Tuesday, 19 August 2008

Renungan: Klip RTM


Setahu aku, Filem Negara Malaysia dah lama buat klip ni, tapi aku hairan, kenapa diorang tak kumpul arkiv- arkiv ini dan buat DVD? Macam negara lain buat dan letak di Festival Filem Antarabangsa? Hmm, itu aku tengah dok fikir. Dan pada pendapat aku, klip ni la agak menunjukkan sesuatu yang Malaysian, kerana Sang Kancil mungkin dijadikan binatang staple cerdik di tanah air kita ini. 

Tapi tidak, kita selalu fuck-up (maaf bahasa Tagalog aku), kita suka sangat jalan cepat, tak suka process development, tak percaya kaum muda untuk buat kerja, hanya orang tua saje yang jaga sesuatu projek kreatif dan mereka akan berkata "abang makan garam lebih banyak dari ko" kalau diorang rasa tercabar (sebab tu aku rasa diorang penyakit darah tinggi ) dan sebagainya. Abang Kwai memang sokong budaya belia atau youth culture dalam bahasa omputih. Kita benci rempit, lalu kita hukum diorang atau bincang samada nak buat trek untuk diorang jadi lumba diorang tidak haram. Bongok siot, ada rempit yang pandai, tapi benda tu yang diorang suka buat. Bagi diorang satu projek untuk buat, macam reka satu landskap kosong, pasti diorang buat baek nya sebab diorang ada karakter- karakter yang bernas. Ini tidak, kita buat diorang cam sampah dan tidak menggunakan kreativiti mereka langsung. 

Ini renungan untuk aku kata bahawa, negara kita tak bagi peluang untuk anak tempatan tunjuk kreativiti mereka. Tapi silap besar ah, universiti tempatan pun tak ajar proses kreativiti dengan betul, masa kita kecik, kita tak dididk keunikan seni macam orang Barat. kita ingat stream sains untuk orang pandai, stream art untuk orang nakal/ lembab. Last call apa kita jadi? Peniru. Meniru je kerja kita, Eye of Malaysia tiru London Eye, dan kawasan- kawasan perumahan kita semua guna nama orang luar macam Valencia dan Beverly Heights.

Satu revolusi harus dipertikaikan, tapi negara kita aman sangat sampai jadi selesa. Orang rela suka usya blue kat internet dan sms sms kosong. 

Funky Fresh,
Kwaidan Tarmizi

6 comments:

O my love said...

YEah. Cikgu yang ajar Art tak cool.

"ok Ms Weed, wait till my PMR result, if my science and math not ok, i'll join Art. ARghhh.. so lame!"

hahaha..

*berusaha untuk tidak ajar 100% apa yang ada dalam buku teks.

Anonymous said...

wow excellent post

Anonymous said...

art memang tak cool do

Anonymous said...

different people different taste.heh.

Kwaidan Tarmizi said...

kecho pendapat safe.

das'dis'dus said...

yeah betol ko ckp, org tua dalam politik la yg paling pundek tak boleh kite bg pendapat apa lagi kritik.mcm gampang btol...

aku benci keadaan ini dan aku nak perubahan.

that is the manliest thing anyone can do!.

Dari mana?

Analytics