Monday 11 August 2008

Siri TV Baru: House Of Saddam

"Lupakan undang- undang. Undang- undang ialah apa aku tulis dalam kertas"- Saddam Hussein

Lupakan siri TV yang lain gang, aku tak minat Heroes, Prison Break, lagi lagi Entourage dan Gossip Girl. Siri TV last aku minat adalah The Wire, itu aku syorkan korang dan korang kena tengok. The Wire lost bai. Tapi aku nak citer satu Siri TV baru dari BBC iaitu House OF Saddam. Perghh.

Semua orang tahu kan siapa itu Saddam, kalau korang tak tahu, memang tak boleh bla, dia ni president Iraq sejak 1979, dan siri TV ini akan fokuskan apa yang jadi dalam rumah Saddam tu, dari pentadbirannya, diorang akan fokuskan dan perkenalkan bini pertama dia, anak- anak dia, penolong kanan dia dan juga dia punya gundik-gundik. Siri TV ni ada empat bahagian dan setiap bahagian akan cerita dengan watak- watak dengan lebih detail.

Siri TV ini bukan memain, pencipta siri ni telah mengambil masa 2 tahun penyelidikan untuk mendapat tahu apa di dalam rumah Saddam tu, di temu bual para pekerja Saddam masa zaman dulu semua. Memang L.O.S.T losttt.

Google untuk tahu para pelakon dengan lebih lanjut, dan usya la kat internet siri TV ni. Asyik tengok benda- benda tak best je.

Sekian,
Kwaidan Hussein

2 comments:

Anonymous said...

i bet the commendably researched would be commendably restrained, wouldn't it..

Kwaidan Tarmizi said...

some things are definitely restrained, but for something viewable on TV, in comparisons to all TV series that's available at the moment, this is almost 2008's TV Gold.

Dari mana?

Analytics