Monday, 25 August 2008

Perkataan Menjadi Rekaan: Apakah?

Dulu abang Kwai pernah baca artikel tentang pemikiran Lateral. Nak tahu lebih lanjut, korang google ah, abang Kwai hari ni sibuk skit, esok masuk kerja baru. Tapi ni ha, abang Kwai nak tunjuk satu rekaan yang boleh bla.

Pereka meja lost ni namanya Ross McBride. Inspirasinya senang sahaja, perkaatan "time table". Apabila dia tengok jadual waktu kat opis dia, tetiba dia dapat idea tu. Amacam, mudah disebut tapi sukar dipraktikkan bagi aku, kena ada banyak pemikiran dan penyelidikan yang lebih lanjut. Jadi aku ada satu cadangan. 

Kepada para pereka tempatan, aku ada beberapa perkataan di otak aku, dan aku nak buat satu pertandingan persahabatan antara pembaca, owner- owner blog yang suka kunjung blog ni, untuk reka satu produk, perabot, baju, tak kira apa- apa ah, menggunakan salah satu daripada perkataan Bahasa Melayu ini.

a) Kaki Bangku
b) Tudung Saji
c) Mangga Kunci
d) Kayu Tiga
e) Lepas Tangan
f) Buruk Siku
g) Anak Emas
h) Mata Keranjang

Amacam? Mula la lukis dan passing kat Abang Kwai!! Tarikh Tutup Isnin Depan, kalau sorang pun tak nak try lukis dan tunjuk memang korang lebih bosan dari ceramah pengetua sekolah!

Sekian
KwaiTar

6 comments:

The Shoplifters said...

anak emas tu macam patung buddha di kedai2 tokey cina :D

karma milano said...

kaki bangku ni boleh tak aku buat bangku bilik air, atau bangku jamban.. yang condong ke belakang skiett.. so bila kau ada masalah constipation, kau bleh condongkan badan kau ke depan skit masa duduk atas jamban tanpa buat muka beruk atau makan limau masam..

kiranya macam bangku ni membantu kedudukan kau dalam mengoptimumkan stretch position untuk brapppppp lebey senang

Anonymous said...

anak haram.
kaki botol.
busuk hati.

Starchitectural said...
This comment has been removed by the author.
Shafi'e Hamdan said...

apa ni cakap macam benda benda camni

blog ini tak nak masuk campur nagn hal ihwal politik seperti kes anwar and saiful.

hal ihwal politik untuk buat negara better kitorang ok.

bulu sakti said...

aku suka idea tudung saji je..pesal bende tu ko bleh bawak jalan kat kl pastu buat jadik topi kalau hari panas pastu kalu ko nak makan nasik campur, ko bleh guna tudung saji untuk tutup makanan masa ko cuci tangan supaya lalat tak hinggap...

pastu paling koman pun,kalu ko lupa bawak sen masuk town,ko bleh jual kat mat sal mat sal backpackers dengan harga yang ok..asal cakap bende tradsional autentik...

Dari mana?

Analytics