Sunday 3 August 2008

Beg Ajaib!!


Weh weh weh weh...lu orang mesti selalu terpegun dengan rekacipta-rekacipta yang Kwaydan selalu paparkan.Skang ni gua pun nak try jadi terkini dan canggih macam kwaidan dengan invensyen yang GENIUS ni!!!!!!!!!!!!!!

Beg ni memang suatu rekaan yang sempoi tapi boleh bla beb.Dengan beg ni,lu orang sebenarnya tak payah nak pakai beg plastik lagi.sempoi tak sempoi?
Sebenarnya invensyen ni bukan genius.benda biasa je.Pemakai dia lebih sesuai dipanggil genius.Benda begitu senang tapi tak langsung dipraktikkan kat negara 'moden' kita ni.
Amendela Malaysia ni. Angkasawan dah ada.Bangunan tinggi tinggi belambak,siap ada bangunan tu berpasangan. Tapi kat mana mana pun orang masih pakai beg plastik.Tak canggih laa.Malahan,agak primitif beb kita ni.

Beg plastik tu bukan je buat kotor kawasan perumahan rumah lu bai.Itu silap lu la tak gotong royong.Beg plastik tu sebenarnya punca beb.Mampos menatang laut dan darat sebab beg plastik lu tau ak.Gua tak faham apahal kerajaan tak haramkan je beg plastik.Benda-benda berinformasi takdehal plak derang sekat.

Gua baru baca kat satu majalah ni yang 40% kehidupan lautan mati sebab beranggapan plastik itu hidupan lautan dan lalu memakannya.Plastik kan kalau dalam air ada rupa obor-obor sket.

Lu orang beli la beg ni yang lu boleh pakai balik.Bawah dan simpan je dalam handbag lu takpun dalam motor lu.Besar lonjakan yang lu boleh buat,advance beb.malah perubahan yang lu boleh buat pada kebaikan alam sekitar begitu besar.Takat dua tiga ringgit tu sumpah takde pape banding nyawa hidupan fauna,iaitu juga sedara mara lu.Lu kan ada mirip mirip menatang sket.

1 comment:

Shafi'e Hamdan said...

bagus ah kalau kita boleh buat beg ajaib ni

mesti ada je kompeni yang dikontractkan pastu derang sub contract kat orang lain

tapi tak kisah ah,ini semua untuk kebaikan bumi, kurniaan tuhan

macam body shop pun dah charge 50 sen kalau tak silap aku untuk beg plastik (saje je nak mengalakan orang untuk tak guna beg plastik)

Dari mana?

Analytics