Monday, 18 August 2008

Kota Kinabalu: Dalam 5 tahun akan jadi macet macam KL



Kota kinabalu, sebuah bandar raya yang agak mashyur dan mempunyai identiti nya yang tersendiri. Lawa dari atas kapal terbang dan stim bila lu jalan dekat bandar dia. Gila bai chikaro pilipino dari pulau gaya memang heavy, apatah lagi chikaro yang belajar kat universiti malaysia, sabah.

aku dekat bandar ni masa bulan lepas. kiranya datang misi untuk membuat field report untuk membuat sebuah bangunan di sana. aku agak kagum dengan bandar itu. makan best, diversiti yang membolehkan membuat sesoarang tak mo balik ke peninsula, dan senyuman asyik cek mek kadazan kacukan cina senyum kat lu wa bajet lu terus pindah pulau gaya bai.

Kota kinabalu sebuah bandar di barat sabah, dan juga ibu negeri negeri dibawah bayu itu. masa wa kas situ, development di situ memang heavy. satu pusat beli belah cum hotel sdang di bini, wooden seafront yang paling panjang sudah 90% siap (projek kuwait finance house), port kontena yang di pindah kan dekat dengan naval dockyard untuk membuat dua biji hotel yang mempunyai tema seperti awana porto malai di langkawi dan menurut direktor pembangunan sabah, negeri di bawah bayu ini memang kekurangan hotel dengan 10,000 bilik.

sekarang ni, memang, banyak dan projek masa depan yang akan berlaku di sabah. ramai orang orang yang tinggal di rumah flat kerajaan telah dipindah kan ke bandar bandar baru di keliling kota likas. Kadang kadang fikir kesian kerana value added yang ada di bandar itu memang hilang begitu sahaja.

Wa forecast, pasar philipino akan jadi seperti Pasar seni di KL. Traffik di sana akan menjadi heavy. jalan dari jessleton point ke likas (UMS etc) yang lalu tepi laut itu akan di buat highway. Bukit bukit di downtown KK akan di toreh untuk buat bangunan. Golongan golongan miskin dari luar negara (tapi kaya di Malaysia) akan pindah ke sabah untuk beli rumah (skim warganegara kedua), lalu harga rumah di sabah naik. Sama juga dengan tauke tauke semenanjung. Mereka juga akan pindah ke sana bila pencen. Kota kinabalu akan di banjiri oleh tetamu barat dan invesment dari barat yang akan membuat bumiputra di sabah tak kan bleh sewa kedai untuk jual anyaman anyaman atau bahan bahan kreatif yang di buat mereka kerana mahal.

walau pun pembangunan sabah yang akan menjadi lebih pesat dalam masa 2-4 tahun lagi, kiranya banyak bangunan cermin ah yang post modern, dan avant garde-, kota yang seksi ini akan kehilangan identiti nya sebagai ibu kota negeri di bawah bayu ini.

so apa pendapat you all huh? setuju ke pembangunan di Kota kinabalu? nak hilang identiti atau ubah identiti? nak tau gak cam ne para pembaca berfikir

Jack"mana msian dreamgril ni bai" Lingam

7 comments:

Zaini said...

haha.JL pon da kne penangan MDG.




heh.

Anonymous said...

sabah ada plg byk murtad! ahahahahaha

Uwei Hj Sari said...

tetiba je ko ni anon

stalingrad stunna pimp said...

oh man... you know local visions and global compulsions never go hand in hand.

identities? in the age of universalism and globalisation? they will all be lost. and who cares. cuz at the end of the day people still speaks of GDP, GPI, ISWE..

the real challenge of sabah is to play the balance between eco-sufficiency and eco-efficiency under the sustainable national income banner.

alfonso jawa said...

salam stalin,

itu lah dia yang aku fikir kan kerana selama ini malaysia masih lagi berangan untuk membuat benda benda eco- eco nih. tapi semua nya tak menjadi.

pendek macam pak lebai nak tanam kelapa sawit satu hektar. kiranya idea ada tapi manpower dengan will power itu kurang.

itu lah yang kekurangan.

Anonymous said...

kawan aku baru balik KK 2 minggu lalu.. aku pesan (air lior) suruh beli mutiara (dulu dengar crita harga dalam 30-40 ringgit malaysia. dia bagi tau aku harga dah naik jadi 100 lebih ringgit malaysia.. ni kira harga pak menakan dia dok jual kat anak menakan. kalau orang lain harga macam mana pun tak tau la.. jadi dia hanya beli rantai kunci saja kat aku..(mungkin juga pasai aku pesan air lior dia pun beli air lior gak)

By. NAUGHT

Anonymous said...

Mestila, kan Sabah dah lama digelar Bandaraya... Skg ni da banyak mall baru spt 1 Borneo, The Mall, Warisan Plaza & xlupe juga tpt makan spt anjung senja...

Tuk Naught, ko kna pandai tawar menawar dlm membeli mutiara 2, klau dah namanya ori mmg la mahal... Klau kna org yg btul ada gak org Klantan ada gerai kat sana...

Dari mana?

Analytics