Sunday, 10 August 2008

Mainan Baru Dari Aston Martin


Kepada kepala-kepala enjin (petrol heads) sekalian, aku ada news untuk korang. Aston Martin baru je confirmkan tambahan baru kepada koleksi derang: One-77. Kereta/work-of-art yang uber-exclusive ini akan dikeluarkan pada akhir tahun 2009 dan akan dijual pada harga £1 juta. Dari namanya je ko dah dapat agak hanya 77 buah akan dibina dan setiap satunya made to order.  One-77 akan menggunakan chassis carbon-fibre baru yang akan menyokong enjin 7.0-litre V12 dan aluminum bodywork nya. So far nama One-77 tu hanyalah nama projek ni, aku bajet nanti bila kereta ni keluar derang akan tukar nama tu.

Jap jap...£1 juta untuk kereta ni?
Lebih kurang ah...£1 juta tu tak termasuk cukai lagi. £300 ribu lagi mahal dari Bugatti Veyron. Walaupun harga dia mahal nak mampos dan hanya orang-orang loaded je boleh mampu, aku still rasa kereta ni berbaloi.  Aston menjanjikan exclusivity kepada pemiliknya (bukan cam Bugatti Veyron, sampai dah nak dekat 10 version ada) sebab ko kena involve dalam semua proses pembikinan kereta ni.

Kiranya ko kena bagi input ko la untuk customize kereta ni senang citer. Cam contoh, kalau ko nak kerusi, dashboard atau even bodywork dibalut dengan Louis Vuitton, Gucci, atau apa-apa monogram lah yang ko nak, ko just perlu bitau derang je. Pasal monogram tu aku bagi suggestion je since aku tengok banyak orang kat KL memang gemar dengan design monogram ni sampai kasut, handbag, tali pinggang semua ah monogram (lagi besar logo dia lagi best, kan?). Kalau boleh aku rasa baju dengan seluar pun derang nak monogram. Anyways, ko even boleh pilih sama ada nak 4 kerusi ataupun 2 kerusi. Cuma mechanics kereta ni seperti enjin dan sebagainya yang fixed dan tak boleh ditukar.

Hmmm 7.0-litre V12? Laju ke tu?
Lagi laju dari apa-apa Aston Martin sekarang ataupun yang akan keluar pada masa terdekat ni. Aston Martin V12 Vantage RS yang juga akan keluar tahun depan pun boleh buat 0-60 dalam masa 4 saat flat, apa lagi One-77. Dengan kapasiti 7.0-litre, mamat-mamat kat Aston menjangkakan kereta ni akan menghasil kan output sebanyak 600-650 bhp dan torque dalam region 500 pound sekaki. Top speed pulak, 200 mph senang-senang.

Pasal gearbox dengan berat kereta ni, Aston takde keluar detail sangat. Dengan menggunakan chassis carbon-fibre dan aluminum bodywork, aku rasa berat kereta ni tak sepatutnya melebihi 1700 kg.

Cuba ko citer sikit pasal design kereta ni...
Aston cakap ni bukan calang-calang kereta bai tetapi mungkin 'the worlds most desirable automotive art form'. Marek Reichman, designer One-77 telah 'mengukir' kereta ni supaya korang semua still tau ini kereta Aston Martin tetapi with a hint of new design lah bak kata mat salleh. Vents yang terdapat di atas bonnet dan tepi kereta akan menolong pengaliran udara so that enjin V12 yang besar tu takkan overheat. Seperti biasa, bonnet One-77 juga akan memaparkan grill tradisional Aston Martin. Nak tau lebih lanjut kenalah tunggu kereta ni keluar dulu.

Betul ke Aston Martin nak buat kereta ni? Macam tak caye je...
Betul bai...derang nak tunjuk kereta ni kat potential customer akhir tahun ni. Yang pasti, One-77 adalah antara kereta yang dinanti-nantikan untuk tahun 2009.

Amacam? Interested? www.one-77.com check it out.

Yang tetap rebel,
Armaya Clarkson

2 comments:

retina burns said...

ok ah bai lu angkat ni wa angkat veyron pur-sang amacam

Armaya Maaroff said...

cunz

Dari mana?

Analytics