Hai! Apa cerita semua? Dah makan? Ok lah aku malas nak melalut nanti sampai apa nenek ko makan petang semalam pun aku tanya. Ni aku nak bagi korang 5 simple tips untuk mengurangkan emission karbon dioksida yang terhasil dari hidup sehari-harian. Karbon dioksida ni terhasil daripada pembakaran fossil fuel macam arang, minyak semua tu ah untuk power air-cond ko kat rumah, masak air dan sebagainya. Bukan setakat mesra alam je bro, bil bayar bulan-bulan pun jadi kurang.
1. Tukar mentol.
Lampu-lampu ni memang major contributor kepada kegunaan tenaga kat rumah. Tukar lampu-lampu kalimantang kat rumah ko tu dengan lampu-lampu yang menggunakan mentol efficient seperti compact fluorescent (ko guna lampu kalimantang ke? tak ambient ah brooooo). Kalau ko tukar satu je ko dapat save lebih kurang 30 kg karbon dioksida setiap tahun. Yang cun tu mentol jenis compact fluorescent ni tahan lama bro, bertahun gak ah baru ko kena tukar.
2. Tukar diet.
Purata orang kat dunia ni dapat 30% kalori daripada daging, susu dan ayam dan ini contribute kepada lebih kurang 1500 kg karbon dioksida setahun. Diet seorang vegetarian contribute setengah daripada tu. So kalau ko radikal, ko tukar ah jadi vegetarian. Kalau tak ko kurangkan makan daging, ayam, susu dan sebagainya cukup ah.
3. Kitar semula.
Ni takkan ko tak tau kot. Dulu aku ingat masa kecik-kecik dulu selalu ada iklan pasal benda ni kat TV, sekarang apa jadi pun tak tau. Anyways, kalau ko practice sikap kitar semula untuk kertas, kaca dan plastik, ko dapat save dalam 450 kg karbon dioksida setiap tahun. Tak susah bro, ko sediakan je 3 tong untuk kaca, plastik dan kertas pastu bila dah penuh ko buang ah kat tong-tong kitar semula berdekatan.
4. Check peti sejuk.
Cuba ko selit duit kertas kat pintu peti sejuk pastu ko tutup pintu dia. Kalau ko boleh tarik duit kertas tu maknanya peti sejuk ko tak efficient. Ko kena panggil orang repair kalau tak ko bazir lagi banyak duit sebab ada leaking dan peti sejuk ko kena kerja lagi keras untuk menyejukkan booze-booze yang ko simpan dalam tu. Pastu jumlah emission karbon dioksida pun akan naik. Ko kena check gak coil-coil dekat belakang peti sejuk tu. Kalau berabuk ko kena cuci ah baru peti sejuk ko lagi efficient. Benda-benda simple camni je dapat save ko dalam 400 kg setahun.
5. Kurangkan masa mandi.
Purata orang dalam dunia ambik masa 8 minit untuk mandi. Kalau ko dapat potong 2 minit je ko dapat save lebih kurang 200 kg karbon dioksida setahun. Sekali-sekala lu nak urut daging sendiri tarahal lah, tapi kalau dah tiap-tiap hari lu memang crack ah.
Harap tips-tips simple ni dapat membantu. Selamat mencuba!
Armaya Maaroff
13 comments:
blog ni mmg cool bai. kepala otak lu org pon cool mcm Bruce Wayne.wa rasa blog ni boleh pegi jauh bai mcm motor RXZ wa tuh.
tapi... buat la layout/font cool. kasi touch up la bro...artsy fartsy sikit bai. lu org buat mcm ala2 website ni (www.lostateminor.com) pon kira ok gak. lu pikir la sediri mat!
ok wa chow dulu. kem salam maut.
Jom start kurangkan emission.
Terus terang aku suka makan daging. Tak sanggup jadi vegan.
apa yang gua paham kat malaysia ni proses kitar semula memang tak efisyen.
tapi tu tak menghalang kita ek.
am.lu buat gua terpikir nak jadik vegan yang tak mandi.
takdela tak mandi.tapi gua mmg terpikir nak jadik vegan.
islam ckp, mkn daging setiap hari selama 40 hari berturut2 tak mendatangkan kebaikan, tak mkn daging selama 40 hari berturut2 juga tak dtgkan kebaikan. so, maksudnya kene mkn daging secara sederhana.
hmm aku rs layout/font yg simple lg bagus. tapi information dorng complicated(maksud aku 'byk' in this context). so lg la boleh bla!!! so otak lu org takyah la pk byk.just focus oh what to write.
-i'll have my opinion, let others have theirs.
INNIT
post bagus bai. pasal blog touch up layout, itu biarkan kepada blog blog yang artsy fartsy (aku tak sukeee perkataan tu) dan blog fesyen etc. Kita nak buat anarchist approach, apa kita tahu, kita selidik, kita bagi pendapat kita, dan harap korang bagi pendapat korang.
kalau nak stail stail aku rasa bebudak Cenfad pandai. Abang Kwai dulu grad medicine.
aku tunggu dorng ban hisap rokok indoor
ok ok bro. aku kasi cadangan je. lagi satu wa nak tanya apa pendapat lu pasal "dynamic architecture" ? gila bai...agak2 bila project mcm ni boleh start kat malaysia?
dynamic architecture eh..si david tuh bikin kat dubai..aku rasa kita biarkan tu dulu ah. urban planning kita kena perbetulkan dulu, lebihkan tempat tempat yang membuat orang jalan jalan, macam patut satu bukit bintang ke klcc tu 'walkable' bak kata omputih. kat spore, orang park satu tempat. lepas tu jalan satu orchard road dan lain lain. cam london, new york etc.
aku rasa kita patut organise pedestrians dan lebihkan tempat tempat berkonsep 'luar' selain daripada bikin pusat membeli belah je dimana orang dimesinkan untuk buat buat benda yang dianjurkan oleh pihak owner malls ni.
1- resit bank jangan ambik. kalau internet ada kat rumah, check online je la. jimat kertas. kalau tadak internet pun, check la kat opis, kalau semua2 tadak, jangan kerap print resit bank.
2- bawak la bekas untuk beli makanan, tak kan itu pun malu. tupperware ada murah-murah. jimat kertas, plastik, bekas polistrin tu!
Selamat mengamal! :D
lampu mentol umah led dah start commercial ke?
dengar citer dah start jual tapi mahal
cuba kupas benda ni
brand dgn price kalu bleh...dah la long lasting,jimat letrik,low emission
lampu led memang dah start commercial bai. mahal satu tapi yang sakit tu bila blow je kena ganti satu lampu (termasuk body) sebab mentol led tak boleh ganti sendiri. tu yang buat dia tak praktikal.
hehe tak gerek la roy link yang lu bagi tu bai..aku rasa roy gila gila remaja pon sedih lu guna nama dia pastu rekemen blog yang sharp ni supaya jadi arty fartsy... btol kata si KT tu, kita ni bkan budak arty bai, si KT tu grad medcine dan aku ni pulak grad IT kat manipal sana..
anyways, sorry ah y'all lama menghilang, wa baru balik jakarta ni nanti wa cerita kisah disana selain experience aku di ALEXIS hihihihi..
apa apa pon, pasal weight ni, kita harus introduce kan carbon credit kat kilang kilang supaya ada kan inisiatif kepada mereka untuk reduce kan emission, kiranya...KORANG CARIK LA KAT WIKIPEDIA, SEMUA NAK KENE SUAP KE BAI...
yang agak snappy kerana gagal ajak cewek indo kahwin masa trip aku ini
Post a Comment