Sunday, 17 August 2008

Arkitek Spam: Visi Baru Dalam Rekaan Peringkat Percubaan

Apa pulak yang abang Kwai nak pamerkan hari ni....sigh.
Jangan mengeluh blad, ni aku nak citer ko tentang satu cara rekaan baru, hasil daripada seorang artis bernama Alex Dragulescu dari Romania. Dia telah cipta satu 'approach' dalam rekaan dengan e-mel 'spam' atau juga e-mail sampah yang kita selalu dapat tu, alar macam "Kopi Macho, order sekarang untuk menambahkan tenaga batin" atau "Naikkan saiz kemaluan anda dengan 4 cara mudah" dan lain- lain. E-mail spam ni dikumpulkan lalu dimuatkan dalam satu software ini yang akan menghasilkan corak dan bentuk yang aneh, mengikut saiz dan isi e-mail spam ini. Akhirnya , text- text dalam mail tersebut akan translasikan kepada bentuk 3-d sebenar. Ambik ko, hasilnya satu model 3-d yang mempunyai keunikannya. Model ini pulak hanya rekaan peringkat percubaan, lalu boleh la geng ngan para arkitek untuk bincang ke fasa 2, untuk jadikan model ini sebagai bangunan yang logik dibina. Amacam, cara boleh bla ke tak boleh bla? 

Ingat, siapa funky fresh? 
Kwaidan Funky Fresh, braaap!

Yang benar
KT.

1 comment:

shanghai shagwank said...

memang bleh bla...

sememangnya wa rasa kefahaman instrumental terhadap teknologi yang mengaikatkan kehidupan manusia dengan kejuruteraan tidak mencukupi. takyah citer beb semua benda lu buat guna teknologi komputer hari ni.

satu kefahaman 'man-machine symbiosis' sebagai korelasi berperingkat-peringkat diantara 'mechanism' dan kreativiti perlu
dibina dan dipraktikan dalam hubung kait 'new architectures' dalam komputer teknologi.

'future art' seharusnya mencapai
satu titik perseimbangan dalam inovasi dan juga perhubungan di antara komputer teknologi dan juga
kaedah-kaedah berfikir.

salah satunya ialah perhubungan di antara teori di dalam pendekatan poly-kontekstual dan juga praktiknya.

seperti alex dragulescu, ramai juga artis-artis hari ni yang tak perlu jadi artisan yang bullshit (macam lu buat filem tunjuk metafora yang kononnya 'deep' dan kompleks tapi gagal dilihat dari sudut yang berbeza dan tak appealing) tapi boleh bla. pasal apa ah? pasal dorang faham persekelilingan dan juga kehidupan kita hari ini tak leh lari daripada teknologi komputer dan kejuruteraan. pos-modenisme ah kira.

contohnya seperti arkitek lebbeus woods, peter cook.. komposer xenakis, pan sonic (kuvaputki beb!), ryoji ikeda dan raster-rakan-rakan noton yang lain, penulis-penulis seperti william s. burroughs dan j.g ballard...

ahh papehal pun wa tgh cari awek comptuer science skarang.

Dari mana?

Analytics