Thursday 31 July 2008

Khazanah kendiri : mati dieksploitasi



Hari hari budak budak kat blog ni cerita pasal benda benda yang boleh bla.tapi hanya sekali sekala kita bincangkan potensi tanahair kita.seingat aku,kali terakhir kita citer pasal sinar cahaya kebanggaan tanahair kita,kitorang citer pasal pemuzik Kokokaina dan Yuna.

Bai,lu orang tak tau...di sebalik bangunan berkembar KLCC(projek syok sendiri kerajaan kita dan Petronas) ataupun ikon-ikon yang dibangga-banggakan dalam majalah JUICE ataupun KLue,Malaysia sebenarnya punyai khazanah alam semula jadi dan sejarah yang boleh memukau dunia siod.Cuma lu orang tak sedar je sebab lu mungkin dah dibutakan oleh pembangunan dan keadaan ekonomi.

Akankah lu orang sedar,khazanah paling unggul di negara kita yang berkurun lamanya?
Iaitu taman-taman negara di negara kita dan isi-isi di dalamnya.Kehutanan Khatulistiwa yang pelbagai khazanah di dalamnya.Kehutanan dan sejarah yang semakin mati tercemar kerana dieksploitasi.

Gua bengang sangat sekarang ni,sebab gua terjumpa satu artikel yang dipautkan dari website malaysiakini iaitu artikel ini . Suatu artikel yang menghuraikan keadaan di negeri rakyat seperjuangan kita di seberang laut cina selatan,iaitu Sarawak.Kesian orang di sana.Dahlah mengalami ketaksamaan pengagihan infrastruktur dengan orang semenanjung,Dieksploitasi pulak dengan Chief Minister mereka penzalim Taib Mahmud.
Dalam artikel ni Taib Mahmud meyakinkan pihak pejuang alam semula jadi bahawa mereka tak perlu risau kerana tiada projek kerajaan yang akan membunuh alam sekitar Sarawak.

Tetapi,belakang citer,Taib ni mempunyai sebahagian daripada kebanyakan syarikat-syarikat swasta yang menjalankan projek-projek pembalakan yang menjana keuntungan daripada pembunuhan ciptaan-ciptaan tuhan.

Ketika masa sebegini,seseorang itu mengharap pengaruh dan semangat seperti yang telah dibawa seketika dahulu oleh Bruno Manser.

Baca beb pasal Bruno Manser ni.Mamat ni wira siod.Selain dari mengharapkan mamat ni masih hidup lagi,gua jugak mengharap semangat melawan dan berjuang makin kuat dalam rakyat dalam mempertahankan harta pusaka negara kita.

Last gua dengar,budak budak di Borneo menyatakan terdapat khazanah sejarah fosil ke apemende tah yang mengaitkan kehidupan zaman purba kat borneo.Gua dengar orang sana sekarang tengah nak fight pembalakan kat sana dengan penemuan ni.Gua tak tau sangat pasal benda ni,bila gua jumpa buku2 pasal ni gua update lu orang.tapi buat sementara ni,lu orang baca la pasal bruno manser dan kisah2 sabah dan sarawak.Jangan sombong.

Jangan Sombong

4 comments:

Anonymous said...

hehe bai, tu tgk apa jadi kat bukit cerakah..hidden by the songkok of brother KT...khir toyo, bkan kwaidan

Anonymous said...

hehe..hidup umno.hidup jk..just kidding

Anonymous said...

eh wa salah tadi.
hidup umno.hidup kj.

kidding Je.
ayman

▲▲▲ said...

watch 'what rainforest?' by chi too.
i have a cd.

Dari mana?

Analytics