Saturday, 9 August 2008

Lawak Hitam: Bukan Pasal Compton atau Hip Hop

Apa khabar semua? Aku harap korang tengah chillek sebab hari minggu ni memang best, ngan teh o panas dan tengok sukan Olimpik. Amacam, heavy ke tak heavy upacara pembukaan Olimpik di China smalam? Aku tengok terus lost bai!! Itu la menunjukkan keunggulan China pada zaman skarang, dengan penuh keyakinan dan menunjukkan dengan diorang bahawa itulah stem "Made In China" yang sebenar. Kalau korang tak tengok rugi ah. 

Anyways, aku nak citer korang tentang Black Humor atau juga Lawak Hitam. Bukan citer Friday atau How High sebab ada orang kulit hitam berlakon. Lawak Hitam ni, dalam definasi ringkas cam buat lawak tapi topik- topik yang bukan sahaja kontroversial, dan tak sopan, tapi melihat kelucuan dari satu tragedi. Kat Malaysia kurang popular ngan Lawak Hitam, ada la kat kedai kopi tapi kat TV memang tak ah, sebab ko tau ah kerajaan kita, sikit-sikit guna INTERNAL SECURITY ACT atau ISA untuk cuakkan kita. Situation Heavy gak la Lawak Hitam ni, tapi aku suka gila sebagai subjek, cita- cita aku dulu, nak buat Lawak Hitam pertama di wayang Malaysia. Cam aku nak citer pasal kehidupan penculik India yang culik anak orang kaya ke, dan tetiba terbunuh anak orang kaya ni, dan situasi kemanusiaan diorang menghadapinya. Contoh ayat Lawak Hitam adalah:

"Bai, sial ah Cikgu Gazali tu, kalau boleh aku nak pecahkan keta dia dan calarkan keta dia tulis 'cikgu spender koyak"
-memang kelakar situasi tu, tapi subjek (cikgu) kena benda- benda zalim cam tu, dikotkan dengan cara seorang muda, pelajar tu punya keinginan. tragedi campur komedi apabila seorang muda betul- betul buat cam tu kat keta cikgu.

Tak nak bagi korang contoh lagi heavy kang korang ingat aku zalim ke apa. Tapi aku nak bagitau korang filem lawak hitam kegemaran aku iaitu THE KING OF COMEDY, dimainkan oleh Robert De Niro arahan Martin Scorcese.
Rupert Pupkin, dimainkan oleh De Niro adalah seorang pelawak yang gemar mengumpul tanda tangan pelakon- pelakon terkenal dan satu hari dia bertembung ngan ada mamat otai talk show Jerry Langford dan dia betul- betul nak masuk dalam talk show tu untuk tunjuk bakat dia, tapi biasalah susah si Jerry tu nak dengar material dia, mahupun layan dia seorang yang tak terkenal. Jadi Rupert dengan gaya lawak hitam 101 pun culik mamat ni dan bagi ugut untuk masukkan dia dalam show. Lost Bai! Korang patut tengok. Lawak Hitam yang aku rekomen termasuk The Gods Must Be Crazy dan Dr. Strangelove. Maaf tak link kedua-dua wayang tu , aku nak korang cari sendiri atas gaya anarchist aku yang heavy.


Trailer King Of Comedy


Ladykiller (1955) salah sebuah panggung lawak hitam klasik

sekian,
Kwaidan Hitam

3 comments:

nodadosa said...

remake ladykiller dari Coen brothers lu rasa bole bla?

Anonymous said...

baca Kurt Vonnegut ngan Joseph Heller.
Kurt Vonnegut otai lawak itam.

King of comedy feveret scorsesean gua.

Kwaidan Tarmizi said...

coen brothers memang bole bla, remake tu pun best gak. tapi abang Kwai tidak begitu sokong dengan filem yang dibuat lagi.

Dari mana?

Analytics