Amacam semua, hari ni aku nak cerita sikit tentang disiplin dan bebudak- bebudak muda kat negara kita ini. Sebelum itu, klip yang aku tunjukkan di atas adalah satu klip Acara yang dibuat oleh negara Korea Utara iaitu Mass Games, dan perhatikan koreografi diorang bai, takde kesalahan langsung, dan kalau ko kat Youtube, ko tengok Klip- klip yang berkenaan dengan acara tersebut seperti Sorakan Militant dan sebagainya, memang sharp bai. Aku kat sini tak nak cakap sangat tentang komunisme, kapitalisme etc etc, abang Kwai bagi topik- topik macam tu kepada Jack Lingam, sebab dia suka ah tulis pasal tu. Nak citer sikit tentang, asal kaum golongan muda Malaysia tidak berdisiplin dan ikut peraturan berbanding dengan apa yang kita lihat dalam upacara- upacara Olimpik atau Korea Utara punya mass games ni.
Aku takkan masuk ke dalam bab- bab heavy, tapi aku bagi korang tulis pendapat korang lepas ni la, janji jangan safe. tu memang ciiibai ah. Aku nak citer skit, dulu aku kat Tol Plus punya tempat rehat ngan bapak aku. Kita nak Balik Johor so kita singgah Melaka nak solat. Lepas solat, kita pekena Nescafe dan layan rokok sikit, tetiba ada budak ni tau, dia tengah minum ngan bapak dia. Dia pun gi kedai runcit lalu nampak satu ban krim, harga tak sampai 1 ringgit tak silap aku, dia kata kat bapak dia, masa bapak dia nak beli rokok, "Boleh Akmal beli ni tak?" Bapak dia bengis kata "takde- takde". Dia manja skit ah kata "Alarr..papa nak bola tu..."
10 saat aku termenungkan situasi tu, tetiba bapak dia bagi penampar yang paling lost bai. Stok dia tampar anak dia yang umur dalam lingkungan 6 tahun macam bapak dia jumpa heroin kat almari dia. Aku ngan bapak aku angin ah, bapak aku lalu nak man talk ngan bapak budak tu, cam apa citer ko buat anak cam ni, dia baru bebudak ko tetiba tampar dia sampai pecah bibir, dia takde dosa etc etc. Aku terus pegang tangan aku kata "Ayah, toksah, tak worth it"
Bapak aku macho gak ah to be honest, dia kata kat aku "Asal lak, bapak dia kena kasi ajar skit!!"
Aku lalu berkata.
"Ayah, nanti ayah sound bapak dia, ayah buat dia malu, kang ada dua option. Either bapak budak tu akan naik angin , attack ayah ngan kerusi etc. atau dia diam je, buat macam dia tak peduli, balik rumah nanti, lagi teruk anak dia kena sebab memalukan bapak dia"
Aku ngan ayah aku pun last call diam je ah tak buat apa-apa. Tersebak hati aku gak ah tengok budak tu.
Aku takde anak ke apa ah, tapi aku rasa skarang ramai bebudak muda suka bergaduh, masuk kongsi gelap semua pasal 'suppression' masa kecik ah. Ko tengok ah, kalau (aku buat anggaran) bapak- bapak yang kelas pertengahan/ pegawai kerajaan yang tak sepatutnya dibayar begitu sedikit, cepat tertekan lalu kenakan kemarahannya kepada anaknya, anak dia mesti takleh tahan satu hari nanti. Dah tak tahan, lu gi hantar asrama penuh, yang aku tak tahu ah, asal orang Melayu suka salah gunakan Seniority dan Juniority, ragging sampai kes mati semua. Itu lagi satu. Lepas keluar skolah, ko kena deal lagi ngan syarikat- syarikat tanah air yang masih terjebak dala stigma junior senior ni. Dulu aku studi kat luar negara, lecturer aku 70 tahun, tapi kita panggil Steve je, padahal dia professor pHd semua. Kalau buat tu kat tanah air sure kena label kurang ajar.
Satu kes junior senior stigma. Member aku kerja kat syarikat interior design yang top kat Kuala Lumpur, masa design brainstorm punya perbincangan. Boss kata, ada apa-apa yang boleh dibincang dalam idea projek ni?
Member aku baru kerja dua minggu, otak masih geliga, graduan luar negara, mesti dia nak bagi kritik yang konstruktif, lalu dia kata la pasal projek tu, banyak boleh elaborasikan, struktur dan plan harus dipertikaikan, mamat tu cuma bagi pandangan dia kan, dah kata design team.
Boss tu tetiba bai diri kata "You think you so smart ahhhh?!!"
Sialan.
Aku tak nak kata banyak ah, tapi kepada golongan tua, kalau ko takleh adjust stigma ko, dan golongan muda kalau ko takleh get over it yang takde jalan muda untuk berjaya. Susah la kita nak capai satu medium disiplin yang cemerlang di negara kita.
Last skali aku dengarkan, budak yang kena tampar dek bapak dia pasal benda kecik jadi macam mamat bawah ni. Tapi syabas dia tahu apa maksud disiplin!
Aku suka Frank Yang sebab dia disiplin dan tetap pendirian dan buat apa- apa dia suka, tak ikut orang atau trend. Dia sharp!
Sekian
Kwai "start kerja baru Selasa" Tarmizi
5 comments:
betul.
aku ada sorang anak. well actually two lah.
aku paling pantang dua benda
1) tgk budak kecik lepak2 main tanpa kawalan lepas pukul 12 malam
2) parents yang senang hati marah dan tampar anak dorang
memang tak boleh blah bai. tapi aku perasan yang selalu buat ini mommy2 yang chinese. selalu tengking anak dorang. ish ish.
kau penah dengar budak darjah 2 kene rotan sampai jerit-jerit sebab salah pilih kunyit dengan halia?
dahlah mak dia tak mintak maaf dekat budak tu, siap letak budak tu dekat belakang rumah tempat tanam serai. sekarang kan musim hujan, belakang rumah tu takde bumbung.
confirm pedih bekas rotan budak tu kene hujan asid.
ada sorang budak ni mengalami gangguan emosi teruk gak akibat isu keganasan domestik, kene dera dengan bapak...
budak ni dah la boleh kira talented la jugak, boleh main gitar dan agak kreatif la bak kata korang kan. tapi kesian la, dah sebab asyik kena dera sampai dia pun tak mempunyai keyakinan diri tu, dia main gitar pun lain macam sikit lah.
kalau stakat pakai celak mata sebab dia rasa hensem tu ok la, ni sampai dia main gitar pun kaki kepit telur, lutut macam nak runtuh. nyanyi pulak menjerit-jerit bak kesurupan.
tapi kesudahannya, budak ni proud jugak lah dengan cara bapa dia besarkan dia, kalau tak dia tak boleh la jadi femes sebagai pelopor muzik EMO. akhirnya, si bapa sendiri yang mintak maaf kat anak.
takde lah kan, macam kalian juga, kalian berasa diri kalian betul kerana orang lain pun fikir diri mereka betul. dan punyai cara masing-masing.
kehidupan sememangnya kompleks dan juga kejam. kehidupan sebaik mana pun takkan ada yang kedua oleh itu manfaatkan lah detik-detik perjalanan kita sehari-hari.
entahla labu ubat apa yang ko baru telan , aku tak paham sepatah pun
sasau sial
Post a Comment