Friday, 1 August 2008

Sakit Belakang?: Katil Lomme Jawapannya.


Memperkenalkan, katil Lomme yang direka oleh Gunther Thony yang menduakan rupa dan fungsi. Rupanya seperti pod ataupun telur dan direka untuk keselesaan yang maksima.

Bang Kwai, macam U.F.O je. Betul ke selesa?
-Betul bro, tak tipu ko. Katil ni bukan sebarang katil kerana ada beberapa jenis fungsi lampu untuk dipilih, mengikut mood anda. Aku ngan tunang aku secara terus terang suka warna lavender blue.

Wow. Tapi warna je, lagi selesa ke dengan katil Courts Mammoth aku?
-Bai, bukan setakat lampu je bai, ada juga fungsi-fungsi urutan terapi untuk keselesaan ko, jadi kalau ko balik dari futsal ke, dari kerja ke, bawak kereta berjam-jam ke, ko leh rehat di kediaman ko sendiri, bersama lampu- lampu yang menenangkan fikiran ko.

Gilalah brooo. Aku nak katil ni, berapa harganya?
-42000 Euro. Amacam? sedia ke tak sedia untuk mengeringkan kad kredit ko tu?

Sekian,
Kwaidan 'high life' Tarmizi

1 comment:

Anonymous said...

wei bai i know dat shit looks like the holy grail of bedz but can it handle da ride??

Dari mana?

Analytics