaan Tuhan. Nama chikaro ni Irina Shaykhlislamova, atau nama pendek Irina Sheik. Bidadari atas bumi ni berasal dari Russia, dan dia ni seorang peragawati yang terkemuka, dengan menjadi si muka untuk jenama Guess dan Intimissimi.

Ada mat RnB ni nama Ryan Leslie, dia betul betul terpukau ngan chikaro ni, sampai tulis lagu I-R-I-N-A.
Hmmph, aku terpukau gak, tapi ko tahu aku buat apa? Aku buat dia lauk lemak cili api cendawan busut.
Aku harap chikaro ni dapat ah lauk aku dalam pos, microwave benda alah tu dan cuba. Pasti dia fall la bai.

Awek ni memang boleh bla sebab sambil aku type ni, sambil meleleh air liur aku. ( Jangan risau bukan air lain sebab Jack Lingham je yang akan leleh air lain )

Yang Terpukau,
Abang 'asal aku dah bertunang.shit' Kwaidan.

(Nota buat Jing oops Jack Lingham. Aku rasa pos-pos cam ni baru lagi ramai pembaca. Ko tau la budak melayu. nak benda fun je)

Apa kita nak buat bila nampak orang pengsan???


Aku hari tu baru habis buat first aid course, so sekarang ni aku dah dapat sijil sah dari HSE of United Kingdom (Health and Safety Executive). 

Selama aku buat course tu, aku sedar banyak gak bendar yang kita tak tahu sebenarnya dalam membantu orang ni. Jadi aku ingat aku patut share ngan korang, mana la tau satu hari korang punya member minum terlajak kat mansion pastu pengsan. Korang mesti ingat kelaka dan panggil kawan korang tu bodoh sebab minum lebih, tapi tahu tak ko
rang, member yang terbalik tu anytime je boleh bertemu ajal?

Terdapat 4 langkah apa yang korang patut buat bila korang nampak orang pengsan.

Langkah 1

- Tengok keadaan sekeliling si pengsan.
 
Jangan la korang bahayakan diri sendiri untuk selamatkan orang. Kalau si pengsan tu pengsan kat hujung curam, kang kau pulak yang mati sekali kang.

- A.V.P.U (Alertness, Verbal stimulant, Pain Stimulant, Unalert)

Korang pegi kat si pengsan, cakap kat dia bebaik
"Encik, nama saya Badrul Hisham, encik ok ke?" sambil pegang tangang die dan try kejutkan.

Ni nak check die alert ke tak la, kalau member tengah tido confirm die jawap ek? Macam ko tengok gambar kat atas sekali tu, die tido ke pengsan? Kalau die tak jawab, cuba ko jerit la kat muka die, sebab memang manusia ni aku buat reaksi normal terkejut macam ko gi pasang radio kekuat kat telinga adik ko yang tengah tido, sure member terkejut kan?

Kalau tak gak bangun, ko picit anak telinga die, ni kira ko dah final 
call la nak tau member ni respon kepada kesakitan ke tak, kalau tak gak
, memang sah member ni dah pengsan. Time time camni ko janganla cerita ngan member ko mana nak cari dam, tapi ko kena jerit minta tolong kekuat biar orang tau sini ada masalah. Lagi bagus kalau ko suruh member call ambulance.

- Airway

Ini penting sebab kalau ko tak check pernafasan die, member ni b
oleh mampus. Bayangkan ko tengah berdiri usha member pengsan, ko gelak gelak ngan member ko, tapi member ko yang pengsan tu tak bernafas, apa cerita?

Ni lah cara nak bukak airway orang, ko baringkan dia, ko do
ngak kepala die kebelakang, angkat die punya dagu. Lepas tu, ko kene letak telinga kat depan mulut die dan ko kene tengok perut die gerak ke tak. Sebab kekadang orang boleh mati sebab lidah die tertutup trachea (saluran pernafasan). Kalau die memang tengah sesak nafas, ko tolak kepala die kebelakang  ko terus boleh dengar die tarik nafas dalam baeekk punya. Ko kene gak hati hati, jangan kasi die termuntah. Sebab kalau die dah muntah pastu muntah die masuk dalam saluran pernafasan, aku nasihatkan korang balik rumah je la terus ready untuk kebumikan sebab member tu confirm mati. Kira ko buat cam kat bawah ni la.
Langkah 2

Ko suruh member sorang pegang kepala dia dalam position camtu (dongak kebelakang). Sementara tu ko check ah die ni berdarah ke, patah kaki ke. Ko kene ingat, ko tatau apa masalah si member ni? Die jatuh pokok ke? Jadi ko kene check la semua benda. Check tangan die lurus ke tak, kaki die sama panjang ke tak.

Langkah 3

Lepas dah check semua, ko make sure ah die masih bernafas s
eba tu la yang penting sekali. Orang takkan mati sebab patah tangan, tapi orang mati sebab saluran pernafasan tertutup. Sekarang ko letak die dalam Safe Airway Position (SAP). Sap ni adalah posisi yang bagus. Die akan sleamatkan si mangsa dari mati.

Gambar ats ni lah SAP. Ko letak si pengsan dalam posisi camni. Inilah sebab sebab dia:

1) Member tak akan bergolek turun bukit kalau ko letak camni (mangsa pengsan kat bukit)

2) SALURAN PERNAFASAN DIE BUKAK. Ko tengok mulut die, terbukak kan? tu bagus die. sebab kalau tutup, member akan telan lidah dan tak nafas. Dan juga, sebab die bukak mulut, bila die muntah, muntah tu keluar ke lantai, tak terkumpul dalam mulut yang akan menyebabkan die tercekik ngan muntah sendiri, dan mati.

Langkah 4
- Tunggu Ambulance
Ko bercakap ngan si mangsa baik baik. Ko cakap je, buat die rasa tenang. Walaupun die pengsan, kekadang dorang boleh dengar kite cuma die tak sedar je. Ko cerita la pasal kucing ko ke, ada makcik kat area rumah jual karipap sedap ke, apa apa la janji ko temankan die. Pegang tangan die kalau boleh, sekali sekala ko suruh die gengan tangan ko. Kalau die ganggam, maknanya die dah semakin sedar.

Itulah die rakan rakan cara nak selamat orang. Aku tatau macam mana nak cakap lagi la tapi SALURAN PERNAFASAN TU ADALAH PENTING. 

Jadi lain kali ko nampak member ko terbalik kat depan Mansion, ko tau la apa nak buat. Sebab kalau ko tak buat apa apa, die mungkin mati dan darah die ada kat tangan ko selama lamanya. Tak ke rasa cam sial kan? Hantu die datang dalam mimpi caka "Badrul, apasal ko tak tolong aku hari tu???"

Manfaatkanlah pengetahuan ini! Paling kurang pun, ko dah niat tolong orang, dapat gak pahala.

Yang lama menghilang

Shafi'e Hamdan

(Minta maaf lama hilang, aku busy, demam dan memacam lagi ah)

Lagu Coldplay Baru: Viva La Vida



Ini dia lagu Coldplay baru yang dinantikan, terbitan Brian Eno dan ahli- ahli kugiran ni.
Epic bai. Boleh bla, sebab Eno ko tahu ah kan. Tak tahu Eno? Nanti aku citer, tapi skarang perut aku sakit. Aku gi makan tengah hari ngan member aku ngan makwe dia tadi. Makan makanan mat salleh ini, Eggs Benedict. Boleh tahan best.

Kesimpulan, lagu Coldplay ni dark bai.

Yang berwawasan,
Abang Dan 'Leviuuu' Tarmizi

Krakow












1.Auschwitz tempat kem org yahudi
2.Tempat main trumpet


Bandar majestik yang fantastik di penuhi perempuan perempuan yang bukan plastik walau pun ada segelintir perangai yang sepastik seperti... apa lagi yang akhir -ik?.

Apa apa pun bandar ini merupakan salah satu bandar kesukaan abang jack kerana dulu abang jack ada scandal dengan cikgu bahasa ingeris dari Gdanks waktu abang jack dekat Krakow.

So macam mana abang jack boleh sampai kat sini?
I sampai waktu musim panas 2005. Masa tu abang baru habis 1st year dekat uni. Jadi abang pun merantau lah dekat eropah ni.


So abang jack kat mana sebelum sampai ke ceruk krakow ni?
Sebelum sampai kat krakow, abang jack taim tu ada dekat Warsaw. sepatut nye pergi ke belah utara, ke Gdanks tapi abang lambat 10 minit sebab abang jack singgah beli rokok dekat stesen. Pasal dekat atas keretapi tak ada jual rokok. Oleh sebab tiket abang ni open (tiket inter-rail) abang pon malas nak tunggu 2jam untuk keretapi seterus nya. SO, abang amik lah keretapi ke Selatan ke Krakow.


So, berapa lama naik keretapi dari Warsaw ke Krakow?
Tak silap abang 3 jam.


Wah lama nya! Abang tak rasa penat ke?
Mana ada lama itu kira kejap je. Kat keretapi di Eropah, lebih lebih lagi keretapi InterCity (IC: Bandar ke bandar eropah), boleh isap rokok. SO abang rilek je. Abang lebih suka lagi naik keretapi sebab boleh jalan jalan, jumpa orang yang merantau sekali.


Maksud abang? Abang boleh cakap je dengan perantau lain?
Apasal pulak tak boleh? Lagi pon kebanyakan merantau sorang. Abang pon merantau sorang masa tu. Banyak pon yang sepi je, jadi nak test ketebalan muka dan keberanian, abang sembang je lah. Masa abang kat Florence italy pon abang siap gamble share bilik dengan sorang jantan yang jumpa kat dalam tren pasal hostel semua pon penuh.


So tiga jam dalam tren abang buat apa?
oh. Sebab malam semalam tido lambat, abang tido tuk 1 jam. Lepas tu singgah kantin dalam tren makan goulash ayam.


Goulash? Ayam? dalam Tren? HALAL KE?
Goulash tu macam stew orang orang timur eropah makan. Rasa nya macam bertomato. Itu rasa memang sedap lah. Makan pon ngan roti je. Kalau dalam duit pound ada la dalam 2 pound. Halal tak halal nak buat macam mana. Abang pikir satu benda je, mesti yahudi yang sembelih danging ni, jadi ayam tu terus menjadi halal.


So. Apa ada kat Krakow ni?
Awek di memang panazzz dan kontroversial. Memang peramah. Lepas tu semua tempat minum dan kelab malam semua nya ada bawah tanah. Kiranya, boleh nampak batu batu macam dekat Sungai Congkak dijadikan dinding. Selain itu, dekat sana ada sebuah square yang terbesar di eropah dan di jaga oleh Unesco yang diberi nama Market Square. Bandar inibersih sunguh lapang tetapi banyak bangunan. Dimalaysia, lapang dan semua nya jauh pasal nak "Cater" kereta dulu baru rakyat.


Hehe.Selain itu?
Krakow ini bandar diraja. Tapi takde macam Shah Alam pun. Krakow ini memang bandar Majestik lah. Selain itu banyak taman taman kecil, square (bukan hartamas square) itu port tikus sebesar kucing. Ada juga istana disana. Nama istana itu Istana Wawel.


Wawel? apa mende punya nama tu seh? asal tak bagi nama macam Istana USJ 44 ke?
Mana aku tau mungkin dia suka bagi nama bukan bagi nombor. Kat malaysia iye lah kot. Kalau boleh nak bagi nombor. sebagai contoh, Seremban dua, subang dua. Macam takde nama lain kot. Tapi jangan la pulak cilok nama nama macam andalusia ke, berverly hills ke. Memang tak original langsung. Bagi la nama taman Lingam ke, Lingamcity ke dll.


hehe. Betul jugak. Lagi apa ada kat sana?
Kau pernah tak tengok jam berbunyi?


Pernah bang. Kenapa?
Ha kat Krakow ni. cuba kau bayang kan jam macam dekat Dataran Merdeka. Tapi tinggi dia macam tinggi rumah kedai 5 tingkat. Lepas tu kat tingkat 5 ada orang tinggal. Setiap Jam mamat tu keluar main Trumpet. Amacam? Lost tak?


Betul ke?
Correct, correct, correct, correct, correct aaaaaaaaa


wah. Berapa lama abang kat sana? Abang tinggal dekat mana?
Abang kat sana 4 hari. Lepas tu abang tinggal dekat hostel. Hostel tu murah je. Masa 2005, 1 pound = 1.4 euro. abang bayar 10 euro satu malam. Lebih kurang 7 pound. Kat situ makan murah. Abang selalu makan dekat jewish ghetto di Krakow. Sedap pon sedap. Murah pon murah.


Apa lagi kat krakow tu?
Hmm. Masa tu abang ada singgah pergi ke kem auschwitz. Tempat tu 2 jam dari bandar krakow. Kalau ikut tour=100 zlotych. Tapi kalau naik bas baru 16 zlotych. Sebagai lone ranger, abang naik bas 16zlotych. Bas dia lebih kurang sama je macam kat malaysia.


Apa ada dekat kem tu?
Itu tempat kem orang yahudi kena tahan oleh pihak nazi. Tak kan tak tau?? gi tengok Schindlers List lah. Abang pon dah sedih ni sebab tempat tu memang agak depressing pon. Nasib baik masuk free.


Ok lah bang. Nah tisu..
*terus chow*

iya krakow ini memang bandar epik murah dan tak banyak tourist. Semua nya baik. Siap ada seorang tourist tu ingat aku seorang yang tak ada rumah dan dia dan suami dia belanja aku makan ayam kosher yang dibakar di tengah tengah Market square.


Krakow. Memang tempat Boleh bla la kira!!


Jack "traveling soldier maut" L

Ravenous: Soundtrack EPIC! LOST BAI!


Asyik tulis pasal movie saja aku ni. Ini dia aku nak tulis sikit pasal irama baik untuk malam ini. So siapa kenal Encik Damon Albarn dari kumpulan Blur. Ya. Damon Albarn, orang depan kumpulan gitar rancak (Ku-Gi-Ran), Blur. Ini soundtrack ni memang epic bai. Soundtrack ini adalah soundtrack dari sebuah filem yang berjudul "Ravenous" yang mengisah kan cerita orang makan orang (bukan macam kawan makan kawan; tapi kanibalisme). Soundtrack ini dibuat oleh encik Albarn dengan Michael Nyman iaitu seorang ahli musik minimalis di tanah britain yang telah membuat banyak gila rekod dan tulis lagu. Oleh itu saya persembahkan lagu "lets go kill that bastard" (sorry bukan niat nak mencarut)





J
ika anda suka lagu ini, boleh la tekan dekat sini untuk dapat kan album soundtrack ini

Hari Ahad di Kigali


Cerita ini jalan cerita dia semua sama seperti cerita Hotel Rwanda.Tetapi filem ini bukan lah dari kaca mata Paul Rusesabagina (Chief Hotel Mille Collines). Tetapi filem ini adalah daripada kaca mata seorang journalist perancis yang nama nya Benard Valcourt yang datang ke Rwanda untuk mebuat sebuah filem tentang AIDS.

Apa yang best nya filem ini adalah ia sebuah filem perancis di atas sebuah nama "dimanche a Kigali" ahad di kigali. Apesal pulak best kalau dalam cerita perancis dia best? kerana pada rwanda ketika itu dibawah naungan raja raja belgium. Ketika zaman kolonial belgium, negeri negeri afrika belgium bertutur didalam bahasa perancis kerana berdekatan dengan negara negara kolonial perancis. Jadi, filem ini menjadi lebih real kerana mereka bertutur bahasa perancis dengan orang yang bukan hutu atau tutsi, dimana filem Hotel Rwanda mereka bertutur bahasa ingeris all the way. Jadi, speks filem ini menjadi lebih detail dari segi budaya dan cara percakapan (accent).

Ada satu babak yang mencuit hati ku. Seorang tutsi yang menghidap AIDS di interview oleh mamat journalis itu sendiri. Dia berkata



"...Aids telah merangkak ke seluruh tubuhku. Itu adalah sebuah eksiden buat diriku. Tetapi terdapat satu penyakit yang lebih teruk dari AIDS didalam Rwanda: Kebencian. Kebencian yang ditanam di dalam hati setiap orang. Bagaikan kematian aku yang ditanam oleh air mani ku. Aku juga orang tutsi. Itu juga satu eksiden. Tetapi aku tetap orang Rwanda. Jangan lah kau membuang masa mengambil filem tentang AIDS, kerana banyak lagi yang mati di negara ini desebabkan kebencian..."


Selain itu, filem ini di rakam oleh seorang direktor filem dari Quebac, Canada dan filem ini memang boleh bla la kira

Jack "besok kerja" Lingam

Saturday 24 May 2008

Artis Minggu Ini: Dalek


James Marshall, atau nama samarannya Dalek akan mempamerkan kerjanya bertajuk "Overweight", di Irvine Contemporary di Washington, Amerika Syarikat. Mamat ni dulu pernah jadi pembantu Takishi Murakami kat studio beliau. 

Amacam, boleh bla bukan? Lost gak kan bai?

Yang Benar,
Khatijah Jantan ( saje letak nama tunang )

Perhatian: Antara Filem Terbaik Dalam Dunia



Klip di atas adalah antara filem yang terbaik aku pernah tengok, selama aku hidup dalam dunia ni. Filem ini bertajuk "The Diving Bell and the Butterfly", arahan Julian Schnabel. Pelakon utama filem ini tak bukan, pelakon top Perancis (Filem ini filem Perancis) Mathieu Amalric.

Filem ini berasal dari sebuah novel yang sama tajuk dengan filem ni. Secara ringkasnya, citer ni mengisahkan tentang seorang mamat bernama Jean- Dominique Bauby. Mamat ni kira tengah top dalam kareernya seorang editor majalah Elle, ada cahaya mata yang sempurna, ada banyak peminat, kira macam top boyz la gak. Tapi satu hari bai, satu hari.pergh, dia tetiba kena strok ( angin ahmar ), dan malang tak berbau, dier dapat satu sindrom bernama "locked-in sindrom", satu penyakit yang di mana , badan ko menjadi penjara, ko takleh gerak langsung. Encik Bauby hanya boleh bergerak biji matanya selepas bangun dari koma.

Disebabkan sifatnya yang tidak mahu putus asa dengan hidup, walaupun tidak dapat gerak, ( ada jugak babak- babak awal yang di nak 'lose hope', mana tak bai, dulu ko top boyz, skarang ko koma ) dia , dibantu oleh para jururawat, mengguna satu teknik yang bolehkan dia berkomunikasi, ngan biji mata dia je. Cam pembantu tu akan sahut abjad abjad, dan dia akan kelip mata dia kalau nak bina ayat. Pergh, struggle bai. Selepas dia smooth dapat berkomunikasi, lalu dia tulis novel, guna teknik kelip mata tu, dan menceritakan keadaannya, sebagai seorang yang terkunci di dalam badannya sendiri. Sumpah bai, korang kena tengok. Aku nangis gila tengok citer ni. Keluar panggung mata benggak bai. 

Buku ni diterbitkan pada tahun 1997, dan laris dijual sebanyak 150 000 buah dalam minggu pertama je. Encik Bauby menjelaskan pada para pembaca yang apabila badan ko terkunci, minda dan imaginasi ko lagi liar, dan ko dapat pergi ke mana sahaja dengan khayalan. Masa dia cakap tu, bai, nangis lagi. Aku rasa bersyukur dan tidak mahu mengomplain pasal benda benda remeh- temeh, sebab orang macam Encik Bauby ni, yang dah lumpuh pun, dapat mencari benda yang mencuit hati dia. ( Aku tulis ni pun dah sedih )

Encik Bauby meninggal dunia selepas 10 hari buku ini diterbitkan, akibat pneumonia. Sigh, kita kena baca buku- buku cam ni kadang- kadang, dan fikirkan benda- benda yang penting dalam hidup, jangan fikir nak skim cepat kaya je, fikir nak main ngan chikaro lain setiap minggu, fikir nak shopping kasut je. 

Aku ada buku dia. Bila aku down je, aku baca, aku rasa hidup semula. Aku harap ko cari buku ni, atau tengok filem ni. Aku janji kat ko, dia akan bagi impak dalam hidup ko.

Yang benar, (wow serious ko Dan)
Kwaidan Tarmizi.

Nota sampingan: Aku nak korang beri tepukan gemuruh kepada penulis baru kita, yang aku recruit, Ramli Ballada. Aku syorkan ko, dia ni ada info2 baek punya. Salam.

Menjimat Ruang Dalam Tandas: Apakah?

" Abang Dan, apa gambar ni, macam robot dalam citer Star Trek jek?", si bendul tanya aku smalam

"Bai, ko ni pun satu. star trek mana ada robot. Nak aku citer tak?," aku counter balik bahalol tu.

"Boleh bro, boleh, aku suka pun dengar citer- citer ko"

"Sebelum tu, kirim salam kakak ko si Khafidah tu eh"

Ok, puas aku layan budak bingai tu. Lalu aku terpaksa pura- pura handset aku berbunyi dan jawab telefon dengan nada yang agak serious. Ni nak citer ko ni. Amacam rekaan kat atas? Heavy tak? Memperkenalkan Set Vertikal Tandas hasil rekaan Vertebrae. Diorang reka ni untuk jimat ruang, maklumlah, apartmen- apartmen skarang pun semakin mahal, ruang semakin tamak, jadi, diorang ada satu cara nak menyelesaikan isu ini.

Unit Vertikal ni takde besar pun, cam 0.4 meter persegi, dan terdapat ruang penyimpanan barang- barang kosmetik yang luas, jamban, unit mandi hujan (shower), dan juga sinki! Dan bonusnya, rekaannya memang unik, modern dan bertemakan minima. Memang boleh bla la kiranya, ko leh guna ruang lain dalam apartmen ko untuk buat studio ke, mini teater ke, jamming room ke. 

Ingat bai, walaupun apartmen ko kecik, tapi kena gunakan keluasannya secara kelasss gitu.

Yang baru sahaja menunaikan lari 10km tetapi tak puas hati dengan masa tercapai,
Kwaidan "kalau malam ni kena bihun pun sedap" Tarmizi

Das Leben der Anderen


Cerita epik jerman yang di buat pada tahun 2006. Cerita ini di sunting oleh seorang direktor yang bernama Florian Henckel von Donnersmack. Walau nama nya agak panjang bagaikan nama seorang sheikh, ini adalah sebuah filem pertama yang di buat oleh Encik Donnersmack.
SO sapa pelakon pelakon dia? aku pon tak kenal. Kalau nak gi lah check kat IMDB ke ataupun wikipedia. Tak perlulah check di website website rating fasal, cita rasa seseorang itu berbeza dari segi pemikiran dan cara pembesaran. Walaubagai mana pun ini adalah review dari seorang anak bangsawan malaysia.


1. Cerita ini ada romen romen yang ringan ringan (benda ni penting dari perspektif seorang jantan yang suka kopi jantan)

2. Jalan cerita ini memang best. Setting dia masa zama post wwII ketika jerman timur di bawah insuran puak russia. Cerita mengisah kan tentang kehidupan seorang direktor teater yang suka buat drama drama yang berlandaskan budaya yang bukan budaya budaya komunis. Kiranya cara hidup orang yang kaya, bebas dan takde garisan yang mana benar atau salah. Lebih lebih orang jerman yang berpemikran terbuka (kerana falsafah utama orang aryan iaitu
Friedrich Nietzsche). Oleh sebab beliau adalah seorang yang amat dikenali di scene scene arty di zaman pemerintahan komunism di timur jerman, Ajen ajen Stasi atau pun special branch (sekret ajen) di tugas kan untuk mendengar dan melihat cara hidup encik si direktor seni itu kerana beliau disyaki sebagai pro-barat. Untuk mengelak kan filem dan drama yang berlandas kan cara hidup barat dikluar kan atau di publis, mereka harus lah mengespy di rumah (dan juga opis si direktor).

3. Selain itu, banyak lagi scene scene drama di dalam filem ini. Antaranya cara hidup si direktor dengan bininya yang dapat mengubah pemikiran seorang kepten agen stasi dan juga seorang komunis ideal di timur jerman.

4. Cerita ini ada scene romen ringan ringan (eh macam dah cakap je)

5. Terdapat babak babak penting seperti kejatuhan dinding berlin dan apa yang terjadi kepada sistem jerman timur justeru selepas dinding jatuh. Memang cinematographi dia epik.

Kalau teringin nak dapat kan filem ini, rasanya tgh ada show kat GSC midvalley. Tapi kalau nak save duit untuk bawak anak anak pergi cuti sekolah, saya boleh tolong nasihat kan mana nak sedut (download) secara percuma.

Anyways cerita ini boleh bla la kira.. oh ya taniah kepada stacie yang menang AF no 6 ni. aku rasa bila dah sampai semua 10 pemenang, astro mesti nak buat projek band macam slipknot, tak sabar nak tunggu sahri nyanyi lagu lagu kepala kambing.


Jack "menguap" lingam

Filem Pendek Filem Guerilla!;Sape sape pun boleh bikin filem!

Kalau lu penuh emosi pasal satu benda pastu inspirasi melimpah-limpah sampai berpeluh-peluh tak terkawal sebab nak luahkan jugak gambaran kat dalam kepala otak lu,lu bikin je filem pendek.
Takde benda yang halang lu daripada bikin filem pendek pasal filem pendek nilah jenis pembikinan filem yang paling bebas.Lu tak payah pikir pasal produser nak apa.Lu tak payah pikir nak hiburkan makcik-makcik tak bekerja dan giankan drama dalam hidup mereka di waktu petang(sian makcik-makcik tu.sangap).Dan,jangan biar bajet menjadi penghalang woi.lu orang pakai je apa yang ada.guerilla je beb.yang penting cuma idea dan estetika cik kak/abang oi!toksah mengada-ngada nak jugak 70mm.BERANGAN.kalau dah tak mampu tu buat cara tak mampu.Tapi idea tu toksah la melampau-lampau sampai nak ada klcc meletup.

Eh,kalu nak boleh jugek sebenarnya,pakai miniature la(minta maaf kerana meragukan kebolehan lu orang).Semua benda lu boleh buat sebenarnya.cuma jangan harap ada adegan angelina jolie pakai skirt ketat dalam cerita lu la(kalau lu filmmaker pikir macam tu,gua tanak tengok citer lu).
Tetapi,gua sungguh,banyak benda yang lu boleh guerilla je.


Ini ada video cara buat dolly track senderey.


WOW!STEADICAM PUN BOLEH BUAT SENDIRI KE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



haiyatolla betolla.gua tak reti nak tayang video la kat sini.wei kwaidan.hang tolong taroh la!gua bagi link.

Ini video amatura oleh dua orang budak omputeh(tak habis habis omputeh) yang tak pakai bajet langsung,Akan tetapi,cooooool as fuck.



Ok gua tak suka artikel ni.Gua bukan nak tulis pasal ni sebenarnya.ini kira preface kepada dua artikel seterusnya ttg 2 short filem oleh 2 sutradara waktu diorang muda2 dulu tapi kini sudah diraikan(sorang tu terlampau diraikan).Tapi kalau gua tak sempat tulis,maka inilah artikel last gua tulis tuk minggu ni sebab gua nak masuk hutan shoot citer perang.GUERILLA BEB.

jumpa nanti ye
Ayman 'perintis Kwaidan' Ayatolla

Dari mana?

Analytics