Aku sayang korang, korang memang buat api aku menulis blog menyala kembali.
So apa cerita geng? Hidup ada on? kalau tak on kena la on kan iye tak? So apa yang aku dok kecoh pasal zebra crossing ni? Aku pasti sejumlah yang tinggi rakyat Malaysia tahu ape benda zebra crossing ni. Maklumlah, kita bukan bodoh. Level kepandaian kita diakui seluruh dunia.
Tapi satu aku tak nampak kepandaian rakyat Malaysia, iaitu undang undang simple zebra crossing.
Senang je, macam ni, bila korang drive kan, sekali ada garis hitam putih macam kat atas tu tengah - tengah jalan, korang kena berhenti kalau ada orang nak melintas. Sebab ni memang kerajaan buat untuk orang yang melintas jalan.Kalau tade orang melintas, korang jalan la tapi kalau ada orang yang tengah melintas engkau langgar, memang nahas la korang sebab korang yang salah. Basically, kalau korang dah dapat lesen tu memang patut tau la (unless ambik lesen gerenti pas bayar mahal sikit mungkin tatau ah).
Para pelintas pun jangan la pakai jalan je, ingat, tengok kiri kanan baru lintas, kalau ada kereta datang, tunggu kereta tu berenti baru lintas. Kira saling faham memahami la undang undang. Kalau ko pakai redah je memang aku pun tatau nak cakap apa la, cakap bodoh marah, kalau cakap cerdik aku la pulak dapat dosa menipu.
Aku bukan apa, dah berapa kali aku hampir menemu maut kat ikano sebab lintas jalan kat zebra crossing orang pakai drive straight je macam nak langgar aku. Kalau aku marah kat dorang dorang marah kat aku balik (ni juga perangai yang agak primitif ye?). Dah lak tu most of the time driver taxi,silap silap aku kene pukul ngan gang taxi susah aku.
Ok brader and sistas, mak aku buat spesial sup ekor untuk aku. Kegemaran aku pada hari jumaat selepas sembahyang jumaat.
SHAF, SHA SHA SHAFFFF
PS, untuk peminat peminat abang kwaidan "moody blog writter" Tarmizi, gambar kat atas tu dekat ngan rumah dia.kira clue la mana nak cari die iye tak?
16 comments:
tu abbey road bai...ala-ala beatles melintas jalan
penah dulu kawan dari kl ikut balik ke hometown
"eh eh..kreta brenti..baguslah..kita leh jalan jer.."
aku macam.. hello..ini line untuk kreta brenti then orang lintas..memang patut la pun..
mai kl tengok!hahahaha.. macam ribut! dah tu.. kalau ada signal hijau boleh jalan pun.. ada jugak kreta nak tempuh tengah orang ramai melintas.. takan nak salahkan babi jugak kot dalam hal ni?
anon, ko ni pon, comment tade kene mengena ngan topik langsung
haha
aku pun pernah hampir kena langgar kat depan ikano.
aku selalu angkat tangan.
macam ada superpower.
o my love betul tu. Gemullah hj jamal dallulah tok peraih kat kampong aku mati kene langgar kereta time dia melintas zebra crossing.
dak yang langgar kira anak big shot ar kira naik kereta vtec riceburner tapi minggu depan tu bebudak lain tengok lahanat tu ada lagi atas jalan buat palat cam biasa je. cuma kereta je la tukar.
bapak dia rasa anak dia tak bengap tapi kereta tu yang bengap so dia kasi ah anak dia kereta evo 8 sebab ada brek brembo.
nampaknya kite berjiran la bai...funky fresh.
itulah dia alkisah kawan kawan kita yang ada experience ngan zebra crossing
jadi macam mana sekarang?
salah siapa?
salah driving school?
salah driver malaysia?
kita tak nak tuding jari. apa yang dah berlaku kita belajar
sekarang kite perbaikan diri
aiseymen,benda2 mcmnie buat aku ter-flashback lah pulak..
aku kt aus ni mmg alert lah kalau ada zebra crossing,pap pap pap bila balik kl terus x perasan benda2 nie..
bagi aku ni adalah mentaliti pemandu malaysia lah..kita berani nak break the law..
kita berani break the law sebab otek malaysia palat makan duit kopi je kerja.
otek korup tak korup, orang suruh masuk kelab lalu lintas shell sekolah rendah dulu malas
aku pikir balik kan otek terima rasuah bukan ape. gaji sikit pastu nafsu nak hidup mewah kuat.anak bini lak ramai. makan minum ,tiket akademi fantasia ,bil astro sape nak bayar beb. nak buat mcm mana...
rasuah sebab dia camni
jangan fikir yang politician atau pun otek pangkat tinggi.
fikir otek yang ronda ronda no je.
Malaysia tade minimum wage ataupun dalam bahasa malaysia, gaji minimum.
pakar pakar dah kira dan kesimpulan dorang sebagai contoh ialah gaji paling bodoh untuk hidup di kuala lumpur is RM3000. tapi masih lagi ada pegawai kerajjan yang dibayar di bawah RM3000, so macam mana nak hidup? Terima je la rasuah
tapi rasuah ni berlaku kat mana mana je... lagi lagi ah lu keluar highway karak tu, member bukan base kat kl tapi kat raub. lu lalu tebrau highway pun citer sama je ah.
lahap tak lahap, tapi kalau orang tu tahu apa 'morality values' dan ada prinsip hidup yang dilandaskan lunas lunas yang ditetapkan tu takde la jadi cam ni kan? wa bukan nak buihkan mulut jadi fadzillah kasmah tapi lu fikir lah sendiri.
kalau lu orang concern pasal kenaikkan kos hidup kat kl wa rasa baik lu bising pasal bil air ke. lagi relevan lah kan. kechio siot, nak hidup kat k.l ni bukannya mahal sangat. lu pernah usya tak list cost of living index? kl takde pun dalam top 50. unless kau nak relek-relek isap black dragon ke, diplomatic havana dan minum cristal brut kat la casa del habano bleh citer la geng.
ramai gak ah beb orang miskin kat kl ni yang bleh hantar anak-anak dorang blajar kat al-azhar pastu sambung avionics kat tehran. lu nak citer pasal ni nanti ahmedinejad genocide lebur amerika tak best lah.
aku setuju ngan kau pasal lunas hidup morality values and all.
memang rasuah berlaku dimana mana
aku kasi contoh je tadi, nak kasi senang orang faham. bukan aku cakap kl saje yang berlaku benda ni.
semua pasal cost of living tu aku pakai tibai je sebagai contoh, bukan betul pun
what i was trying to say was, kalau dah desperate tu, morality values akan ditolak ketepi. itu je.sebab kalau nak ikut moral, esok memang tade letrik rumah. tah ada rumah esok ke tidak belum tentu sebab sewa takleh nak bayar.
pernah tengok cerita SAW tak? orang dah desperate nak selamat diri sendiri,kisah apa yang lain tu mati?
memang boleh hantar nak pergi belajar, bapak aku pun dulu gaji RM2000 je, sampai gak abang aku ke UK. Tapi kene pandai pandai la korek sana korek sini.
whatever it is, i appreciate your opinion. die pembaca berfikir
wa punya kekawAn mostly pun tak seberapa pandai memandu. lesen dibeli. maklumlah, semua anak org org kay. hahaha. jadila benda benda macam ni. bawa kete besar, nak reverse parking pun phail.
korang yang nak cakap pasal rasuah ni sure takda life experience kan? wa ada kawan yang kena tahan sebab u turn kat tempat salah, dia sendiri yg offer 5-0 tu duit poket. baik rm50 dari rm300. kawan wa tu bukan lepasan sekolah pondok. oversea tau. kih kih. sapa makan cili....
Post a Comment